Adsterra

First Time Bawa Kucing Pergi Grooming

Tempat saya pergi buat grooming untuk kucing saya, Pet Paradise di cawangan Sulaman. Apa-apapun, kena booking dulu. Saya dah book awal dan hanya dapat slot dua minggu lepas tu. Kebetulan ramai orang booking masa tu kot.

Okay. Harga untuk basic grooming ialah RM40. Pakej termasuk mandikan kucing (shampu biasa), potong kuku dan bersihkan telinga. Kalau nak add on guna medicated shampoo  ke, shampoo anti kutu ke etc... ada extra caj. Saya pilih shampu anti kutu dan harga extra caj ialah RM8.

Ni first time bawa kucing pergi grooming. Selama ni mandikan di rumah saja. Tu pun jarang okay. Jadi antara semua kucing, saya pilih seekor saja... dan yang paling gentle. Yang lain memang ganas, jadi tak yakin nak pergi hantar grooming.

Hasilnya memang puas hati. Coat jadi lembut, shining dan wangi. Kuku pun dah pendek, telinga pun bersih. ???? Thank you Pet Paradise kerana telah grooming kucing saya dengan baik.

Oleh kerana ini first time kucing saya pergi grooming di petshop, nampak lepas tu ada stress skit. Mungkin sebab tak biasa dengan keadaan tu. Bila dah sampai rumah, kucing yang lain pula tak cam bau (sebab wangi shampu agak kuat), dan jadi bad mood. Tak nak dekat dengan kucing yang dah kena groom ni. Haha. Kena tunggu dua tiga hari baru wangian shampu tu kurang skit. Next time mungkin saya nak pilih shampu biasa sebab tak nak kucing lain bad mood lagi.

Ini kucing saya. Penny. Bengal mix semi flatface

0 Response to "First Time Bawa Kucing Pergi Grooming"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel