Review : Diamond Feline Cat Litter
Saya nak cari dust-free cat litter supaya senang saya nak bersihkan sebab saya allergic dengan debu. Lagi satu, untuk keselesaan kucing saya juga sebab litter box mereka bertutup. Kalau cat litter tu jenis berdebu, memang akan terperangkap kat dalam tu.
Sebelum ni saya menggunakan cat litter ultra clumping made in Japan. Tapi jenama tu dah tak ada jual dan saya beralih ke jenama biasa dan lebih murah. Memang ada perbezaan bila guna cat litter yang biasa dan high quality. Tentulah yang berkualiti itu lebih baik.
Jadi saya bertukar ke jenama Diamond Feline. Saya beli di Pet Paradise Shop, KK. Walaupun harga lebih mahal daripada yang biasa, so far amat berbaloi bagi saya. Ada dua jenis seperti gambar di bawah:
Yang pink (kiri) ada wangian dan of course ultra clumping, dan dust-free. Harga RM17.50 untuk berat 4KG. Yang biru (kanan) lebih murah iaitu RM14.50 per 4KG. Bezanya cuma tak ad wangian tapi yang lain sama iaitu dust-free dan ultra clumping. Cat litter Diamond Feline juga tiada ammonia, odor seal dan long lasting. Made in China.
Ini adalah rupa cat litter Diamond Feline warna pink. Ada wangian.
Cuma amount pasir agak sedikit berbanding cat litter yang biasa. Kucing saya ada tiga ekor, jadi pasir kena refill dengan lebih kerap. But for me masih okay sebab cat litter ni jenis ultra clumping dan memudahkan pembersihan. Tak memakan banyak masa dan najis kucing pun tak bertaburan bila dibersihkan.
Credit FB Diamond Feline
0 Response to "Review : Diamond Feline Cat Litter"
Post a Comment