Rendam Kaki untuk Hilangkan Lenguh Badan
Lepas saja balik kerja, badan rasa letih. Lebih-lebih lagi kalau balik lewat... sure rasa lenguh sendi. Selalunya sampai saja rumah, tak boleh rehat terus. Kena kemaskan dulu rumah, bagi kucing makan dan lain-lain.
Salah satu cara untuk mengurangkan rasa penat ialah mandi dengan air panas. Saya juga telah mulakan rutin merendam kaki dengan air panas. Memang terbaik! Rasa segar sangat lepas tu. Untuk kesan yang lebih baik, boleh juga add on dengan garam khas untuk mandian/rendam kaki.
Garam ini sebenarnya adalah garam bukit. Kalau nak beli yang khas untuk rendam kaki macam ni, biasanya dijual di kedai yang menjual barangan kecantikan seperti eNoveal atau Beauty Wonderland. Harga tak sampai RM15 untuk sebotol besar macam ni.
Saya buat rendam kaki hanya sekali atau dua kali seminggu, sebelum tidur. Rendam dalam 30 minit pun dah cukup. Lepas rendam kaki, terus lap kaki dengan towel kering dan bersih. Lepas tu elakkan kaki sentuh lantai sebab sejuk. Kalau boleh gunakan selipar. Kemudian masa nak tidur tu, tutup kaki dengan selimut atau stoking supaya tak masuk angin.
Taburkan garam ke dalam air panas, tunggu beberapa minit untuk larutkan garam. Kemudian dah boleh rendam kaki.
Merendam kaki ni ada banyak manfaat. Antaranya ialah:
- Melegakan lenguh badan. Lepas sahaja rendam kaki memang akan terasa badan segar dan kurang lenguh.
- Menjadikan kita tidur nyenyak. Apabila badan dah tak sakit-sakit, tidur pun rasa best saja. Senang nak tidur. Kepada yang ada insomnia boleh try method ni.
- Melembutkan kulit kaki. Garam bukit boleh membantu lembutkan kulit kaki yang merekah. Untuk kesan yang lebih baik, lepas rendam kaki, terus buat sesi buang kulit mati pada kaki, serta letak krim pelembap khas.
- Menghilangkan bau kaki.
- Mengeluarkan angin dari badan. Bukan sahaja melancarkan pergerakan darah, malah melegakan kembung perut.
0 Response to "Rendam Kaki untuk Hilangkan Lenguh Badan"
Post a Comment