Adsterra

Review : Nepenthes Villa, Sutera Sanctuary Lodges Kundasang

Masih tak boleh move-on dengan keindahan Gunung Kinabalu hari tu, jadi dengan sukacitanya saya buat lagi sekali trip ke Kundasang. Kali ni with my ex-staff, a.k.a my buddies a.k.a fellow Ex-LPU Angels. Hahaha. Saja nak tenangkan fikiran memandangkan tahap tekanan kerja pun memeningkan kepala juga waktu ni. Maklumlah. Norma baharu lagi. Finally yet importantly, a toast for their hard work and stone cold success!

Sebenarnya kami dah plan sebulan lebih awal, jadi boleh prepare awal semuanya. Kebetulan penginapan pun dapat harga murah, memang nice la. My favorite place, Sutera Sanctuary Lodges, Kinabalu National Park, Kundasang. Bagi saya, tiada penginapan yang lebih baik dari tempat ni. More privacy, nice mountain view, suasana lebih aman dan udara yang lebih segar. Saya tak kisah untuk bayar lebih sebab Kinabalu National Park adalah yang paling cantik.

Hari tu saya stay di Hill Lodge sebab dua orang saja, kali ni group members ada empat orang... jadi saya stay di Nepenthes Villa. Harga RM622.50 per night. Actually harga ni lebih rendah berbanding harga asal which is between RM750 - RM1000 semalam. Bagi saya dengan harga RM600+ untuk sebuah villa cantik begini sangat berbaloi.



Kenapa saya kata berbaloi?

-
-
-
-
-

Villa dua tingkat ini mempunyai dua bilik (satu master bedroom dengan katil king size, satu lagi twin bed). Selain itu ada dua bilik air (satu attached dengan master bedroom dan satu lagi di tingkat bawah). Setiap bilik dilengkapi dengan heater sebab malam memang sejuk. 

Twin bedroom

Master bedroom

Toilet di master bedroom

-
-
-
-
-
-

Ke tingkat bawah pula.


-
-
-
-
-

Ini adalah ruang makan yang sangat cantik dan selesa.


Dan ini pula adalah living room, lengkap dengan wi-fi dan TV yang mempunyai Astro. However, during our stay... Astro ada masalah. So boleh dengar lagu radio saja. Haha. Nevermind sebab kami stay sini untuk menenangkan fikiran dan chit chat sampai tengah malam. 

Okay. Ini adalah dapurnya. Lengkap dengan water filter, microwave dan super cool refrigerator. Kami pun memang sedia bawa makanan yang banyak. Boleh masak-masak kat sini. Kalau rasa nak makan di restoran dalam resort ni, boleh ke Liwagu Restaurant yang terletak tak jauh dari villa ni (walking distance).

Saya rasa peti sejuk ni memang unik. Haha.

-
-
-
-
-

Ini adalah bathroom di tingkat bawah. Besar, dan lengkap dengan water heater.

Pemandangan ke luar tingkap. Nice veranda.


Boleh duduk minum teh panas di bench yang disediakan. Actually untuk view Mountain Kinabalu yang lebih cantik, I prefer Hill Lodge. Keluar saja dari lodge dah boleh nampak gunung. This villa dikelilingi banyak pokok, jadi view mountain pun tak berapa nampak sangat.

Waktu ni jam 05.15 petang. Cuaca pun agak sejuk. Dan kami plan lepas ni nak pergi ke Kiau Gap View Monument yang terletak di dalam National Park ni juga.


View keseluruhan ruang tamu + ruang makan di tingkat bawah villa.

-
-
-
-
-

Malam tu kami decide makan di veranda sebab nak feel cuaca luar negara. Hahaha. Makanan pun simple saja tapi oleh kerana lapar, semua jadi sedap. Nasi putih, ulam timun dan sambal, tempe ikan bilis, sayur lobak masin, ikan taucu, kerang kari dan special sup kincam dan cendawan.

Villa ini dilengkapi dengan fireplace, so boleh enjoy suasana dengan kehangatan api. First bundle kayu adalah percuma, tapi kalau nak tambah lagi dikira dengan harga RM11. Kalau nak pasang api ni boleh call customer servis, mereka akan datang segera untuk bantu. 

Sebenarnya malam tu berlaku black-out sekejap di satu National Park. Masa tu teringat nak stargazing, dan memang cantik!! Sebab tak ada cahaya, jadi boleh nampak banyak taburan bintang di langit. Baru nak shot night view picture, tiba-tiba elektrik dah ada la pula. Haha. Tak apa la. By the way, ini adalah mini fountain di luar villa. 

Malam tu memang bercerita sakan sambil minum teh jasmine Ahmad Tea. Ntah... macam-macam la... cerita hantu la, cerita sejarah la, cerita office la etc. Yang penting malam tu tidur jam 12.30 malam. Sebab dah penat sangat dari pagi sampai ke petang tak rehat, jadi dah ngantuk sangat. Kalau ikutkan nak tidur lebih lewat lagi. 

-
-
-
-
-
-

Oh ya. Tadi saya ada mentioned pergi ke Kiau Gap View. Sebenarnya tempat ni terletak dalam 8 minit perjalanan dari villa dengan menggunakan kereta. View sunset di sini memang sangat cantik. Dan yang penting Mountain Kinabalu begitu jelas tanpa awan. Consider as our lucky day. ? For me, view dari sini sangat cantik sebab tiada bangunan lain di kawasan ni. Udara yang segar dan sejuk. So breathtaking. 


Beautiful sun yang nak jadi sunset sebentar lagi.

-
-
-
-
-

Keesokan harinya, selepas check-out kami sempat buat short hiking ke Sosodikon Hill. FYI - Kalau nak ke sini, make sure menggunakan kereta yang tahan lasak sebab jalan agak curam dan tak rata. Kalau nak balik, kiranya kereta perlu naik bukit dan batu-batu kecil menyebabkan jalan jadi licin.

By the time sampai ke puncak Sosodikon, angin agak kuat sampai pondok ni pun bergegar. Rasa macam nak melayang pun ada. Haha. Apa-apapun, trip kali ni begitu enjoy dan relax. See you next time Mt. Kinabalu. 

Sutera Sanctuary Lodges totally amazing and definitely will stay here again.










0 Response to "Review : Nepenthes Villa, Sutera Sanctuary Lodges Kundasang "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel