Stay at Home. Duduk Tengok Bulan
Masa tengah excited nak tengok fenomena Super Pink Moon pada 8 April 2020, tiba-tiba awan tebal la pula masa tu. Nak amik gambar punyalah payah. Lepas tu give up. Memang tak ada rezeki la nampaknya.
Keesokan harinya pada 9 April, walaupun bulan dah lepas dari fasa full moon, tapi nampak bulan masih bulat lagi masa tu (waning gibbous). Malam tu pula kebetulan langit cerah tak ada awan. Apa lagi, angkat teleskop... amik kerusi. Duduk tengok bulan.
Bulan dari teleskop. Amik gambar guna phone Samsung Note 8. Still cantik berbanding gambar guna iPhone XS Max yang tak ada night mode dan manual adjust. Kecewa dengan kamera iPhone ni.
Ni zoom dengan lebih dekat
Mare Crisium (sea of crises)
Antara perkara yang saya enjoy adalah aktiviti night sky observation. Walaupun banyak lagi kena belajar cara guna teleskop dan beberapa aksesori tambahan perlu ada... but still boleh enjoy la.? Sebelum tu, ready insect repellent sebab banyak nyamuk di luar rumah. Bahaya penyakit denggi!
P/S - Teleskop saya adalah Skywatcher Star Travel 102
0 Response to "Stay at Home. Duduk Tengok Bulan"
Post a Comment