My Favorite Nachos - Doritos
Ini adalah IKLAN tidak berbayar. Honest review.
Kalau dulu tak berapa suka sangat makan keropok empingan jagung sebab rasa tawar berbanding chips yang lain. Tapi sejak telah mencuba jenama nachos yang nice ni, kini ianya adalah chips kegemaran saya. Jenama nachos yang paling nice saya katakan adalah Doritos.
Saya beli di Evergreen, IMAGO shopping mall. Harga... RM5.90 saja. Nachos ni ada perisa yang lain iaitu BBQ (bungkus warna brown) dan cheese (bungkus warna kuning). Tapi bagi saya, perisa original (bungkus warna hijau) ni adalah yang paling sedap.
Why sedap?
- Tak tawar. Memang secukup rasa rempah ratus yang disalut dengan nachos ni. Pendek kata, sedap.
- Bungkus besar... isi pun banyak. Puas hati.
- Harga murah. Boleh beli dengan harga RM5.90 sahaja. Apa lagi. Memborong la jawabnya.
- Lagi nice dimakan bersama guacamole dip / salsa dip.
Kepada yang tak try lagi, lepas ni bolehlah cuba nachos jenama Doritos ni. Boleh beli kat online shop juga. Kena cuba perisa original roasted corn bungkus warna hijau ni. Cadangan saya nachos ni makan bersama guacamole (avocado) dip. Tapi makan macam tu saja pun sedap juga. Ntah. Tak tau nak kata apa lagi. Lepas makan rasa nak lagi.
Kalau diikutkan saya ni memang jarang makan keropok. Tapi yang ni serious sedap.
0 Response to "My Favorite Nachos - Doritos"
Post a Comment