Cara Baiki Masalah Beeping Pada PS4
Kebanyakan owner PS4 mesti pernah punya masalah bunyi 'beep'. Kadang-kadang rasa kacau jugalah sebab tengah main game pun boleh bunyi beep.
Bukan sahaja bunyi beep, masalah automatic disc eject pun terjadi sekali. Saya dah cuba cara yang dicadangkan di dalam Internet. Matikan PS4 then on balik, cabut semua wayar sambungan... pun dah cuba. Tapi malangnya satu pun tak berkesan.
Lama jugalah masalah bunyi beep tu tak dapat dibaiki. Rasanya tiga empat bulan saya biarkan saja. Akhirnya berjaya mengetahui punca masalah ni. Sebenarnya disebabkan HABUK.
Begini ceritanya. Masa tengah memvakum rumah, saya nampak PS4 saya punyalah berhabuk. Jadi saya vakum la sekali PS4 tu. Terutama di bahagian celah nampak banyak habuk.
Lepas dari tu, saya perasan PS4 saya tak ada mengeluarkan sebarang bunyi beep lagi. Dah setahun berlalu sejak masalah terjadi, tapi sehingga sekarang dah tak ada langsung bunyi beep. Jadi saya assume problem tu disebabkan dalam PS4 tu mungkin ada banyak habuk dan menyebabkan sistem tak dapat bergerak lancar. So thats it.
Perlu pastikan PS4 tidak berhabuk supaya tak ada problem bunyi beep. Tak perlu buka PS4, cukup dengan memvakum melalui celah ni sahaja.
0 Response to "Cara Baiki Masalah Beeping Pada PS4"
Post a Comment