Adsterra

PADA DETIK ITU... : BAB 19

Kak Midah sudah garu kepala. Mana tidaknya, bilik Natrah lengang sahaja. Sudah di cari di dalam bilik air tetapi tiada. Pelik pula dia, tidak pula nampak kelibat gadis itu di bawah tadi. Selalunya gadis itu cepat sahaja turun membantunya menyediakan sarapan pagi.  Bergegas dia turun kembali ke tingkat bawah, mencari-cari gadis itu di ruang tamu dan halaman rumah. Makin berkerut dahinya.
�Hah! Tak kanlah!?�
Cepat sahaja langkahnya kembali naik ke bilik yang dihuni Natrah. Langkahnya menghampiri almari pakaian gadis itu. Kosong!
�Puan�! Puan! Puan!�
Terkocoh-kocoh Kak Midah melangkah semula ke bawah. Kali ini ke dapur. Mendapatkan Puan Rohaya yang sedang menggoreng mi.
�Apa ni kak? Saya dengar dok menjerit panggil saya kenapa? Hah, Natrah mana? Dia okey ke tak?!� Tanya Puan Rohaya. Semalam selepas makan malam terus Natrah meminta diri untuk tidur. Sakit kepala katanya. Dia terima sahaja alasan itu walaupun hakikatnya dia tahu kerana apa.
�Itulah kak! Natrah tak ada dalam bilik! Baju-baju dia pun semua dah tak ada. Kosong!� beria-ria Kak Midah bercerita dengan riak wajah penuh rungsing.
�Ish biar betul Kak! Tak kan dia lari kot?! Dah cari dah�.�
�Dah puan, satu rumah ni saya cari. Lepas tu baju-baju dia dah tak ada, dia lari lah tu puan!�
�Awak tengok mi ni. Saya telefon handphone dia.�
Sudip beralih tangan. Puan Rohaya terus menuju ke arah telefon.
�Ya ALLAH!�
�Kenapa puan?�
Kak Midah sudah berdiri di hadapan Puan Rohaya. Hatinya tidak tenang selagi tidak tahu ke mana Natrah pergi. Api dapur dipadamkan. Tidak tenang dia memasak memikirkan hal gadis itu.
�Saya mana ada nombor telefon Natrah.�
�Telefon Idlan, puan!�
�Ish nanti mengamuk pulak budak tu. Natrah lari ni pun sebab dia lah ni!�
�Dah tu puan macam mana? Siapa lagi yang tahu nombor telefon Natrah?�
Puan Rohaya mengeluh. Hendak tak hendak terpaksalah dia menghubungi Idlan. Hatinya semakin dirundung gelisah bila panggilannya tidak berjawab. Dua tiga kali dicuba namun tetap sama sehinggakan panggilannya memasuki pesanan suara telefon anak sulungnya itu.
�Tak jawab pulak budak ni! Tak apa� macam ni, saya pergi kondo Along. Nanti kalau Angah dengan daddynya balik.. Kak Midah beritahu saya pergi kondo Along. Beritahu juga Natrah lari.�
Laju sahaja anggukan Kak Midah. Puan Rohaya pula laju sahaja melangkah naik ke biliknya. Tak sampai lima minit kemudian dia sudah turun dengan beg tangannya.
�Eh ibu nak ke mana awal-awal pagi ni?� tanya Rafiq yang baru masuk ke dalam rumah. Dia dan Encik Ideris keluar bersarapan di luar. Itulah rutin hujung minggu mereka. Walaupun di rumah sudah disediakan sarapan, mereka akan tetap keluar bersarapan di kedai mamak berhampiran. Sudah menjadi satu kelaziman bagi mereka.
�Natrah lari. Nak telefon dia tadi.. nombor telefon Natrah ibu tak ada. Telefon abang kamu.. tak berjawab pulak. Ni ibu nak ke rumah dia ni!�
�Lah, kenapa Natrah lari pulak? Cuba telefon Along sekali lagi. Tadi dia tidur agaknya!�
Bagaikan mengikut sahaja kata-kata anaknya, Puan Rohaya terus menghubungi Idlan. Kali ini panggilannya berjawab. Suara bangun tidur Idlan kedengaran.

***
Keretanya di parkir di bahu jalan. Otaknya ligat memikir ke mana gadis itu pergi. Tadi, selepas menerima panggilan daripada ibunya, dia bergegas ke rumah Sarida. Menurut ibunya, gadis itu sudah ke kolej. Tanpa menjawab persoalan ibu Sarida, dia memandu pula ke Bukit Damansara. Menjejaki Sarida yang belajar di sebuah kolej kejururawatan di situ. Tidak sampai lima minit dia mencari, Sarida berada di hadapan mata. Mujurlah ada rakan-rakan sekolej yang mengenali Sarida senang dia mencari gadis itu. Jawapan gadis itu terhadap pertanyaannya, benar-benar mengecewakan. Hendak tak hendak terpaksalah dia pergi bertemu Imran. Hampir sahaja penumbuknya hinggap di muka lelaki itu dek kerana mentertawakannya. Nasib baiklah ada pelanggan yang tetiba menjengah.
Relax lah! Kau baran macam ni lah yang buat Natrah lari. Cuba cool sikit. Aku tak tahu ke mana dia pergi. Pagi tadi dia ada SMS aku beritahu dia dah tak tinggal di rumah keluarga kau tapi dia pesan dengan aku, jangan risau. Dia bersama kawan dia. Masa aku dapat SMS dia terus aku telefon Natrah, dapatlah bercakap dengan kawan dia tu. Kawan dia beritahu, aku tak perlu risau�. Dia kawan Natrah kat kampung.�
�Lelaki?�
�Kenapa? Kau cemburu?� Imran gelak kecil, langsung tidak gusar memikirkan bila-bila masa sahaja penumbuk Idlan mengena tubuhnya. Sempat juga dia bertukar senyuman dengan pelanggan yang baru masuk.
�Aku tak kuasalah nak cemburu. Aku langsung tak ada hati dengan budak tu!�
�Susah betul bercakap dengan orang yang buta hati ni kan?! Come on lah Lan,  kalau kau tak ada hati dengan budak Natrah tu tak ada kau ambil dia berkerja dengan kau. Lepas tu siap offer gaji sama dengan gaji budak admin. Cuba kau fikir, gaji pembantu rumah kat Malaysia ni berapa sangat? Lapan ratus pun susah nak dapat tau walaupun orang tempatan! Tapi kau offer dia berapa? Kalau alasan kau setakat nak tolong dia sebab kasihan dia, kau simpan jer alasan kau tu sampai mati. Aku tak mahu dengar sebab ramai lagi orang yang boleh kau kasihan kan. Mak Cik Sipah, Pak cik Mail.. lepas tu Kak Hanisah tu.. kalau ikutkan kudrat Natrah tu lebih kuat dari mereka tu tau!�
Ya, itulah kata-kata yang dihamburkan oleh Imran kepadanya. Tidak sepicing pun dia bersuara. Tidak mampu mencelah. Akhirnya, dia berlalu begitu sahaja tanpa sebarang kata-kata. Meninggalkan Imran dengan rasa tidak puas hati.
Telefon bimbitnya di renung apabila ada panggilan masuk. Tertera �ibu� di skrin telefon. Lambat sahaja dia menekan butan jawab panggilan.
�Ibu ada kat depan rumah kamu ni. Kamu ke mana?�
�Ibu tunggu kejap. Lima minit Along sampai.�
Panggilan diputuskan sebelum sempat Puan Rohaya bertanya lebih lagi. Idlan pula kembali memandu kereta ke kondo. Sambil itu sempat dia menghubungi Natrah tetapi seperti tadinya, panggilannya masuk ke sistem pesanan suara.
�Dah tanya kawan dia yang datang rumah hari tu?� soal Puan Rohaya sebaik sahaja kelibat anak sulungnya itu kelihatan. Raut wajah itu runsing sahaja. Baru tahu nak runsing semalam ikut sedap hati sahaja memarahi  gadis itu! Getus Puan Rohaya, sekadar di dalam hati.
�Tak ada pun. Entah dia ikut kawan dia yang Along nampak hari tu kot!�
�Ada nombor telefon kawan dia tu?�
Idlan gelengkan kepala. Kalau ada memang senanglah dia mencari gadis itu, ini tiada. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia akan menyalin semua nombor telefon yang terdapat di dalam telefon milik Natrah!
Baru sahaja Puan Rohaya mahu duduk, telefon bimbitnya berbunyi. Berkerut sedikit dahi wanita itu apabila nombor tidak dikenali tertera di skrin. Namun, di jawab juga panggilan itu.
�Hello Assalamualaikum.� Suara dia sebelah sana memulakannya.
�Waalaikumsalam. Natrah? Natrah ke tu? Kamu ke mana? Kenapa keluar rumah tak beritahu auntie? Kami semua risau sangat ni!� bertalu-talu pertanyaan Puan Rohaya sebalik sahaja suara di sebelah sana dikenal pasti. Tangan kirinya sempat pula memberi isyarat kepada Idlan yang mahu mengambil telefon bimbitnya.
�Maaf puan, saya tak berniat nak susahkan sesiapa tapi saya dah buat keputusan. Saya tak dapat terima syarat puan tu. Terima kasihlah puan sebab layan saya dengan baik selama ni.� Suara itu sudah berbaur hiba.
�Habis tu macam mana dengan hutang pak cik kamu tu?�
�Saya akan buat laporang polis. Tak apalah kalau pak cik saya kena tangkap. Memang dia patut terima hukuman.�
�Natrah� dengar sini� janganlah buat macam ni. Natrah terasa hati dengan Idlan ya? Idlan tu tak ada niat pun nak marah-marah macam semalam tu. Natrah pun tahu kan perangai dia memang macam tu�.�
Belum sempat pun Puan Rohaya menyambung bicaranya, telefon bimbitnya sudah dirampas oleh Idlan.
�Natrah..�
Tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt�
Panggilan di putuskan sebaik sahaja gadis itu mendengar suara Idlan. Lelaki itu cuba menghubungi gadis itu tetapi telefon sudah dimatikan. Apa lagi dinding konkrit menjadi sasaran kakinya. Sakit dihatinya melebihi kesakitan di kakinya. Telefon bimbit ibunya sudah dicampak, mujurlah telefon bimbit itu mengena sofa. Kalau tidak berderailah jawabnya.
�Ya ALLAH.. Along boleh tak kamu ni bertenang? Natrah tu marah dengan kamu! Terasa hati dengan kamu! Yang kamu nak sakit hati dengan dia kenapa? Bercakap tu cuba elok-elok. Kawal marah kamu tu. Tengok� elok-elok dia nak bercakap dengan ibu terus dia matikan telefon lepas dengar suara halilintar kamu tu!�
Idlan mendengus. Kunci kereta yang baru sahaja diletakkan di atas meja kaca dicapai kasar. Dihencut-hencut dia melangkah.
�Itulah.. perangai kamu! Ibu cakap sikit nak lari� sampai bila-bila pun macam ni!


0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 19"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel