Adsterra

PADA DETIK ITU.... : BAB 20

Tiga tahun berlalu, Hospital Pakar Damansara.

Senyum sahaja Natrah sebaik susuk tubuh Rafiq berada di hadapan mata. Lelaki itu tidak menyedarinya sebaliknya tegak berdiri menghadap ke arah bertentangan. Ralit benar memerhati seorang wanita sedang menggendong anak kecil.
�Teringin nak ada anak sendiri ke?� tanya Natrah tanpa memberi salam, membuatkan Rafiq tersentak. Menjeling dia memandang Natrah yang sudah tergelak.
�Nasib baiklah orang tak ada sakit jantung tau!�
�Haha� alah bukan Nat menjerit sampai satu hospital ni dengar pun.� Balas Natrah sambil membetulkan kedudukan tudung putihnya.
�Yalah tu� ni apasal lambat? Bukan pukul dua dah habis shift ke? Ini dah pukul tiga setengah.�
�Aik marah nampak?! Siapa suruh datang tak beritahu? Nat kena siapkan report tadi. Lepas tu budak care assistant petang lambat pulak masuk� kena lah ganti kejap. Ada apa datang jumpa Nat ni?�
Sengaja Natrah bertanya walaupun dia sudah dapat mengagak sebab musabab lelaki itu datang menemuinya. Kalau tidak kerana Idlan, apa lagi!
�Nat pun tahu kan� Along nak jumpa Nat. Dari pagi tadi dia dok sebut nak jumpa Nat. Makan pun tak. Nat datang rumah jumpa Along ya?�
Penuh pengharapan Rafiq. Dia sudah penat datang merayu supaya Natrah datang menjenguk Idlan. Permintaan abang sulungnya itu kalau ikutkan senang sahaja, jarak antara Shah Alam dengan Damansara bukanlah jauh sangat tetapi mahu memujuk Natrah itu satu masalah. Rajuknya masih bersisa walaupun sudah tiga tahun berlalu. Hatinya langsung tidak terpujuk walaupun kemalangan yang menimpa abangnya ketika dalam perjalanan ke kampung gadis itu hampir meragut nyawa abangnya.
�Dah tiga tahun Nat� masih marah lagi dengan Along? Nat tak kesian dengan Along?�
�Nat bukan marah. Nat Cuma tak boleh jumpa dia.�
�Kenapa Nat?�
�Entahlah. Kalau tak jumpa dia boleh tak? Jumpa puan jer?�
�Jumpalah Along. Kesian Fiq tengok. Kejap pun jadilah. Tak kan Nat nak Along berlapar sepanjang hari tak mahu makan.�
Natrah mendengus. Tiga tahun dia cuba mengelak bertemu Idlan. Dia hanya ada ketika lelaki itu koma sahaja. Tiga minggu lelaki itu koma akibat kemalangan di Lebuhraya Karak. Kemalangan yang membabitkan dua buah kereta itu menyebabkan Idlan tersepit dengan kecederaan serius di kaki dan kepalanya. Menurut doktor, dengan kecederaan serius begitu harapan Idlan untuk sedar adalah amat tipis. Namun, Natrah percaya kuasa ALLAH tiada siapa boleh menyangkal, dua minggu selepas kemalangan doktor memaklumkan bahawa Idlan sudah melepasi tahap kritikal. Selepas seminggu lelaki itu mula sedar dan benar-benar melegakan hati mereka semua. Saat itu, perlahan-lahan dia mula menjarakkan diri. Rasa bersalah lebih menghantui dirinya lebih daripada rasa marah.
�Okeylah, tapi Nat nak kena balik rumah dulu. Nak mandi.�
�Okey. Dah jom� Fiq nak SMS ibu dulu beritahu.�
Natrah diam sahaja mendengar kata-kata Rafiq. Mahu dilarang, tidak punya kuasa. Sambil melangkah otaknya memikir-mikir bagaimana untuk menghadapi lelaki itu. Tiga tahun dia memberi alasan untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu dan sekarang alasannya yang dahulunya sudah tidak dapat diterima pakai. Kalau dulu bolehlah dia memberi alasan tidak punya masa terluang kerana sibuk dengan pelajaran. Walaupun jarak Nilai dengan Kuala Lumpur tidaklah sejauh mana tetapi alasannya itu dapat juga diterima keluarga Idlan.


Natrah sekadar mengenakan seluar jean berwarna biru gelap berserta t-shirt lengan pendek berwarna putih yang dipadankan dengan cardigan panjang berwarna gelap. Tudungnya dibiarkan lepas sahaja ke dua-dua sisinya.
Setengah jam berada di dalam kereta Vios milik Rafiq, mereka sudah berada di hadapan rumah keluarga lelaki itu. Debaran dadanya semakin giat berdegup. Panggilan daripada Rafiq yang berkali-kali itu tidak didengarinya membuatkan lelaki itu terpaksa menggoyangkan bahu gadis itu. Senyuman diukir saat Natrah memandangnya.
�Jom.�
Keluhan kecil dilepaskan. Perlahan-lahan pintu kereta ditolak. Jantungnya yang berdegup kencang itu cuba diminimakan dengan menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Sampai bila dia harus mengelak daripada Idlan?
�Along ada kat depan tu. Dia tak tahu Nat nak datang. Nat pergilah jumpa dia.�
�Erm auntie temankanlah� seganlah Nat.�
�Apa nak segannya.. pergi jer� Along tak makan Nat lah!� sampuk Rafiq dalam sengihan bagaikan mengenakan Natrah. Memuncung gadis itu dengan kata-kata Rafiq tambahan pula melihat Puan Rohaya yang ikut tergelak.
Antara mahu dan tidak sahaja dia melangkah ke halaman depan. Susuk tubuh Idlan yang menghadap kolam renang itu dipandang dengan perasaan berbaur-baur.
�Assalamualaikum��
Serentak dengan itu, lelaki itu segera berpaling. Nyata pada raut wajahnya jelas terkesan reaksi terkejut. Hanya mulutnya terkumat-kamit menjawab salam gadis itu. Tanpa di pelawa Natrah mengambil tempat di sebelah Idlan. Sempat dia menoleh ke dalam rumah. Sudah diagak baik Puan Rohaya mahupun Rafiq sedang memerhati.
�Rafiq kata encik tak makan hari ni. Kenapa?� Perkara yang sudah diketahui jawapannya itu ditanya juga. Permulaan sebuah perbualan yang cuba di mulakan oleh Natrah.
�Tak ada selera.� Ringkas jawapan Idlan.
�Macam mana dengan kaki encik? Dah semakin okey?�
Ya, soalan itu kedengaran bodoh. Sedikit menyesal Natrah bertanyakan soalan itu. Sepatutnya semasa di dalam kereta Rafiq tadi lagi dia harus merencana bentuk perbualannya dengan Idlan.
�Dah lama okey. Dah boleh bawa kereta dah pun. Berlari pun dah boleh. Awak jer yang tak pernah nak ambil tahu pasal saya.�
Natrah menelan air liur. Sinis kedengaran bicara lelaki itu. Yalah, sudah tiga tahun kemalangan tersebut berlaku masakan dia masih tidak sembuh. Hatinya sahaja yang belum sembuh-sembuh!
�Er�er.. mana ada macam tu. Cuma saya busy dengan study.�
Nah alasan klise itu yang diberikan! Alasan yang tidak dapat diterima oleh Idlan. Sebaik dia sedar dari koma gadis itulah yang mahu dilihatnya. Hari demi hari dia berharap Natrah akan datang melawatnya tetapi setiap hari itulah berakhir dengan kekecewaan. Hampir setengah tahun dia terlantar di atas katil akibat lumpuh hampir keseluruhan anggota tetapi sesaat pun gadis itu tidak datang menjenguknya. Dia amat kecewa dan terus mengambil keputusan melupakan gadis itu walaupun sampai ke saat ini dia masih belum berjaya melupakan gadis Semelai itu.
�Habis tu awak datang jumpa ibu boleh pulak? Tak kan nak naik jumpa saya pun tak sudi? Dari saya sedar dari koma, lumpuh hampir seluruh anggota sampai saya sembuh.. dah boleh bekerja pun awak masih tak sudi nak jumpa saya? Awak masih marah dengan saya bukan?�
�Bukan macam tu encik� saya Cuma tak sampai hati nak jumpa encik. Kalau tak kerana encik bersungguh-sungguh nak ke kampung saya, encik tak mungkin akan accident .. encik tak mungkin menderita lumpuh.�
Natrah masih ingat lagi ketika dia dan Loy dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Polis Temerloh, Imran menghubunginya. Nasib baiklah waktu itu telefon bimbitnya diaktifkan setelah dua minggu dimatikan. Dalam suara sedikit cemas, Imran mengkhabarkan kepadanya tentang berita itu. Terus sahaja dia meminta Loy menghantarnya ke Hospital Temerloh. Bertemu dia dengan keluarga lelaki itu yang cemas menunggu Idlan di bilik pembedahan dan rasa bersalah menggunung di benak Natrah bila Puan Rohaya memberitahu Idlan dalam perjalanan ke kampungnya.
�Habis tu? Awak bayar rasa bersalah awak tu dengan mengelakkan diri daripada saya? Awak tak fikir apa yang saya rasa?�
�Saya minta maaf.� Suara Natrah sudah berbaur sebak. Tertunduk dia cuba memandang lantai.
�Awak tak sayangkan saya?�
Cepat sahaja Natrah memanggungkan kepalanya sebaik mendengar pertanyaan Idlan yang itu. Debaran di dadanya kembali rancak. Serasa mahu pecah pula! Sayang yang bagaimana maksud Idlan?
�Saya tanya awak ni� awak tak sayangkan saya ke?�
�Er.. maksud encik apa?� Antara berani dan tidak dia bertanya. Cuba membalas renungan lelaki itu. Cuba berlagak tenang sedangkan di dalam hati sudah tidak keruan!
�Namanya jer awak ni belajar tinggi-tinggi, itupun pun tak faham ataupun awak pura-pura tak faham Natrah?�
�Erm.. saya betul-betul tak faham ni encik! Apa kena mengena sayang saya terhadap encik dengan apa yang kita cakapkan tadi?�
�Siapa kata tak ada kena mengena? Kalau awak sayangkan saya, sudah pasti awak akan sentiasa ada untuk saya bukan? Kalau awak tak sayangkan saya, sebaliknya yang berlaku. Seperti yang awak buat selama tiga tahun ni lah!�
Erk? Dah tahu jawapannya kenapa nak tanya aku lagi? Ni mesti sengaja cari point nak kenakan akulah ni! Ingatkan lepas accident ni hilanglah sifat tak semenggah dia tu! Rupanya sama jer! Menyesal pulak aku datang!
�Kita kahwin ya Natrah?�
�Hah!?�
Reaksi terkejut daripada Natrah membuatkan Idlan ketawa. Tetiba idea itu datang dari otaknya. Lamaran secara tetiba itu langsung tidak pernah difikirkannya.
�Saya ajak awak kahwin bukan buat benda tak senonoh yang awak terkejut sampai macam tu!�
�Encik ni jangan memain lah! Buat saya terkejut jer!�
�Lah.. siapa memain. Awak ingat saya ni budak-budak ke nak memain? Saya memang nak kahwin dengan awak. Saya nak jadi suami awak!�
�Tapi��
�Tapi apa? Jangan nak bagi alasan-alasan tak munasabah dengan saya. Alasan awak dah ada boyfriend, itu memang saya tak boleh terima. Walaupun saya dah tak harapkan apa-apa dari awak sebelum ni jangan ingat saya tak ambil tahu pasal awak. Setiap gerak-geri awak saya tahu!�
�Encik jadi stalker ke? Mana encik tahu saya tak ada boyfriend?
�Natrah sekarang sudah berani ya bersoal jawab macam ni?! Mentang-mentanglah dah tak jadi pembantu rumah saya. Kalau awak nak tahu, selain Rafiq baik hati jadi spy tak bergaji saya, kawan baik awak Sarida dan Yasmin tu pun selalu jadi tempat saya bertanya.�
Muka tidak puas hati Natrah terpamer. Patutlah Yasmin dan Sarida sering kali bertanyakan itu dan ini kepadanya. Tambah-tambah si Yasmin teman baiknya sejak di kolej perubatan lagi. Dia keluar makan dengan budak lelaki hospital pun habis dia kena soal.
�Jadi� awak kahwin dengan sayalah ya?�
�Mana boleh macam tu encik! Saya tak cintakan encik pun!�
�Cintakan boleh dipupuk selepas kahwin ke awak takut saya tak mampu jalankan tanggungjawab saya sebagai suami?� Ada senyuman nakal di bibir Idlan menyebabkan Natrah rasa mahu sahaja ditumbuk lelaki itu.
�Mengarutlah encik ni!�
�Boleh tak berhenti panggil saya dengan panggilan tu? Saya ni bukan bos awak! Panggil abang ke sayang ke� seronok sikit telinga ni mendengar. Satu lagi janganlah menjeling saya macam tu� nanti saya cium baru tahu!�
Aik lelaki ni� memula tadi nak dengar suara pun susah. Tetiba angin mana entah menyerang.. cakap merapu bagai! Sesuka hati jer nak cium orang! Dia ingat aku ni perempuan apa!?
�Natrah, kita kahwin ya? Saya janji tak menyakiti awak sama ada melalui perbuatan saya mahupun melalui kata-kata. Saya akan bahagiakan awak seperti mana daddy saya bahagiakan ibu saya.. seperti arwah ayah awak bahagiakan emak awak dan saya akan pastikan awak tak akan sekali pun bersedih.�
Tiada lagi senyuman nakal seperti tadi. Serius sahaja raut wajahnya. Dia mahu Natrah tahu dia bukan main-main dalam soal nikah kahwin ini. Dia mahu Natrah tahu selama tiga tahun ini rasanya terhadap gadis itu adalah sebuah perasaan cinta! Pada detik dia melihat gadis itu buat pertama kalinya ketika menyapu sampah di koridor hadapan butik tempat Imran bekerja, itulah saat perasaan halus itu wujud.
�Saya tak bersedia lagi� semuanya mengejut.�
Natrah sudah tidak dapat memikir apa-apa lagi. Serasa kosong fikirannya. Cuma hatinya berdegup kencang. Serasa sejuk seluruh tubuhnya! Apa yang dia tahu, Idlan tidak main-main kali ini!
�Okey, tak apa. Ambillah sebanyak mana masa untuk awak berfikir. Saya hanya akan memaksa bila rasa dah terlalu lama awak berfikir. Saya makin tua bukan makin muda!�
Sekali lagi Natrah memandang Idlan. Dalam memberi dia masa sempat juga lelaki itu mengugutnya! Idlan sengih sahaja melihat kerutan di muka Natrah.
�Jom masuk. Saya lapar sangat ni dari pagi tak makan.�
�Siapa suruh tak makan?�
Hahaha�. Saya tunggu awak. Awak masakkan untuk saya ya hari ni?�
�Tak naklah. Mesti Kak Midah dah masak banyak!�
�Saya nak merasa masakan awak. Tiga tahun tahu saya menderita sebab tak rasa masakan awak tu! Saya tak kira, awak kena masakkan untuk saya juga hari ni. Maggi pun tak apalah!�
Natrah mendengus. Idlan buat tidak peduli, tangan Natrah di capainya dan terus memaksa gadis itu mengikutnya masuk ke dalam rumah. Puan Rohaya dan Rafiq yang sedari tadi leka menyaksikan perbualan antara Idlan dan Natrah, cepat-cepat naik ke bilik masing-masing. Ada senyuman penuh gembira terukir di bibir anak beranak itu!

0 Response to "PADA DETIK ITU.... : BAB 20"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel