PADA DETIK ITU... : BAB 18
�Eh apa ni Along?! Hari tu bukan main tak mahu ini tetiba bila Angah nak kan Natrah Along nak pulak!� Suara Rafiq yang entah dari mana munculnya kedengaran. Muka lelaki itu memerah dan tegang. Tahulah Natrah, Rafiq sedang marah.
�Si Halina kau nak campak ke mana?� soal Idlan juga turu kasar. Mendengar soalan abang sulungnya, Rafiq tergelak. Ada sahaja alasan lelaki itu untuk tidak membenarkan dirinya memiliki Natrah. Bukankah sedari dulu lagi abangnya itu mengetahui Halina tidak cocok dengannya?! Gadis itu jarang sekali lekat di rumah atau dalam bahasa paling senangnya, jarang benar kakinya menjejak bumi Malaysia. Dulu kerjanya sebagai pramugari tetapi kemudiannya berhenti dan menjadi penulis ruang perlancongan. Perwatakan Halina juga jauh berbeza daripadanya.
�Along sendiri tahukan Angah dah tak ada hati dengan Halina.� Rafiq sengih melihat mata membulat Idlan. Kemudian, pandangannya jatuh kepada Natrah, yang tunduk sahaja.
�Kamu jangan macam-macam Angah. Dah berikan harapan pada Halina senang-senang je nak biarkan dia macam tu!�
�Masa bila pulak Angah beri harapan pada dia? Dia pun macam tak serius jer! Dahlah, jangan nak tukar topik. Angah akan tetap dengan keputusan Angah! Natrah akan kahwin dengan Angah dan menjadi isteri Angah bukan Along. Lagi pun, Natrah tu tak teringin pun dengan Along!�
Tanpa memperdulikan Puan Rohaya yang memanggilnya, Rafiq terus naik ke biliknya. Meninggalkan Idlan yang sudah merah menyala mukanya. Kata-kata adiknya itu benar-benar membuatkan dirinya marah. Natrah dan Puan Rohaya pula masing-masing terkulat-kulat dengan reaksi Rafiq. Puan Rohaya sudah tentulah rasa serba tidak kena.
�Ibu?�
�Erm, nantilah ibu cakap dengan Angah. Kamu pun satu, hari tu bukan main tak mahu sangat! Dah Angah nak, baru kamu terhegeh-hegeh. Ibu nak naik mandi, dah nak masuk maghrib dah ni!�
Tinggallah Natrah dan Idlan berdua di ruang tamu itu.
�Awak nak ke mana pulak tu? Saya belum habis cakap lagi dengan awak!� Idlan bersuara sebaik sahaja melihat Natrah juga ikut bangun dari duduknya.
�Saya nak masuk bilik. Saya belum solat Asar lagi ni!� Natrah beralasan sedangkan awal-awal tadi lagi dia sudah menunaikan solat Asar. Cuma perasaannya tidak tenteram bila ditinggalkan bersama lelaki itu.
�Dah pukul berapa baru nak solat Asar? Awak buat apa duduk rumah?�
Natrah tidak menjawab sebaliknya terus melangkah ke tingkat atas. Membuatkan Idlan menjadi semakin marah. Laju langkahnya mendapatkan Natrah, tangan gadis itu direntapnya menyebabkan hampir sahaja gadis itu terjatuh akibat tidak dapat menyimbangkan badan.
�Sejak bila awak ni pandai bersikap kurang ajar dengan saya ni?� soal Idlan tanpa mempedulikan raut wajah Natrah yang menahan kesakitan.
�Sakitlah encik! Lepaskanlah tangan saya, nanti puan nampak!�
�Saya peduli apa?! Saya tanya awak yang awak kurang ajar sangat ni kenapa?�
�Masa bila�.�
�Yang tadi tu bukan kurang ajar namanya? Saya tanya awak, awak buat tak tahu je!�
�Lan� Natrah� kenapa ni bising-bising? Sampai ke luar Kak Midah dengar.�
�Kak Midah jangan masuk campur boleh tak? Saya tengah bercakap dengan Natrah sekarang ni! Jangan nak menyibuk hal orang lain!�
Sedikit tersentak Kak Midah dengan suara Idlan yang meninggi. Marah benar Idlan nampaknya. Selalunya kalau marah sekali pun dengan dirinya Idlan akan mengawal kemarahannya. Lelaki itu akan bercakap baik-baik dengan dirinya. Lelaki itu memang kuat meleter tapi jarang sekali kelihatan amat marah.
�Ya ALLAH, apa ni Along? Yang kamu tengking-tengking Kak Midah tu kenapa? Dah kena sampuk ke? Kamu sedar tak Kak Midah tu lebih tua daripada kamu? Tu satu lagi, yang kamu cengkam tangan si Natrah tu kenapa? Sakit orang tu!� Suara Puan Rohaya pula kedengaran. Terbantut langkahnya untuk masuk ke dalam bilik air dek terdengar suara anaknya kuat menengking Kak Midah.
�Siapa suruh kurang ajar sangat! Orang tanya elok-elok, dia buat bodoh je! Baru duduk sini dua tiga hari dah buat perangai!� jawab Idlan seraya dia melepaskan tangan Natrah. Kasar.
�Along! Yang kamu nak marah sangat ni sebab apa? Jangan sebab panas baran kamu tu semua orang kena! Tak dah tahu nak hormat orang!� suara Puan Rohaya ikut meninggi. Geram benar dengan sikap anak sulungnya itu. Mana perempuan boleh tahan kalau dah perangai tak semenggah! Makin hari panas baran anaknya itu makin menjadi-jadi. Sikit sahaja tidak kena pada dirinya, angin semacam sahaja!
�Itu nak ke mana pulak? Ibu belum habis cakap lagi!�
�Balik!�
Kunci kereta yang di letakkan di atas almari berhampiran ruang tamu di capainya. Menonong sahaja langkahnya meninggalkan ke tiga-tiga wanita itu tanpa sepatah kata. Seketika kemudian kedengaran keretanya menderu meninggalkan halaman rumah.
�Kamu okey Midah? Jangan ambil hati sangat dengan Idlan tu.�
�Ish kak, saya okey jer. Ini si Natrah dah merah muka dah. Terasa hati dengan kata-kata Idlan kot.� Balas Kak Midah. Bukan dia tidak terasa hati dengan kata-kata Idlan itu tetapi dia tidak mahu menunjukkan perasaannya di hadapan Puan Rohaya.
�Natrah� kamu pun jangan ambil hati dengan kata Idlan tu. Orang tu tengah marah semua keluar. Esok lusa baru tahu nak menyesal.�
Natrah senyum. Tapi senyuman yang tidak menjadi. Sakitnya masih berbisa. Di tambah dengan kata-kata Idlan bagaikan menusuk terus ke tangkai hatinya. Dia terasa mahu menangis. Matanya sudah bergenang dengan air mata tetapi cepat-cepat dia memujuk diri sendiri kerana kata-kata Idlan ada benarnya. Dia sekadar menumpang sahaja di rumah ini, sudah pandai buat tidak peduli dengan pertanyaan lelaki itu.
�Pergi mandi, lepas tu kita solat berjemaah. Lepas tu kita makan malam.�
Natrah angguk sahaja lalu memerhati langkah Puan Rohaya yang menghilang naik kembali ke tingkat atas.
�Akak tahu kamu terasa hati dengan Idlan tapi Idlan tu memang macam tu. Cuma hari ni je marah dia lain macam sikit. Akak pun terasa hati juga tapi ingat-ingat balik, Idlan tu baik sebenarnya. Angin dia kejap jer. Dia tak ada maksud nak cakap kat Natrah macam tu tadi. Esok lusa, entah-entah kejab lagi dia telefon minta maaf. Perangai dua beradik ni akak dah masak sangat. Natrah jangan sedih-sedih tau!�
Natrah angguk lagi mendengar kata-kata Kak Midah. Senyuman mereka bertukar sebelum Kak Midah berlalu ke dapur.
Sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya, Natrah sudah tidak dapat menahan tangisannya. Terisak-isak dia bila mengingatkan kata-kata Idlan tadi. Walaupun lelaki itu marah sekalipun, mengapa perlu berkata demikian? Kenapa perlu dihamburkan dengan kata-kata begitu?!
Adakah keputusannya untuk menerima pertolongan bersyarat Puan Rohaya ini adalah keputusan yang betul? Keputusan yang akan membahagiakannya? Adakah dengan keputusan ini, dia bagaikan gadis yang tidak punya maruah? Kalau begitu, sama sahajalah kalau dia berkerja di kelab malam itu! Tidak punya maruah juga bukan?!
Sekejap lagi aku lepas solat, aku kena telefon Loy! Pagi-pagi esok aku kena keluar dari rumah ni! Biar lantaklah aku menjadi pelarian asalkan aku tak perlu berada di dalam situasi macam ni! Menghadap lelaki perangai macam apa entah! Kalau dah takdir aku dijumpai pak cik dan bekerja di kelab malam tu, apa boleh aku buat?!
Natrah nekad. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan kasar. Satu senyuman paksa cuba di ukir. Lantas tuala mandi di hujung katil dicapainya. Senyuman paksa itu dibawa ke bilik air-mententeramkan hatinya yang langsung tidak tenang!
0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 18"
Post a Comment