SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 9
�Hello, Samra. Nur Samra Khadijah, lama tak jumpa! What are you doing here? Oh, jangan kau nak beritahu aku yang kau ni bini Idham!�
Tiga pasang mata tertumpu ke arah Samra. Masing-masing saling tertanya-tanya. Apa hubungan Samra dengan lelaki bernama Izwan yang turut merupakan bekas suami Ida. Samra pula erat menggenggam hujung kerusinya. Selepas tiga tahun, dia tidak langsung berharap dapat bertemu semula dengan lelaki itu! Bukan di sini. Bukan bersama Idham. Malah bukan di mana-mana sahaja!
�Sayang?�
Izwan ketawa kecil. Bunyinya seakan mengejek. Tahulah dia antara Samra dan Idham ada hubungan. Dendamnya bakal terbalas. Disebabkan wanita itu, dia hilang peluang untuk memiliki kekayaan yang diusahakan selama ini.
�Oh bini kau Idham?! Kau nak tahu tak?�
Izwan berhenti di situ. Seronok melihat muka Samra yang pucat lesi. Seronok juga melihat muka Idham yang penuh tanda tanya dan dia pasti seronok melihat reaksi Idham bila lelaki itu mengetahui siapa Samra.
�Kau jangan nak buat hal kat sini, Wan! Kau dah lupa apa aku buat dengan kau tiga tahun lepas?� suara Idham perlahan tetapi penuh ugutan. Tiga tahun lepas, kalau tidak kerana Iqram, abang sulungnya masuk campur mati Izwan dikerjakan.
�Hahaha.. aku tak berani nak buat hal dengan kau tapi aku nak kau tahu�.�
Izwan berjeda di situ. Dibongkokkan tubuhnya supaya separas dengan muka Idham dan Ida. Samra sudah mula mengenggam erat lengan Idham. Mahu sahaja dia bangun dan pergi dari situ tetapi entah kenapa dia jadi kaku.
�Dia ni� Samra ni.. bekas aku dulu. Ida, kalau kau nak tahu inilah bekas madu kau. Dia nilah penyebab aku selalu tak balik rumah. Duit kau yang aku pinjam tu, dialah yang guna. Perempuan ni memang kaki kikis.�
�Kau jangan melampau, Izwan! Jaga sikit mulut kau tu! Kau yang perangai macam syaitan, Samra pula yang kau tuduh!�
Samra memanggungkan sedikit kepalanya, memandang Ida yang sudah tersandar ke kerusi. Wanita itu bagaikan tidak percaya. Akhirnya, Samra capai beg tangannya dan terus bangun dari kerusi. Dia tidak peduli lagi dengan pandangan orang ramai di dalam restoran tersebut. Dia sudah tidak sanggup berada di situ dan terus mendengar omongan nista Izwan.
�Samra!�
Idham terus berlari mendapatkan Samra. Walau apa pun kata Izwan dia tidak akan percaya sedikit pun. Sedarlah dia kini, Izwan yang diceritakan Samra adalah sama dengan Izwan yang telah memusnahkan hidup adiknya.
�Sayang, you nak pergi mana!�
Tangan Samra dipautnya kemas. Terhenti langkah Samra. Orang ramai yang lalu lalang asyik memerhati. Difikirannya mereka tentu ada yang menganggap Samra sedang merajuk.
�Am� kita tak boleh� tak boleh� cukup setakat ni!�
�Apa yang you merepek kan ni? Apa yang tak boleh? Apa yang cukup?! You ingat I akan percaya cakap jantan tu?�
�Tapi� dia suami Ida. Saya tahu mesti Ida marahkan saya. Mesti dia bencikan saya. Saya yang runtuhkan rumah tangga dia!�
Idham menarik tangan Samra supaya mereka jauh sedikit daripada tumpuan orang ramai. Dia mahu Samra tahu dia sudah lama mengetahui perangai Izwan yang teruk sebelum lelaki itu mengahwini adiknya tetapi siapalah yang mahu mendengar katanya kalau lelaki itu dihadapan ahli keluarganya dan Ida pijak semut pun tak mati!
�Dengar sini, I akan kahwini you walau apa pun terjadi. Ida tak akan salahkan you��
�Dahlah Am. Maaf, saya tak boleh. Saya akan nampak Izwan dalam diri Iman. Saya tak sanggup hadapi semua tu.�
�I don�t care, okay!? Sama ada you suka atau tak, you kena kahwin dengan I!�
�Am! Kenapa awak ni suka mendesak? Kenapa nak semua orang ikut cakap awak? Saya kata saya tak boleh nak bersama awak! Jangan paksa saya lagi!�
Suara Samra mula meninggi bersama dengan air mata yang mula mengalir deras. Dalam keadaan begini dia tidak mengharap Idham terus dengan sikap suka mendesaknya.
�I sayangkan you. I tak boleh kehilangan you, Samra. Tolonglah jangan buat I macam ni!�
Suara Idham mengendur. Ada rasa sebak yang cuba dikawal. Bila dia memiliki cinta Samra, dia tidak mahu lagi kehilangan. Dia mahukan Samra sebagai Hawa yang mendampinginya seperti Adam. Dia tidak kisah siapa wanita itu kerana dia tahu Samra seorang wanita yang baik.
�Carilah perempuan lain yang lebih sesuai, yang lebih membahagiakan Am.�
�I nak you! You nak I buat apa lagi untuk buktikan pada you?!�
�Am, pergilah kepada Ida. Dia perlukan Am sekarang ni. Mesti dia masih tidak dapat menerima kenyataan apa yang Izwan beritahu dia tadi.�
Idham mendengus. Dikeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Sebelah tangannya mencengkam erat lengan Samra.
�Am, lepaslah! Sakitlah!�
Idham tidak ambil peduli sebaliknya dia terus menghubungi adiknya. Selang beberapa saat pemanggil di sebelah sana menjawab.
�Min dengan Kak Ida kat mana?�
�Kami dah kat luar ni. Tak jadi makan kat situ. Jantan tak guna tu memang dasar setan! Abang kat mana? Kak Samra ada sekali?�
�Ada. Kak Ida okey tak?�
�Okey. Akak okey. Kami tengah cari abang ni. Abang cakap dengan Kak Samra, Kak Ida nak jumpa. Abang jangan risau, Kak Ida tak akan tuduh Kak Samra yang bukan-bukan. Cuma nak perkara ni jelas je. Min pun tak percaya cakap jantan tu.�
�Macam nilah, Min dengan Kak Ida berbuka berdua. Biar abang dengan Kak Samra berdua. Cakap dengan Kak Ida, nanti malam abang jumpa dia. Pasal Kak Samra, nanti baru kita semua berjumpa. Biar dia bertenang dulu.�
�Okeylah kalau macam tu. Apa-apa hal abang call je Min.�
�Okey. Assalamualaikum.�
�Waalaikumsalam.�
Panggilan dimatikan. Idham memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia memandang Samra yang cuba melepaskan tangannya dari genggaman Idham.
�Kita cari tempat berbuka.�
�Saya nak balik.�
�Jangan degil boleh tak, Samra? Tinggal beberapa minit lagi nak berbuka ni. Kita berbuka dan solat maghrib.�
�Tak nak lah Am. Lepaskanlah saya. Saya nak balik!�
�You jangan buat I mengamuk kat sini! Ikut ajerlah!�
Idham menarik tangan Samra. Semakin cuba wanita itu melepaskan cengkamannya semakin kuat jari-jemarinya mencengkam tangan Samra. Akhirnya Samra mengikut sahaja langkah Idham tanpa langsung membantah.
***
Sudah empat hari berlalu sejak peristiwa itu. Samra meminta cuti kecemasan dan langsung dimatikan telefon bimbitnya. Puas Idham mencari tetapi tiada siapa tahu ke mana wanita kesayangannya itu pergi. Baik Solehah mahupun Wirda, masing-masing hanya mampu menggelengkan kepala. Inilah buat pertama kalinya Samra bercuti kecemasan dan langsung tidak diberitahu ke mana dia pergi. Malah Arianna, teman serumah Samra juga tidak tahu ke mana wanita itu pergi.
�Kak Soleha ada alamat rumah dia kat kampung tak?�
Soleha terus menarik laci yang menempatkan fail-fail pekerja. Sebuah fail berwarna coklat cair dikeluarkan bila dia ternampak tanda nama SAMRA tertulis dihujung sebelah kanan fail tersebut.
�Ini alamat yang dia bagi. Am cubalah cari.�
�Terima kasih kak.�
Soleha anggukkan kepala. Melihat kesungguhan Idham dia pasti akan perasaan lelaki itu terhadap Samra. Baru dua hari Samra tidak ditemui, keadaan lelaki itu sudah tidak tentu arah. Habis semua orang ditanya tentang Samra walaupun orang itu tidaklah kenal sangat dengan Samra. Di dalam hati Soleha berdoa moga ini adalah pilihan yang tepat untuk Samra dan wanita itu akan menerima Idham sebagai lelaki yang akan menjadi suaminya.
Pagi itu juga Idham memandu ke Beruas. Dia tidak tahu mana tempat itu, yang dia tahu Beruas terletak di negeri Perak. Terletak di antara Ipoh dan Taiping. Itu pun selepas diberitahu oleh Ida .
Buat pertama kali juga Idham bercerita berkenaan hal cintanya kepada ayahnya. Meluahkan rasa hati yang membelengu dirinya. Sungguh, saat itu dia benar-benar merasa takut akan kehilangan Samra. Dia takut Samra terus nekad memadamkan terus perasaan cinta terhadapnya. Perasaan cinta yang baru bertunas, masih belum sempat berbunga indah.
�Sayang, I nak you tahu� I tak pernah mahu lupakan you. I juga nak you tahu, I tak akan lepaskan you walau apa pun alasan you!�
Pesanan itu ditinggalkan di peti simpanan suara telefon bimbit Samra. Entah untuk kali keberapa, Idham tidak pasti tetapi selagi dia tidak bertemu dengan wanita itu selagi itu dia tidak akan putus asa mengharap.
0 Response to "SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 9"
Post a Comment