Adsterra

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 11

Encik Abdul Ghani membiarkan sahaja Idham pergi. Hal anak-anak dia sudah tidak mahu masuk campur. Cukuplah dengan apa yang pernah terjadi. Melihat Samra yang akhirnya sudi melangkah kembali ke rumah membuatkan dia bersyukur. Sudah lama dia mengakui silapnya tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu berbicara dengan anak itu menyebabkan ikatan kekeluargaan mereka semakin menjauh.
Perkahwinan antara Samra dan Izwan dulu memang atas dasar cinta tetapi keputusan yang dibuat bukan dari anaknya itu. Samra masih belum bersedia untuk terikat sebagai seorang isteri walaupun Izwan berkali-kali mahu mengahwininya. Melihat kesungguhan Izwan dan kebaikan lelaki itu ditambah pula dengan pekerjaan yang cukup menyelesakan, dia memaksa anaknya supaya berkahwin secepat mungkin. Dia tidak mahu Izwan terlepas ke tangan wanita lain sedangkan saat itu rupanya Izwan sudah dimiliki. Lelaki itu memang pandai berkata-kata.  Pandai juga menabur wang ringgit. Waktu itu sebagai ayah, dia memikirkan Izwan yang terbaik untuk anaknya. Lelaki itu juga dilihatnya tidak pernah meninggalkan solat setiap kali bertandang ke rumah. Rupanya lelaki itu berpura-pura sahaja.
Bila anaknya itu membuat tuntutan fasakh ke atas Izwan, dia marah benar. Sungguh dia malu, bila dia mendengar cerita tuntutan anaknya itu lebih kepada sekadar dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Heboh satu kampung, Samra tidak pandai menjaga maruah diri. Bila dia menghubungi Izwan, lelaki itu tidak menafikan berita itu. Malah, dia turut memberitahu dia selalu ternampak Samra keluar dengan lelaki lain dan berbalas SMS dengan lelaki itu. Dia percayakan kata-kata Izwan kerana baginya lelaki itu tiada kurangnya.
Sambutan raya tiga tahun lepas, beberapa bulan selepas tuntutan fasakh anaknya itu disahkan mahkamah anaknya itu dihalau keluar dari rumah. Rasa marahnya menyebabkan Samra yang kembali hidup sendiri terbuang.
�Apa yang abang dok tengok tu? Budak tu dah pergi dah.�
Tegur Puan Aisyah bila suaminya itu termenung jauh. Seperti memikirkan sesuatu lagaknya.
�Tak tengok apa-apa. Dah tu, awak kata nak pergi Beruas. Cepatlah bersiap!�
Cepat sahaja langkah Puan Aisyah menuju ke pintu. Di pintu dia bertembung dengan Masita. Anak gadisnya itu baru lepas mandi. Sedang mengeringkan rambut dengan tuala kecil.
�Abang Am tu pergi mana mak?�
�Dia beritahu nak balik KL. Bergaduh apa entah dengan akak hang tadi.�
�Lah, dah balik ka? Habis tu wallet dengan handphone ada kat bilik tu, dia tinggal kan ke?�
�Biar betul, Ita!� sampuk Samra dari tingkap biliknya.
�Buat apa Ita nak tipu. Tadi Ita masuk nak cari hair dryer. Tengok ada purse dan handphone. Tak kanlah yang akak kot!� siap menjeling-jeling lagi Masita. Dia belum buta lagi untuk tidak mengenali barang kepunyaan Idham.
�Cepat betul nak baliknya. Tu macam mana nak bayaq tol, nak isi minyak� tak pasai-pasai nanti minyak habis kat tengah jalan. Telefon pun tak da!� Puan Aisyah sudah mula kerisauan. Samra pula sudah menghilang ke bilik yang digunakan Idham malam tadi. Telefon dan dompet milik Idham. Sebentar kemudian, terus dia ke biliknya. Menyarung tudung dan mencapai kunci kereta Masita.
�Hang nak ke mana tu?�
�Cari Idham. Kot-kotlah dia tak jauh lagi. Ada singgah mana-mana ka!�
Sebaik sahaja Samra habis bercakap, Nissan X-trail milik Idham berhenti di hadapan rumah. Mukanya berkerut-kerut. Tentu sahaja sedang mencari barangnya. Sebaik sahaja melihat telefon bimbit dan dompetnya berada di tangan Samra, dia melepaskan nafas kelegaan.
�Itulah kalut sangat nak balik! Ada ka boleh sampai lupa benda penting macam tu!� getus Masita. Idham hanya tersengih, disambutnya huluran Samra.
Toksah baliklah. Tak sedap hati pulak mak cik ni. Balik sekali dengan Samra esok.�
Idham sudah angkat kening memandang Samra. Kalau dia tahu Samra akan balik esok, dia sanggup menunggu sehari lagi.
�Ish mak ni, Am mana bawak pakaian. Tak kan nak pakai baju abah lagi?� Samra beralasan. Selebihnya dia tidak suka emaknya terlalu percayakan benda-benda yang dianggapnya karut itu.
�Alah akak ni, macam tak boleh beli je. Pergi pekan tu, kedai baju tu buka sampai petang nanti.
Samra diam sahaja. Mahu membantah dia tiada modal untuk beralasan. Sudahnya hanya dengusan tidak puas hati yang terlahir. Idham pura-pura tidak mendengar. Sudah di beri peluang, masakan dia mahu sia-siakan. Namun, jauh di sudut hatinya dia tidak akan memaksa Samra lagi. Dia tidak mahu wanita itu semakin menjauh daripadanya.
�Pak cik dengan Mak cik nak ke pekan. Mak cik nak beli barang-barang dapur. Kalau nak ikut, jomlah.�
Idham pandang Samra. Samra pula buat-buat tidak tahu. Masita sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada juga yang kena hantuk kepala tu kang!
�Ita nak ikut. Nak beli barang sikit. Abang Am dengan Kak Nur, naik satu kereta. Kami bertiga naik kereta abah.�
�Siapa nak ikut? Akak tak nak keluarlah!�
�Ish, budak ni! Tak kan nak biarkan Idham sorang-sorang!�
�Alah, Ita kan ada. Mak dengan abah pun ada.�
�Tak apalah mak cik, saya pergi sorang-sorang je!�
�Nur��
Teguran Encik Abdul Ghani membuatkan Samra pamir muncung sedepa. Tiga lawan satu, masa kan yang satu itu akan menang!
�Yalah� Yalah.�

***
�Cukuplah buat muncung sedepa you tu. Dah macam muncung itik pulak I tengok.�
�Lantak oranglah!�
�Tengok tu. Sekarang ni dah pandai cakap kasar-kasar. Dah tak sayang I ke?�
�Memang pun.�
�Alah kat mulut lain, kat hati tu lain. I tahulah you sayangkan I.�
�Mengarut. Am jangan ingat, mak dengan abah baik dengan Am, dorang akan berpihak kepada Am!�
�Terbukti you sayangkan I. Jangan you risaulah, I tak akan gunakan keluarga you untuk dapatkan you. I percaya pada jodoh ALLAH. I pilih you bukan kerana nafsu tetapi kerana I sayangkan you dan ALLAH gerakkan hati I untuk memilih you. Jadi I percaya akan hal itu.�
�Senangnya Am percaya gerak hati?�
�Memanglah. Kita minta pertunjuk dari ALLAH, ALLAH berikan kita pertunjuk-NYA melalui pelbagai cara. Salah satu contohnya gerak hati!�
�Yalah. Am jer yang betul.�
Idham tergelak kecil. Melihatkan Samra yang bagaikan merajuk itu, dia rasa gembira. Gembira bukan berjaya membuatkan wanita itu bermasam muka begitu. Gembira kerana dia pasti apa yang dia rasa selama ini, Samra juga merasainya.
�Kalau I mati� you menangis tak?!� soal Idham tetiba, mengundang kerutan di dahi Samra. Dia berpaling ke arah lelaki itu. Idham tersenyum sambil mengangkat sedikit keningnya sebelum pandangannya beralih kembali ke arah jalan.
�Tak ada soalan lain ke?�
�Ada. Banyak lagi nak tanya you. Tapi tetiba I terfikir pulak soalan tu. You rasa kan kalau I mati, you akan ingat I tak!�
�Apa yang Am melalut ni?! Dah� bawa kereta tu elok-elok.�
�Tengah elok-eloklah ni. Jawablah soalan I tu��
�Am!!!�
Samra sudah menutup mata sebaik sahaja dia melihat seorang kanak-kanak berusia lingkungan sebelas tahun sedang melintas jalan. Idham yang terkejut terus sahaja cuba mengelak sehingga akhirnya kereta itu terlanggar sebuah gerai yang baru di buka. Bertempiaran lari dua orang lelaki menyelamatkan diri.  Kereta Nissan X-trail itu terhenti. Samra merasakan kepalanya amat sakit. Terasa ada darah hangat mengalir di dahinya. Dia memandang Idham. Lelaki itu tidak bergerak. Mukanya tersembam di stereng kereta. Sebaik ternampak darah yang mula mengalir deras, Samra tergamam. Terketar-ketar tangannya yang cuba menyentuh Idham.
�Am��
Senyap.
�Am�� suara Samra  sudah mula berbaur tangisan. Saat itu pintu kereta di buka. Tubuhnya di tarik keluar. Orang ramai mula berpusu-pusu datang melihat. Samra hanya mendengar bunyi hingar, suara orang-orang yang tidak tahu butir bicaranya. Dia tenggelam di dalam dunianya sendiri.


--------------------------------***---------------------------------------
mohon maaf kerana edisi 11 terlambat dari kebiasaan.=]

Related Posts

0 Response to "SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 11"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel