Trip PKPP Kundasang Part 1 - Sosodikon Hill, Kinabalu Park
Memandangkan tiga trip saya ke luar negara terpaksa di pospone (InShaaAllah tahun hadapan), dan sepanjang tempoh PKP dan PKPB tak bercuti dan asyik bekerja mengurus pelajar... jadi kini tibalah masanya saya mencuri sedikit masa untuk bercuti. Kali ni me and my bff only. Cuti menenangkan fikiran. Hahaha. Ini dinamakan cuti-cuti tempoh PKPP.
FYI - Kami masih menggunakan mask dan hand sanitizer ketika berada di tempat awam. Cuma dalam gambar tak pakai mask. Kami amik gambar setelah pastikan tempat tu tak ada orang lain.
Tips bercuti ke Kundasang. Pilih weekdays sebab tak ramai orang. Kalau weekend memang jalan pun jem dan ramai orang.
Sebenarnya kami berhasrat untuk singgah ke Pasar Kraftangan di Pekan Nabalu. Tapi sedih sebab tak buka lagi pasar tu due to PKP hari tu kan. Jadi kami bersiar-siar di sekitar tu sajalah. Last-last beli anak pokok nanas ??
Kucing jaga kaunter
Nanas Paun
Beli anak pokok nanas.
?
?
?
?
?
Sampai sahaja di Pekan Kundasang dah tengah hari. Cari lunch dulu sebelum memulakan aktiviti. Jadi kami lunch di Puteri Nabalu.
Pemandangan di sini cantik. Fasiliti seperti tandas pun bagus. Oh ya. Kek kat sini pun nampak sedap.
Cuma saya rasa restoran ni dah tak macam dulu lagi. Dulu makanan enak dan banyak. Sekarang agak hampeh terutama sayur memang kuantiti sikit. Kundasang terkenal dengan sayur-sayuran, jadi apa salahnya bagi lebih skit kuantiti sayur. So untuk dua menu sayur, satu lauk, dua nasi putih dan minuman... total RM42. Hmm.
Love the view tapi makanan kena improve. Saya bagi review jujur saja.
?
?
?
?
?
Seterusnya kami pun ke Sosodikon Hill. Kalau nak ke sini, kena lalu melepasi Dream World Resort. Jalan tak rata dan curam. Pelan-pelan drive should be okay. Kalau tak tau jalan boleh check dalam Google Map saja.
Kaunter Sosodikon Hill. Bayaran masuk RM3 sahaja. Masa ni kami saja pengunjung kat sini memandangkan weekday.
Kena lalu gerbang ni dulu. Nak ke atas tu kena hiking skit la. Naik berbukit. Lebih kurang 10 minit dah sampai ke puncak. Naik sambil menikmati pemandangan dan bunga-bunga yang cantik di sini. ?
Sekitar perjalanan ke puncak Bukit Sosodikon.
Matahari terik tapi sini berangin. Jadi tak rasa letih. Rasa macam hiking di Hong Kong (Dragon's Back) pula dengan trail macam ni.
Taaaadaaa. Dah nak sampai.
Yeay. Akhirnya sampai juga.
OOTD. Baju daripada prettystyle.my. Sepatutnya boleh nampak Gunung Kinabalu di belakang tu tapi kali ni tak nampak sebab dah petang. Kena datang awal pagi baru nampak.
Boleh berehat-rehat di pondok atas Sosodikon Hill ni sambil menikmati udara nyaman.
?
?
?
?
?
Hari ni kami stay di Sutera Sanctuary Lodges di Taman Kinabalu. Buat masa ini... kenderaan sendiri hanya dibenarkan masuk kepada pengunjung yang menginap di sini. Yang nak bersiar-siar saja kena parking kat luar.
Fasiliti memang tip top. View pun nice. Kami stay di Hill Lodge dengan mendapat price yang awesome sekali... with breakfast. Jadi waktu weekdays, tak ramai orang. Rasanya macam kami saja yang stay di Hill Lodge waktu ni.
Super comfort bed.
Sofa yang empuk. Dan heater juga disediakan sebab sini terutama malam amat sejuk.
Muslim friendly.
Memandangkan musim PKPP ni gate depan tutup awal iaitu jam 6PM. Jadi kalau nak membeli barang atau cari makan kena keluar sebelum tu. Tapi pihak Sutera Sanctuary juga ada menyediakan tempahan makan hantar ke bilik. Jadi jangan risau kalau terasa lapar.
Bagi saya Kundasang antara tempat menarik untuk dikunjungi sebab sejuk dan berkabus.
Actually kami ada bawa makanan sendiri (dan banyak. Hahaha). Travel pack food supaya tak perlu nak masak bagai. Nasi basmathi segera. Ikan taucu dan unagi. Lepas tu ada sup seafood (tapi lupa nak beli telur). Sayur tak ada sebab lupa singgah membeli di pekan tadi.
View malam.
Bersiar-siar melihat pemandangan. Gelap dan berkabus. Hajat nak stargazing tapi hujan punya pasal... terpaksa batalkan hajat.
Lepas tu duduk lepak kat luar sambil makan maggi kimchi. Nice. Malam tu gila sejuk walaupun dah pasang heater. Sedia minyak cap Yu Yi supaya melegakan kembung perut.
?
?
?
?
?
Perkara yang paling ditunggu-tunggu keesokan harinya. Bangun awal menanti keindahan sunrise dan Gunung Kinabalu. Jam 5AM dah duduk kat luar lodge. Tak nampak apa lagi.
View yang ni jam 5.30AM.
Ini view jam 5.50AM.
Sunrise. Perfect view. ? Nak tunggu awan tu jadi lenticular cloud tapi no luck. Next time la kot.
Lepas tu duduk bercerita sambil minum Teh Sabah. Saya pilih tanpa letak gula.
?
?
?
?
?
Memandangkan bilik ditempah sekali dengan breakfast, jadi kami pun pergi ke Liwagu Restaurant. Not far from Hill Lodge. Boleh jalan kaki. Tapi kami naik kereta sebab nak pergi tempat lain lagi lepas tu.
No buffet waktu PKPP ni. Makanan dihidangkan.
Mula-mula buah.
Lepas tu set cereal dan roti.
Dan seterusnya the real breakfast mengikut pilihan yang ada dalam menu.
Selepas breakfast kami terus melihat pemandangan di Kiau View. Di sini juga ditempatkan untuk monumen bagi mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.
Penjarakkan sosial tetap ada walau dimana jua anda berada.
?
?
?
?
?
Sebelum check-out, kami ke Timpohon Gate. Tempat berlepas orang nak pergi mendaki Gunung Kinabalu. Cuaca hujan renyai. Mungkin hujan gunung. Udara yang nyaman dan sejuk.
Sekian untuk Part 1. Part 2 stay tune!
0 Response to "Trip PKPP Kundasang Part 1 - Sosodikon Hill, Kinabalu Park"
Post a Comment