PADA DETIK ITU... : BAB 21
Angin satu badan Natrah bila ibunya menghubunginya petang tadi memberitahu ada rombongan meminang dari Kuala Lumpur. Baru kelmarin dia bertemu Idlan, hari ini lelaki itu sudah buat hal. Ruang untuk dia berfikir seolah-olah sehari cuma � walaupun dia sebenarnya langsung tidak memikirkan tentang lamaran lelaki itu!
Lenguh sudah jari jemarinya menekan butang �panggil� telefon bimbitnya. Mahu meminta penjelasan lelaki itu tetapi sampai sekarang panggilannya tidak berjawab. Sumpah seranah sudah keluar dari mulutnya, membuatkan seisi rumah sewa yang terdiri daripada jururawat dan pembantu jururawat itu berkerut-kerut dahi. Mana tidaknya langsung mereka tidak faham, yang mereka tahu gadis itu berbahasa Semelai.
�Kau kenapa mak cik? Time kau marah macam ni lah yang boleh aku dengar kau cakap bahasa tu. Bila aku suruh kau ajar aku, tak nak pulak!�
Natrah menjeling Yasmin yang sudah tergelak-gelak. Sengaja menambahkan minyak ke dalam api gamaknya kawannya yang seorang ini! Dua orang junior yang turut berada di dalam bilik itu tidak jadi ikut gelak bila melihat muka Natrah masam mencuka.
�Kau pun satu, siapa suruh kau baik hati jadi tukang sampai cerita kat mamat tak semenggah tu?! Macam kau kenal dia dulu dari aku! Tengoklah apa yang dia dah buat?! Ingat aku ni apa? Sudahlah call tak berjawab.�
�Kau marah kat dia, tapi aku jugak yang kena! Aku Cuma tolong kau! Kau tahu tak dia pujuk rayu aku hampir sebulan lebih tau� kesian punya pasal aku ikutkan aja. Lagipun Nat, mamat tak semenggah tu handsome� naik kereta mahal��
Natrah mencebik. Padanya lelaki itu tidak kacak mana pun, wajahnya biasa-biasa sahaja. Kalau nak jadi model, memang muka tak berapa boleh cari makan! Mungkin sebab dia ada duit, pakai baju mahal-mahal dan kemas orangnya itu yang buat Yasmin kata kacak!
Malas melayan Yasmin yang menunggu masa sahaja mahu berbalas cakap dengannya, Natrah bergerak turun ke tingkat bawah. Sambil menuruni tangga dia cuba menghubungi Idlan untuk kesekian kalinya. Menggerutu dia bila mana telefon yang diletakkan ditelinga kanannya menghasilkan getaran. Segera dialihkan dari telinganya. Bertambah radang di hatinya bila nama �Encik Idlan� di skrin telefon.
�Assalamualaikum�� perlahan sahaja suara orang di sebelah sana. Mendengar suara itu makin menjadi-jadi sakit hatinya. Lantas salam lelaki itu dijawab kasar sahaja.
�Garangnya sayang saya ni� maaf ya hari ni sibuk sangat. Tak dapat jawab call dan balas balik call.�
�Eeeyerk� ni apa mimpi panggil saya sayang ni? Encik tersalah dail ke apa? Ni saya nak tanya, siapa suruh encik sesuka hati pergi kampung saya siap meminang bagai?! Encik ingat saya ni apa? Bagi masa apa macam ni?!� Macam peluru berpandu menembak sasaran bertubi-tubi sahaja pulak! Orang di sebelah sana sudah gelak besar. Sengaja menambahkan amarah gadis itu.
�Ada pulak kata saya tersalah dail. Saya memang call awaklah Cik Natrah. Janganlah marah sangat. Erm� tadi saya tengok hand phone saya ni ada dua puluh tujuh miscalled and lima belas message. Mesti penat jari-jari awak tu kan?� Idlan bersuara sebaik ketawanya berkurang.
�Orang tengah marah ada hati lagi nak buat lawak.�
�Masa bila buat saya buat lawak? Ada-ada je awak ni. Awak dah makan belum ni?� Soal Idlan, cuba meninggalkan seketika topik perbualan mereka.
�Dah kenyang dah! Encik tak jawab lagi pertanyaan saya tadi.�
�Esok boleh tak kita bincang? Saya belum makan lagi dari tengah hari tadi, makan tengah hari kat rumah mak awak lepas tu tak makan-makan dah. Lapar sangat ni. Ini pun baru sampai rumah. Erm� saya naik mandi lepas tu nak terus tidur. Esok pagi lepas Subuh jer saya call awak ya sayang?� perlahan suara Idlan. Natrah Cuma mencebik bila mendengar perkataan terakhir lelaki itu. Langsung tidak wujud simpati mendengar kata-kata Idlan. Makin menyampah adalah!
�Awak dengar tak ni Natrah?� soal Idlan bila mana kata-katanya tidak bersambut. Entah apa yang gadis itu sedang fikirkan dia tidak tahu.
�Dengar.� Mendatar sahaja suara Natrah.
�Okey. Saya naik dulu ya, Assalamualaikum. Yea sayang hak jie.�
�Erk?�
�Yea sayang hak jie dan selamat petom.�
Natrah hilang kata-kata. Lancar benar lelaki itu menyebutnya. Kali ini benar-benar terasa lelaki itu ikhlas mengungkapkan kata-kata itu. Perasaan marah, geram dan sakit hati yang tadinya bersatu menguasai dirinya bagaikan makin terhakis. Terkesankah hatinya dengan kata-kata lelaki itu?
�Natrah�.�
�Hurm�Yalah.. Dah pergilah makan. Nanti kata saya ni tak ada peri kemanusian pulak! Satu lagi tak payahlah nak buat konon-kononnya pandai cakap bahasa Semelai tu! Macam nak tergeliat jer lidah tu!�
�Hahaha� Saya baru belajar tengah hari tadi. Adik awak yang ajarkan. Siap dia tuliskan dalam buku lagi.�
�Ingatkan memang tahu rupanya baca dari buku!�
�Tadilah saya baca. Sekarang saya ingat. Bukan susah pun nak sebut sebab kebanyakannya lebih kurang sama jer..�
�Yalah tu��
�Betullah. Awak letaklah telefon tu dulu.�
�Okey. Saya letak sekarang.� Natrah tergelak kecil di hujung bicaranya. Datang idea mahu mengenakan lelaki itu. Telefon bimbitnya diletakkan seketika di atas sofa sebelum telefon bimbit jenama Nokia yang sudah hampir tiga tahun setia menemaninya dilekapkan kembali ke telinganya. Kedengaran suara Idlan memanggil-manggil namanya.
�Lah kata suruh saya letak!� Dia masih ketawa lagi.
�Maksud saya tekan butang merah kat telefon awak tu. Kalau tak ada butang merah tekan lah apa-apa yang boleh matikan telefon awak tu. Tak pun senang cerita awak campak jer kat dinding tu� mati terus!�
�Aik� marah ke?�
�Eh tak ada lah, tak marah pun. Saya suka dan semakin suka Cik Natrah saya ni dah pandai gurau-gurau dengan saya!�
�Huh!�
�Hehehe.. jangan marah ya?! Nanti cepat tua.. kang kalau berjangkit sampai esok, kesian pesakit-pesakit awak tu� bertambah sakit pulak! Okeylah sayang, dari tadi dok beri salam tapi bercakap lagi. Kali ini awak kena jawab dengan ikhlas. Assalamualaikum.�
�Waalaikumsalam!�
�Tak ikhlas!�
Belum pun sempat Natrah menjawab panggilan sudah dimatikan. Sempat juga lelaki itu ketawa sebelum mematikan panggilannya. Natrah tersenyum sendirian tiba-tiba.
�Wah.. sudah tersenyum pulak kawan aku sorang ni! Tadi bukan main muka kalah harimau padang pasir!�
�Ni memang sah kau curi dengar aku bercakap dengan Idlan kan? Telinga lintah betullah. Dahlah, aku nak naik tidur.. layan kau esok lusa Bahasa Melayu aku pun ke laut� ada pulak harimau padang pasir?!�
Yasmin mencebik. Muka cemberut yang ditunjukkan oleh Natrah tidak dipedulikan. Sejak awal perbualan antara temannya dan Idlan lagi dia sudah menadah telinga dari anak tangga bersama dua orang teman sebiliknya.
Masuk sahaja ke dalam bilik terus Natrah mematikan suis lampu. Mahu pura-pura tidur supaya Yasmin dan yang lainnya tidak menganggu.
Emak len ko pikir elok-elok, emak dak len memaksa ko, nok-nok soal kehidupan ko, yok emak jengok keluarga relmor k elok-elok jak.. (Emak mahu kamu berfikir baik-baik. emak tidak mahu memaksa. ini soal hidup kamu tapi emak tengok keluarga lelaki itu baik-baik sahaja.)
Dia memikir-mikir akan kata-kata emaknya petang tadi. Hatinya berbelah bahagi. Umurnya masih muda. Baru menjengah dua puluh tiga tahun. Serasa masih belum puas hidup membujang. Duit yang dipinjam daripada Loy tiga tahun dulu pun masih belum habis dijelaskan. Kemudian, kalau dia berkahwin dengan lelaki itu tak kan perlu berulang-alik dari Shah Alam ke Damansara? Seksa tu!
Satu lagi yang menjadi satu masalah kepadanya, mampukah Idlan lelaki yang tidak pernah kenal susah itu hidup dalam lingkungan kehidupan kampungnya? Mampukah Idlan menerima dia, Siti Natrah Binti Rahmat berbangsa Semelai ini dengan seadanya? Tanpa ada sedikit pun rasa kekurangan atau segan untuk mengakui isterinya berasal dari keturunan Orang Asli? Bukankah nanti dia perlu mengenali kawan-kawan Idlan yang nyata sekali jauh berbeza dengannya? Betahkah dia?
Ahhhhh! Esok lusa aku fikirlah! Dah lah esok kerja pagi. Kang dok memikir hal ni tidur ke mana kang!
0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 21"
Post a Comment