Adsterra

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 10

Kampung Sungai Ara, Beruas.
Sebaik papan tanda berbentuk empat segi sama tertera nama kampung yang seperti di tulis oleh Soleha tengah hari tadi terus sahaja Idham membelokkan keretanya ke kiri memasuki kawasan perkampungan itu.
Hari sudah mulai gelap. Oleh kerana tidak pernah ke sini, terkial-kial juga dia mencari. Perlahan sahaja pemanduannya sebaik sahaja dia mula melepasi Parit. Berhenti solat Asar dan melelapkan diri seketika dek kerana kantuk yang amat sangat. Itupun tidurnya tidak lena.
Idham memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar sebuah rumah yang terletak di tepi jalan raya. Pada pengamatannya, rumah itu dihuni oleh kaum Cina. Ada dua ekor anjing yang tidak diketahui dari jenis apa berkeliaran di hadapan rumah batu tersebut. Setelah beberapa kali dia memanggil-manggil penghuni di dalam, seorang apek bersinglet putih dan berseluar pendek hitam keluar dari rumah tersebut.
�Saya mahu tanya mana satu rumah Abdul Ghani Abdul Samad.�
�Ghani? Hang tau itu nama panggilan dia. Saya tak tahu itu nama penuh. Sini orang panggil nama gelaran.� Ujar Apek itu dengan loghat utara dan pelat Cina yang pekat. Di tangan kanannya terdapat punting rokok daun yang berasap.
�Saya tak tahu nama gelaran dia. Ramai nama Ghani di sini ka Apek?�
�Ada tiga atau empat orang nama Ghani. Bini dia apa nama?�
Tergaru-garu kepala Idham bila nama emak Samra ditanya. Rasa menyesal pula tidak diangkut bersama fail maklumat peribadi Samra.
Seketika kemudian, seorang wanita muda keluar. Dia bercakap sesuatu dalam bahasa Kantonis dengan Apek tersebut.
�You tahu nama anak dia?� soal perempuan muda itu, fasih berbahasa Melayu bercampur loghat utara.
�Samra.�
Berkerut dahi kedua-duanya mendengar nama itu. Kedengaran pelik. Idham benar-benar berharap perempuan Cina itu dapat membantunya. Kalau tidak terpaksalah dia mencari rumah ke rumah orang yang bernama Ghani.
Tetiba Idham teringatkan gambar Samra yang diambil menggunakan telefon bimbitnya pada hari berlakunya kejadian yang mengejutkan itu. Terus dikeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar Samra kepada perempuan itu.
�Oh.. baru kenal. Sini orang panggil dia Nur. Memang bapak dia nama Ghani. Kenapa tak tunjuk dari tadi!�
Idham tersengih. Manalah dia terfikir tadi. Itupun nasib baiklah dia sempat mengambil gambar wanita itu tanpa disedari oleh Samra.
�Rumah dia.. you terus sahaja dan rumah dia yang nombor dua sebelah kanan. Bukan rumah dalam ladang ni. You terus sampai you nampak rumah-rumah kiri dan kanan. Rumah dia sebelah kanan.�
Selepas mengucapkan terima kasih terus sahaja Idham memandu. Kiri dan kanan jalan terdapat semak. Jalan pula sempit. Selepas seketika, kawasan semak itu bertukar dengan kawasan ladang kelapa sawit. Idham nampak beberapa rumah di dalam kawasan kebun tersebut. Sebaik sahaja nampak deretan rumah di hadapannya, Idham menarik nafas lega.
Dia memberhentikan keretanya dihadapan sebatang pokok cempedak yang terdapat pangkin di bawahnya.
�Assalamualaikum.�
Sedikit kuat Idham memberi salam kerana takut tidak didengari. Rumah yang sebahagiannya diperbuat daripada kayu itu memanjang ke belakang. Selepas menunggu beberapa ketika, tiada sesiapa yang menyahut salamnya menyebabkan Idham ke belakang. Sekali lagi salam di beri. Kali ini ada yang menyahut. Muncul seorang gadis.
�Ini rumah Samra ke?�
�Aah.�
�Dia ada?�
Gadis itu kembali ke dalam rumah. Sebentar kemudian, muncullah orang yang dinantikan Idham. Terkejut Samra melihat Idham berada di hadapannya. Terus dia melangkah keluar.
�Apa yang Am buat kat sini? Mana Am tahu saya kat sini?�
Bisiknya perlahan. Tangan Idham sudah ditarik supaya menjauh dari pintu rumah. Dia tidak mahu keluarganya mendengar perbualan mereka.
�Cari you. Kenapa you buat I macam ni? You perlu bagitahu I ke mana you pergi!�
�Kita tak ada apa-apa hubungan. Buat apa saya perlu beritahu Am!�
Diperbetulkan kedudukan tuala yang berada di atas kepalanya. Dia tidak menyangka Idham akan mencarinya sehingga ke kampung.
You�re mine, okay?! Jangan nak cuba provoke I dengan kata-kata you tu! Sama ada you suka atau tak, you tetap akan berkahwin dengan I!�
�Gila apa? Cukuplah Am! Saya tak akan berkahwin dengan awak sebab saya tidak cintakan awak!�
�I tak percaya. You tipu!�
Belum pun sempat Samra menjawab, azan maghrib berkumandang menandakan masuk waktu berbuka.
�Kak, emak suruh masuk dulu. Dah berbuka ni. Ajak sekali kawan akak tu!�
Samra dan Idham saling berpandangan. Kalau ikutkan hati Samra, mahu sahaja disuruh Idham pergi tetapi memikirkan lelaki itu berpuasa dia tidak sampai hati pula.
�Dahlah, masuk berbuka dulu tapi ingat jangan nak cakap yang bukan-bukan kalau emak atau abah saya tanya. Jangan buat perangai gila Am tu!�
�I peduli apa! You yang cari pasal dulu.�
�Am!�
�Dah. I lapar. You nak bergaduh dengan I tunggu I kenyang dulu! Bukan nak rasa kasihan dengan orang ni! Rasa terharu pun tidak! Orang drive jauh-jauh. Sesat sana sini. Dia tahu apa!?�
�Siapa suruh cari?! Ada saya suruh cari?! Saya tak suruh pun kan?!�
�Kak!�
Panggilan Masita yang untuk kali ke dua itu terus mematikan pergaduhan mulut pasangan itu.
�Yalah. Akak masuklah ni.�
Idham mengikut langkah pantas Samra. Selepas menanggalkan kasutnya terus dia masuk. Menghulur tangan menyalami seorang lelaki berusia lewat lima puluhan. Idham pasti itu adalah ayah Samra.
�Elok sangat lambat-lambatkan berbuka tu.� Tegur Encik Abdul Ghani. Idham hanya tersengih mendengar teguran itu.
�Ini kawan Nur, Idham.�
Encik Abdul Ghani anggukkan kepala. Perkataan �kawan� itu bagai dapat ditelah tetapi dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. Melihat wajah masam mencuka anaknya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka.
Sepanjang makan itu Samra diam membisu. Langsung tidak bercakap. Masita yang banyak bertanya pada Idham. Lelaki itu pula tanpa memperdulikan Samra, menjawab setiap pertanyaan Masita. Sesekali Encik Abdul Ghani dan Puan Aisyah bersuara.
�Tidurlah sini. Balik malam-malam ni bahaya. Lagipun baru je sampai.� Pelawa Encik Abdul Ghani sebaik sahaja Idham memberitahu dia akan pulang malam ini juga.
�Tak apalah, pak cik. Saya tak bawah pakaian ni. Datang ni pun sehelai sepinggang jer.�
Idham menolak secara baik tetapi memang ikutkan hati memang dia mahu sahaja bermalam di rumah Samra. Mahu menyelesaikan masalahnya dengan Samra secepat mungkin. Tunggu masa dipelawa sahaja.
�Alah. Baju pak cik tu ada. Pakai jer!�
Samra sudah menjeling Idham. Bukan dia tidak tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Sengaja menuturkan kata begitu sedangkan memang berharap sangat dapat bermalam di rumahnya.

***
Idham mendekati Samra yang sedang memberi makan kepada ayam-ayam perliharaan ayahnya. Terdapat juga beberapa ekor itik yang turut menumpang makan.
�Sayang�� panggilnya perlahan. Terkejut Samra dengan sapaan lelaki itu yang dirasakan dekat sahaja dengan telinganya. Hampir tercampak bekas makanan ayam di tangannya.
�Apa ni Am!? Gila apa?!�
�I gilakan you. Kita kahwin ya?�
�Tak nak. Saya rasa baik Am balik jer. Keputusan saya tetap sama. Kita tak mungkin akan bersama.�
�You nak ke tak nak, I tak kira. Malam tadi I dah call abah I. I dah minta dia suruh ibu buat persiapan. Raya pertama nanti, keluarga I akan datang meminang you!�
�Kenapa Am ni keras kepala sangat? Saya tetap tak akan terima. Am, sudahlah. Pergi balik. Sini bukan tempat Am. Tempat ni kotor, banyak nyamuk.�
Idham sudah ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak ada alasan lain lagikah yang mahu Samra berikan?!
�Sayang� kalau you nak halau I sekalipun, janganlah bagi alasan tak munasabah tu. You ingat I ni orang bandar ke? I ni orang kampung juga! Macam you. Kecik-kecik dulu paya macam ni belakang rumah nenek tu lah tempat favourite. Bukan setakat kena gigit nyamuk, lebah pun pernah. Tolonglah Samra, kenapa you harus korbankan kebahagiaan you hanya kerana you takut untuk menghadapi segala kemungkinan?  Pasal you, pasal hubungan you dengan Izwan satu masa dulu semuanya dah I ceritakan kepada ibu dan abah I. Ida tak pernah berdendam dengan you sebab you yang menyelamatkan dia dari terus ditipu Izwan. Memang dia bercerai dengan Izwan kerana you. Sebab dari you, Ida dapat tahu segala keburukan Izwan. Dari you dia membuka mata seluas-luasnya melihat siapa sebenarnya lelaki itu.�
�Tapi saya tak boleh. Cuba awak tolong beritahu saya macam mana perlu saya hadapi Ida sebagai adik ipar saya dan bekas madu saya!�
�You cintakan I kan?�
Samra diam. Dia bergerak menghampiri reban ayam. Kemudian mengambil penyapu lidi dan terus dibersihkan kawasan itu. Idham jadi geram dengan Samra.
�I tahu you cintakan I Cuma you ni ego.� Tangan Samra ditariknya. Dia mahu wanita itu mengakuinya. Dia tidak mahu wanita itu berdalih hanya kerana tidak yakin pada diri.
�Apa ni Am!? Sesuka hati nak pegang tangan orang! Kalau Am tak balik KL sekarang, saya akan pergi dari rumah ni dah hantar surat berhenti kerja dua puluh empat jam!�
Terus sahaja Samra meninggalkan Idham. Sedikit terkejut dia bila memusingkan badan, rupanya ayah dan ibunya sedang mendengar perbualannya dan Idham tetapi dia terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa sebarang kata.
Idham pula akibat terlalu geram disepaknya batang pokok kelapa di hadapannya. Mengaduh dia kesakitan yang amat. Namun, bila menyedari kehadiran Encik Abdul Ghani dan Puan Aisyah serta merta ditahannya sakit itu. Terhencut-hencut dia berjalan menghampiri mereka berdua.
�Erm.. saya balik dululah pak cik, mak cik!�
Idham hulurkan tangan mahu menyalami kedua-dua ibu bapa Samra dan disambutnya oleh mereka berdua yang dalam keadaan binggung.
�Kenapa tergesa-gesa nak balik? Duduklah sehari dua lagi.�
�Eh tak apalah pak cik. Saya ni tak minta cuti pun. Nanti marah pulak boss. Lagipun ada orang tu tak suka saya ada kat sini lama-lama.�
Sempat Idham menyindir Samra yang mengintip dari tingkap biliknya. Dia pergi bukan kerana mengalah tetapi dia pergi untuk memberi ruang kepada Samra. Dia amat pasti wanita itu cintakan dirinya sepertimana dia cintakan wanita itu tetapi peristiwa dan kenyataan yang baru diterimanya benar-benar menggugat.
�Asslamualakum.�
�Waalaikumsalam.�

 ---------------------

Bos tak masuk. wi-fi ofis ngeng tak boleh nak buat kerja. ngantuk. bosan.  jadi cepat lah keluarnya SAMRA 10

Related Posts

0 Response to "SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 10"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel