Trip PKPP Kundasang Part 2 - Ranau Rabbit Farm, Sabah Tea, Nunuk Ragang, Culvert View, Jic Seng Nursery, Kundasang War Memorial
Okay cerita Part 2.
Check-out saja dari Sutera Sanctuary Lodges, kami terus memulakan perjalanan ke Ranau. Destinasi pertama ialah ke Ranau Rabbit Farm. Mula-mula tu perjalanan agak slow sebab traffic jam gara-gara ada accident.
Sila berhati-hati bawa keta terutama di jalan Kundasang - Ranau - Sandakan kerana jalan berliku. Lepas tu banyak lori dan menyebabkan perjalanan jadi slow. Itu yang bila tak sabar... selalu nak cepat memotong jalan.
Okay. Jalan ke Ranau Rabbit Farm ni kena masuk dalam skit sampai ke kawasan kampung. Agar tak sesat, boleh menggunakan Google Map atau Waze. Confirm sampai punyalah. Sampai sahaja di farm, kena beli tiket masuk dahulu.
Bayaran masuk ialah RM3 sahaja. Kalau nak beli baja untuk bagi makan arnab, boleh beli dengan harga RM1/paket.
Kawasan farm yang luas. Rasanya ada banyak lagi yang akan dibangunkan di sini.
Comel rumah arnab ni
So far menarik juga tempat ni. Boleh bermain-main dengan arnab. Kalau yang nak hilangkan stress, boleh datang sini. Saya harap arnab-arnab di sini dijaga dengan baik.
?
?
?
?
?
Lepas sahaja dari rabbit farm, kami ke Sabah Tea pula. Nak try makan di situ sambil melihat ladang teh. Perjalanan amik masa dalam 20 minit jugalah untuk sampai ke Sabah Tea. Thanks to Google Map kerana banyak membantu perjalanan kami.
Oh ya. Saya dah lama tak ke sini. Last sekali masa sekolah menengah dulu. Hahaha.
Oleh kerana tengah hari tu kelaparan dan semua makanan pun nampak sedap, jadi kami order la beberapa jenis.
Ini adalah scone.
Ini pula makanan yang memang saya nak rasa. Pancake teh. ??
Selain itu, saya order mixed vegetable rice, dan my friend order daging black paper.
Ladang Teh Sabah dah banyak berubah berbanding dulu.
Pemandangan di Sabah Tea. Tempat ni tak sejuk macam di Kundasang tapi the view memang lawa. Kalau nak menginap kat sini pun boleh juga. For more info boleh masuk ke Agoda atau Booking.com.
?
?
?
?
?
Sebenarnya tempat yang saya nak lawat ialah tugu Nunuk Ragang. Saja nak tengok tugu yang bersejarah ni, iaitu lokasi perpindahan masyarakat Kadazan - Dusun di Sabah. Dari Sabah Tea ke Tugu Nunuk Ragang mengambil masa selama 30 minit.
Unfortunately, sekeliling kawasan telah dipagar. So boleh tengok dari luar sajalah. Tapi tak apa. Yang penting puas hati sebab dah sampai ke sini.
Di hadapan tugu boleh nampak sungai yang besar.
?
?
?
?
?
Lepas tu kami terus patah balik ke Kundasang. Hajat nak lepak di restoran berkonsep hipster iaitu BW Bus Restaurant. Tapi tutup. Mungkin sebab PKP hari tu kot. Jadi kami makan di area restoran yang ada jual sayap ayam panggang tu sajalah.
Memandangkan saya tak makan daging, saya order nasi goreng telur.
My friend order sayap ayam panggang. Kalau di Kundasang kena makan sayap ayam panggang kat sini okay. Terbaik.
?
?
?
?
?
Hujan lebat di waktu petang. Penginapan kami ialah Culvert View. Kalau nak buat tempahan penginapan, boleh PM tepi Facebook Culvert View Kundasang. Tempat ni menyediakan bilik standard (RM169) dan bilik VIP (RM189). Kali ni kami menempah bilik masing-masing sebab nak space yang lebih luas.
FYI - Jalan masuk ke Culvert View sempit, berbukit dan perlu masuk ke kampung. Kawasan parking kereta terletak di sebelah bawah bukit dan kena jalan kaki skit naik bukit untuk sampai ke bilik penginapan. Jadi tak digalakkan untuk bawa beg yang berat. Kalau time hujan lebat memang sengsara weh.
Pada waktu malam pemandangan memang cantik sebab ada banyak lampu berwarna-warni. Memandangkan hujan, aktiviti pun limited. By the way, malam sangat sejuk. Jangan lupa bawa jaket.
Me with my culvert room.
?????
Okay. For me bilik ni kira okaylah. Interior cantik and nicely design. Space tak luas sangat sebab dalam culvert kan. Nasib baik kami booking bilik berasingan. Kalau nak melangkah ke tandas kena crossing katil. Beg pun tak boleh bawa yang besar. Nanti ruang jadi sempit. Kalau yang ada claustrophobia rasanya akan terkesan juga dengan suasana dalam bilik.
Tandas cantik
Ada ruang dibawah katil. Boleh simpan kasut di sini.
My review.
Pro:
Pemandangan di sini sangat cantik dan super creative dengan hiasan yang ada. Cuaca yang sejuk rasa macam berada diluar negara. Ada complimentary mineral water dan breakfast. Cuma tempoh PKPP ni tak ada disediakan breakfast, tapi ditukar kepada hand sanitizer. Staf so nice dan kawasan pun bersih. Boleh sewa tempat BBQ kalau nak. Design bilik memang lawa. Cantik untuk bergambar. Yang paling penting, tempat ni disanitize untuk elakkan penularan COVID-19.
Cons:
Untuk senior citizen kesian jugalah sebab kena naik bukit lagi untuk naik ke bilik. Dalam bilik tak boleh ramai orang sebab space terhad. Kena melangkah katil lagi kalau nak pergi tandas. Lepas tu tak dibenarkan untuk bawa barangan elektrik seperti periuk, iron etc due to low voltage area. Siaran TV tak memberangsangkan. Air panas cukup-cukup suam saja. No toiletries seperti berus gigi, sikat rambut, shower cap etc disediakan... kecuali sabun dan shampoo. For me RM169 agak mahal dengan fasiliti yang disediakan di dalam bilik... lebih-lebih lagi waktu PKPP tak disediakan breakfast but price still sama.
Keesokan harinya. Good morning!
Bangun awal pagi semata-mata nak tengok view Mt. Kinabalu.
Cantik untuk ambil gambar terutama bila nampak Gunung Kinabalu. Priceless.
Team Culvert View memang creative sebab boleh design kawasan ni sampai nampak begitu cantik. Siapa yang nak bergambar dengan view yang super nice, boleh ke Culvert View.
?
?
?
?
?
After check-out, kami singgah ke Jic Seng Nursery untuk mencari bunga.
Banyak jenis bunga yang boleh dibeli kat sini. But better tengok dulu harganya. For me, agak mahal jugalah kalau kaktus dalam pasu kecik dijual dengan harga RM18. Di Gaya Street boleg dapat harga RM10 only. So I end up with buying nothing.
Sebelum balik ke KK, kami singgah ke Pekan Kundasang sebab nak mencari breakfast. Kami makan di restoran Nasi Ayam Antarabangsa. Order soto ayam tapi ayam saya asingkan. Hajat nak singgah ke Desa Cattle tapi tutup!!
Memandangkan Kundasang War Memorial pun terletak kat area sana juga, kami pun singgah terus. Lagipun my friend tak pernah masuk ke sini lagi.
FYI - Apabila berada di tempat awam, kami menggunakan mask mulut. Cumanya dalam gambar tak pakai mask. Itupun kalau masa tu tak ada orang lain di sekeling.
So far, percutian kali ni menyeronokkan. Hajat nak menenangkan fikiran dan akhirnya tercapai juga. Lepas tu back to reality kehidupan.
By the way, kalau nak cari sayur-sayuran murah... boleh singgah di gerai yang terletak jauh skit dari Pekan Kundasang. Biasanya sayur yang dijual lebih murah.
0 Response to "Trip PKPP Kundasang Part 2 - Ranau Rabbit Farm, Sabah Tea, Nunuk Ragang, Culvert View, Jic Seng Nursery, Kundasang War Memorial"
Post a Comment