Non Stop
Salam Aidilfitri 1441H. Maaf Zahir & Batin. Tahun ni raya disambut berbeza dari yang sebelumnya. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan. Stay safe. Sama- sama kita perangi COVID-19.
Semenjak dari mulanya PKP pada 18 Mac 2020, memang non-stop bekerja termasuklah Sabtu Ahad dan cuti umum. Lepas tu ada part yang kena ready last minute sampai ke tengah malam/ awal pagi baru settle. Semoga usaha yang dilakukan sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar kita yang ingin pulang ke kampung halaman. Mengurus belasan ribu students bukanlah perkara yang senang.
Okay. Apa-apapun, walau first day of Raya disambut di dalam kampus, still boleh menikmati suasana Aidilfitri dengan cara berbeza.
Tahun ni of course tak ada buat baju raya. Pakai baju tahun lepas yang tak pernah pakai lagi. Tema warna, memang suka warna tak menyerlah. Kasut raya pun tak ada beli, dah bertahun-tahun macam tu. Kasut kerja @ kasut raya. Hahaha.
Team sekretariat Raya bergambar dengan TNCHEPA yang supporting, a.k.a my Dekan masa sambung belajar dulu.
Part of activities, melawat residen kolej yang tak balik kampung.
?
?
?
Ni masa buat persiapan sehari sebelum Raya. Saja nak bagi nampak meriah walau lukisan tak seberapa. Haha. Sebenarny ni nak buat background untuk live Raya online TNCHEPA kepada residen kolej dan warga HEPA.
?
?
?
Simpan untuk kenangan sepanjang melakukan tugas mengurus pelajar semasa musim PKP.
Yang ni masa jaga kaunter pergerakan pelajar.
Ni pun sama gak tapi waktu ni lebih ramai students sebab masa yang mula-mula sekali pergerakan berlangsung.
Kami juga buat tag bagasi untuk memudahkan pelajar cari beg. Rasanya dalam lima ribu lebih tag dah dibuat. Dengan kudrat tak sampai 10 orang staf buat benda ni. Maklumlah. Nak pergi kedai printing makan kos dan waktu untuk buat. So buat sendiri sajalah.
Design by me. ^^?
?
?
?
Raya kedua. Yang ni dah start turun airport untuk bantu urus pelajar in-bound. FYI. Seluruh pelajar IPT dari Semenanjung dan Sarawak yang sampai ke Sabah akan diuruskan oleh UMS. Dengan bantuan team terlibat, urusan dapat dibuat dengan lancarnya. Alhamduillah.
Pergerakan pelajar masih berlangsung, InShaaAllah pelajar in-bound sehingga 02 Jun 2020.
0 Response to "Non Stop"
Post a Comment