My Make-up
Setiap hari pergi kerja saya akan mengenakan sedikit mekap, at least foundation, lipbalm dan blusher agar penampilan nampak lebih kemas. Favorite brands saya adalah Burberry, SilkyGirl, dan ada lagi beberapa jenama lain. Sebenarnya mekap yang saya guna boleh dikatakan mekap asas jugalah, banyak benda yang tak ada seperti concealer, highlighter, setting spray etc.
Saya share mekap yang saya gunakan. Mana-mana tulisan bold tu yang saya guna setiap hari
Saya lebih suka foundation jenis stick sebab lebih sesuai dengan kulit saya, plus... provide more coverage. Sebelum ni pernah menggunakan liquid foundation tapi tak berapa sesuai.
Untuk penggunaan setiap hari, saya gunakan foundation Wet & Wild [1]. Brand ni sesuai dengan saya, harga pun berpatutan. Saya beli di kedai Sasa. Cuma foundation yang ni perlu blend dengan wet sponge untuk mendapatkan sapuan yang lebih rata. Untuk lebih convenience terutama semasa travel, saya bawa stick foundation Burberry [2] sebab yang ni texture lebih moist dan tak perlu nak blend dengan wet sponge lagi. Menjimatkan masa. Foundation ni juga lebih tahan lama dan tak cakey. Burberry Fresh Glow Luminous Fluid-base [3] adalah water-based primer dan saya gunakan untuk event tertentu sahaja.
Saya jarang pakai bedak, jadi memang lambat la nak habis. Setahun pun masih banyak lagi. Haha. Okay. Mineral powder Innisfree [1] sangat convenience untuk travel sebab bedak ni lebih ringan dan takkan boleh pecah punyalah kalau terjatuh. Saya memang sukakan bedak mineral ni sebab boleh cover muka saya yang berminyak (temporary). Tapi untuk muka tanpa minyak yang lebih tahan lama, saya menggunakan compact powder Burberry [2]. Bedak ni saya guna bila rasa nak guna saja.
Saya lebih suka menggunakan lipbalm, tapi kadang-kadang tu rasa nak guna lipstik juga. Lipbalm brand Nivea [1] perisa cherry adalah kegemaran saya. Nice color, dan melembutkam bibir. Kalau tak gunakan yang tu, saya menggunakan lipbalm tanpa warna jenama Sebamed [seperti gambar di bawah]. Amat bagus untuk repair chapped lips. Lipstik pula, my favorite brand adalah Burberry [2] dan [3] sebab tak ada sebarang alahan seperti bibir gatal. Tapi sangat jarang pakai lipstik terutama sekali sekarang dah diwajibkan memakai pelitup mulut due to COVID-19.
Untuk maskara pula, saya memilih jenama SilkyGirl mascara [1] sebab jenama ni memang bagus dan dijual dengan harga yang berpatutan. Oleh kerana saya masih newbie dalam penggunaan maskara, jadi saya tak nak invest lebih. Yang penting berpatutan, tak luntur dan senang digunakan. By the way, this mascara memang awesome!. My all-time favourite eyeliner adalah SilkyGirl [2], sebab senang nak bentuk wings. Dah try jenama lain sebelum ni tapi masih tak dapat menandingi eyeliner SilkyGirl. Untuk eyebrow pencil [3] pula, sebenarnya tak ada specific brand. So far yang nice adalah SilkyGirl, Maybelline dan In2It. Untuk eyeshadow [4] dan blusher [5] saya menggunakan jenama Burberry. Eyeshadow tu jarang jugalah saya guna, sebab tu lambat nak habis. But blusher memang selalu guna. Blusher Burberry ni actually boleh dijadikan sebagai lipstick juga. Senang dibawa ke mana-mana dan color pun so nice, tak terang sangat. Penutup blusher juga boleh dijadikan sebagai cermin muka.
Apa-apapun, penyelamat keadaan muka saya yang berminyak adalah ini, Clean & Clear oil control film. Tiap hari memang akan guna sebab muka saya cepat berminyak
0 Response to "My Make-up"
Post a Comment