Cabaran Menjadi Pescatarian
Proud pescatarian, of course. ?? Rupanya dah hampir setahun saya tak makan daging. Menakjubkan sebab dulu my favorite food adalah nasi ayam hainan... tapi sekarang dah bye-bye dengan menu tu. FYI - Hasil tenusu atau telur ayam saya still makan. Belum sampai tahap vegan lagi.
Saya masih rasa saya sebagai newbie dalam ilmu pescatarian. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Kena kuat semangat dan tahan godaan. Antara cabaran yang saya hadapi ialah :
1. Kurang Pilihan Menu
Terutama fastfood. Rata-rata hidangan makanan berasaskan ayam atau daging. Lepas tu menu ikan ada satu atau dua sahaja. Contohnya McD, boleh makan fish fillet sahaja. Kalau di KFC tu saya makan wedges dan coleslaw sahajalah. Haha. Kalau di restoran lain pun, banyak serve menu daging berbanding seafood. Dimsum pun dah jadi limited choice. Lepas tu kalau nak makan pau hanya boleh makan pau kacang hitam, kacang tanah, kaya atau pandan. Tapi ada gak yang okay, contohnya restoran yang jual menu nasi campur.
2. Serba Salah
Ini pun membuatkan saya serba salah sebab tak nak buatkan my mum atau my mentua kecik hati bila tak makan masakan mereka. By the way, saya dah cakap kat my mum yang saya dah pescatarian. My mum pun understand dan okay saja with my decision. Sama juga dengan my husband pun okay.
3. Still Kena Masakkan Lauk Daging
Walaupun saya pescatarian, tapi mu husband bukan seorang pescatarian. Jadi still kena masak ayam atau daging lagi. Kalau my husband kata teringin nak makan kari ayam... jadi lama skit la kat dapur sebab saya kena masak dua menu berlainan. Satu ayam dan satu ikan (untuk saya).
4. Godaan
Memang sebelum ni ada rasa-rasa nak cubit skit isi ayam goreng ke... satay daging ke... tapi kena kuatkan semangat. Kena ingat balik objektif saya menjadi pescatarian.
5. Termakan
Ini pun merunsingkan. Bila nak makan karipap... kena check dulu ada letak daging atau tak. Nak makan popia... kena check dulu ada isi ayam atau totally sayur. Pernah sebelum ni makan tauhu begedil, rupanya ada isi ayam dan termakan okay. Rasa menyesal time tu.
6. Akur
Bila waktu lunch, kawan-kawan terasa nak makan kat kedai polan tapi kedai tu tak serve banyak menu seafood.... memang kena akur dengan apa pilihan yang ada ketika itu. Contohnya pernah kami pergi restoran ni... semua lunch ada menu daging. Yang tak ada daging hanya club sandwich. Jadi tu la menu saya pada masa tu.
Ada lagi beberapa cabaran lain tapi consider kecik la. Nak list pun dah tak ingat apa benda. Jadi kepada sesiapa yang nak jadi pescatarian, anda boleh!
0 Response to "Cabaran Menjadi Pescatarian"
Post a Comment