Kenapa Perlu Bersihkan Mesin Basuh
Sekali-sekala kita perlu bersihkan juga mesin basuh kerana bila dah lama guna, banyak kotoran akan melekat di dalam mesin basuh tersebut. Mungkin dari luar kita tak nampak, tapi sebenarnya kat dalam tu... penuh dengan daki disebabkan oleh habuk, debu dan segala-gala yang pernah melekat di pakaian kita.
Pernah tak bila anda dah cuci pakaian, lepas tu bila nak keluarkan pakaian tu nampak ada kotoran berkeping berwarna perang melekat kat baju atau dinding mesin? Itu tandanya mesin basuh kita dah tiba masanya perlu dibersihkan. Banyak daki.
Tak perlu bersusah payah. Boleh guna serbuk pembersih mesin basuh. Yang ni saya beli kat kedai Mr. DIY saja. Harga dalam RM2-RM3. Nak guna jenama lain pun boleh... asalkan ianya serbuk pembersih mesin basuh.
Serbuk ini berfungsi untuk membersihkan drum mesin basuh. Sangat mudah untuk digunakan. Caranya hanya tuangkan serbuk tersebut ke dalam mesin basuh, lepas tu tekan button mode cleaning. (Note - Setiap mesin basuh berbeza. Mesin basuh saya berjenama LG dan ada button untuk self cleaning).
Yang penting masa bersihkan tu... air kena penuh sehingga tahap maximum dan biarkan selama satu jam sehingga kotoran keluar sepenuhnya.
Kalau membersihkan mesin basuh ni banyak guna air sebab nak cuci seluruh permukaan dalam mesin. Ni hasilnya bila dah lama air dibiarkan. Kotoran pun keluar dan sedia untuk dinyahkan.
Bila air dah habis dikeluarkan... nah lihat hasilnya. Banyak kotoran yang tak disangka. Lepas ni boleh bilas balik dengan air sehingga mesin bersih.
0 Response to "Kenapa Perlu Bersihkan Mesin Basuh"
Post a Comment