Adsterra

Review : Ora2 Me Series Toothpaste

Sebelum ni saya menggunakan ubat gigi lain. Ubat gigi tu memang bagus dan sebelum ni ada dijual kat Watson. Lepas tu dah tak ada dah, ntah kenapa. Kalau nak beli ubat gigi tu kena order online... which is... kena tunggu lagi. Semenjak ubat gigi tu dah tak dijual di Watson lagi, saya kembali menggunakan ubat gigi biasa. Tak best sebab kesannya kurang.

Jadi cetanya macam ni. Lama juga la tak dapat cari ubat gigi yang sesuai. Then my friend suggest guna ubat gigi Ora2 (Me series). Dia kata ubat gigi ni bagus. Saya pun belilah dua perisa sekaligus. Natural Mint dan Floral White Tea. Beli di Guardian. Masa tu ada diskaun, jadi saya dapat harga RM14+ untuk satu. 

Ubat gigi ni memang terbaik. Wangi, dan mempunyai perisa yang unik. Saya suka Floral White Tea sebab rasa macam green tea pun ada. Natural Mint pun best sebab mint tak kuat sangat. Lepas tu bila kita dah pakai ubat gigi ni... nafas sentiasa segar. Sama macam ubat gigi yang saya pakai dulu. Pendek kata, saya berpuas hati dengan produk ni. Memang seperti ubat gigi yang saya cari selama ni.


Ingredients: sorbitol solution, concentrated glycerin, silicic anhydride, olive oil, silicic anhydride, silicide anhydride, xanthan gum, alginic acid Na, POE alkyl sulfosuccinate 2Na, PEG-8, sodium (fluorine), isopropylmethylphenol, aroma (floral white tea), saccharin pa, stevia extract, sodium lauryl sulfate, POE hardened castor oil.

By the way, ubat gigi ni imported dari Japan, so memang tak ada logo halal. Tapi saya yakin untuk menggunakannya kerana kandungan bahan adalah sesuai dan tiada keraguan. 

Selain dari perisa yang saya sebutkan tadi, ada lagi perisa lain sebenarnya seperti Peach Leaf Mint dan Apple & Rose Mint.

0 Response to "Review : Ora2 Me Series Toothpaste"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel