Sun Through My Telescope
Baader solar filter ni saya order dari Optical Universe Scientific Instrument, shop kegemaran saya setiap kali membeli aksesori telescope. Selain laman web, boleh juga layari Facebook Optical Universe Scientific Instrument. Kalau tak sure nak beli jenis aksesori yang mana satu, boleh chat dengan admin OUSI. Sangat membantu okay!
Sebenarnya kalau tak kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), benda ni saya dah dapat awal. Tapi memandangkan PKP membantutkan banyak perkara, jadi saya hanya terima baader solar filter ni setelah dua minggu selepas saya order. Sabar menanti.
Sebenarnya ini adalah filter untuk tengok matahari, a.k.a solar filter. Solar filter ada dua jenis... iaitu white light (Baader solar filter) dan Hydrogen-alpha filter. Kalau nak tengok sunspot atau tengok gerhana matahari, best untuk guna baader solar filter. Tapi kalau nak tengok solar flares, boleh menggunakan Hydrogen-alpha filter.
Walaupun telescope saya adalah Skywatcher, tapi masih boleh fit dengan aksesori telescope jenama lain. Yang penting saiz yang tepat. This one saya guna solar filter jenama Lavenhuk diameter 102mm.
Taadaa! Ini adalah Baader solar filter.
Baca instruction betul-betul sebelum guna. Or else akan menyebabkan permanent damage kepada mata anda. Ingat. Jangan tengok direct kepada matahari sekiranya tanpa sebarang protection. Dan jika solar filter ni rosak, jangan pula cuba-cuba untuk menggunakannya.
-
-
-
-
-
-
-
-
Walaupun cuaca agak terik ketika ni, tapi tu la yang terbaik kalau nak tengok matahari. Bila cuaca mendung mana dapat nak tengok dengan jelas.
Mula-mula tu langsung tak nampak apa. Gelap saja. Saya pun fikir... betulkah tak cara saya guna solar filter ni. Rupanya saya tak fokus tepat kepada matahari. Akhirnya berjaya juga dan imej matahari yang dinanti-nantikan telah tiba. Begini rupanya matahari.
Imej yang menarik ntuk percubaan pertama saya, although tak nampak sun spot pada hari tu. This one saya ambil gambar menggunakan Samsung Note 10 sebab kalau guna kamera iPhone SX memang hampeh. No manual shot.
Tiba-tiba awan berlalu dan nampak matahari kabur sedikit. Seriously memang cantik matahari tu bila tengok kat dalam teleskop. Ntah berapa lama saya duduk meneropong kat luar rumah, tapi boleh tahan panas jugalah. Hahah. Okay. Next time kalau ada sunspot, saya tunjuk di dalam next post.
0 Response to "Sun Through My Telescope"
Post a Comment