Adsterra

My First Image of Fomalhaut, the Lonely Star of Autumn

Mohon maaf sebab dah lama tak update blog. Been so busy lately, ditambah lagi dengan situasi kini yang tengah PKPB sampai ke hujung bulan Oktober. Terpaksa juga turun office macam biasa sebab consider essential service. Stay safe everyone.

Actually lama dah nak share gambar ni. Saya shot dari bulan September lagi dan sebelum ni ada share gak kat story FB. Fomalhaut, bintang paling terang di constellation of Piscis Austrinus. Pada mulanya saya pun tak tau bintang ni wujud. Haha. Malam tu clear tak berawan. So saya decide nak tengok planet Jupiter and Saturn. Sambil-sambil tu searching di kawasan lain juga, kot ada penemuan istimewa.

Tiba-tiba tertarik dengan satu bintang yang terang ni. Warna biru dan satu-satunya bintang yang paling terang di langit Selatan. Memandangkan teleskop saya tak ada filter, jadi dapat nak tengok 'rupa' bintang tu la. Nampak cahaya terang warna biru saja. 

Dengan bantuan aplikasi dalam smartphone, rupanya nama bintang tu adalah Fomalhaut. Jaraknya 25 tahun cahaya dari Bumi, which is sangat sangat jauh sampai tak cukup angka dalam kalkulator. Walau bagaimanapun, cahaya bintang ni masih terang.

My first image of Fomalhaut. Using 2x barlow lens with 8mm eyepiece. Shot guna smartphone. Gambar lebih jelas compare to gambar sebenar yang nampak macam titik terang saja.

Jadi saya buat sedikit kajian tentang bintang ni. Fomalhaut diambil daripada perkataan Arab iaitu Fum Al-Hut yang bermaksud Mouth of the Whale. Bintang ini bersinar terang pada bulan September, menandakan bermulanya autumn season bagi  negara-negara yang mempunyai musim tersebut.


My image compared to image from ESA's Herschel Space Observatory. Dapat dilihat bintang ini mempunyai dusty belt known as Fomalhaut's Kuiper Belt dan mengikut kajian, setiap hari ada komet berlanggar di sekeliling bintang tersebut. Bintang ini dipercayai mempunyai sebuah planet iaitu Fomalhaut b, atau juga dipanggil Dagon. 

Imej Fomalhaut star system yang diambil oleh Atacama Large Milimiter/submilimeter Array (ALMA) di Chile. source NOVA

0 Response to "My First Image of Fomalhaut, the Lonely Star of Autumn"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel