Adsterra

Cara Saya Merawat Rambut Kusut

Bila pakai tudung bukan alasan untuk tidak menjaga rambut dengan baik. Bila rambut dah rosak, nak repair balik memang memerlukan masa. Akhirnya... kalau dah malas nak fikir panjang, potong rambut sajalah jawabnya.

Okay. Sebelum ni saya pernah mengalami masalah rambut kering. Bila rambut kering... mulalah menjadi kusut. Tu la... nak pergi buat treatment rambut pun dah tak ada lagi sejak pakai tudung ni. Hehe. ?? Semua buat kat rumah saja. Satu lagi yang menyebabkan rambut saya kusut ialah, jarang pakai conditioner. Bukan suka-suka tak nak pakai, tapi bila saya menggunakan conditioner saya dapati kulit kepala cepat gatal dan berkelemumur. Lepas tu rambut gugur. Apa-apa jenis conditioner, hasilnya tetap sama. Saya dah cuba untuk gunakan conditioner start dari tengah hingga ke hujung rambut saja (akar rambut tak kacau), pun sama juga. Jadi saya memang jarang sangat guna conditioner ni. Biasanya saya simpan hair serum saja. Haissshh.... masalah betul.

Recently saya tengok rambut saya sangatlah tak terjaga. Jadi saya pun mencuba cara yang simple ni. Akhirnya saya dapati amat membantu merawat rambut kusut. 

Step 1: Trim rambut
Sebenarnya penting untuk kita trim rambut sebab biasanya hujung rambut tu pandai rosak atau terbelah. Bila kita biarkan... lama-lama rosak tu akan lebih teruk dan akan effect rambut yang sebelah atas. This time saya potong rambut lebih kurang dalam 4-5 inci. Sebab yang kusut tu kebanyakan rambut kat hujung. Lepas potong barulah rasa ringan sikit.

Step 2: Mask rambut
Memandangkan jika saya guna conditioner, kulit kepala jadi cepat berkelemumur, jadi saya try gunakan hair mask. So far, my trusted brand untuk mask rambut ialah L'Or�al. Lepas siap cuci rambut menggunakam shampoo, bolehlah apply hair mask ni dan biarkan selama 5 minit sahaja. Bukan saja membuatkan tekstur rambut yang lembut, malah tak kusut dan rambut nampak sihat. L'Or�al hair mask yang ini ada dijual di kedai seperti Watsons dan Guardian. Kalau nak hair mask yang lebih nice dan berkualiti tinggi, boleh cuba L'Or�al SerieExpert. Mask rambut ni hanya dijual di salon dan kedai supply barangan salon seperti eNoveal atau Beauty Wonderland. 


Step 3: Keringkan secara semulajadi
Selepas cuci rambut, biarkan kering secara semulajadi. Maksudnya tak menggunakan hair dryer kerana boleh menyebabkan rambut rosak. Saya lebih suka biarkan rambut kering sendiri macam tu sahaja tanpa guna pengering rambut. Slow and steady.


Step 4: Gunakan sikat jarang
Sebenarnya tak digalakkan untuk menyikat rambut ketika rambut masih basah kerana masa tu akar rambut tak berapa kuat dan menyebabkan rambut banyak gugur. Tetapi menyikat rambut basah ni lebih mudah berbanding menyikat rambut yang kering (yang kusut!). Jadi caranya adalah menggunakan sikat jarang. Mudah dan tak menyebabkan rambut banyak gugur.


Step 5 : Sapu serum atau minyak rambut
Akhir sekali, sapukan serum rambut apabila rambut dah kering. Saya suka menggunakan argan oil kerana iya membantu extra rambut lembut. Malah rambut juga nampak lebih shining. Serum atau minyak rambut ni kena guna skit saja sebab kalau banyak nanti rambut jadi berminyak dan gatal pula. Apply kat hujung rambut atau rambut yang rosak. Argan oil mengandungi banyak essential nutrients termasuk vitamin E. 

Saya menggunakan argan oil yang ini. From Morroco. 
(FYI - Place of origin of argan oil is Morroco)

0 Response to "Cara Saya Merawat Rambut Kusut"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel