Edisi Khas : Lafaz Qabul
Annisa memandang suaminya yang sedari tadi diam membisu. Wajah itu masam mencuka dan langsung tiada walau sepatah kata keluar daripada mulut itu sepanjang perjalanan mereka pulang daripada majlis makan malam di rumah Puan Rozilah. Ibu mertuanya mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kakitangannya yang baru sahaja berjaya mencapai jualan seratus ribu ringgit.
Sampai di rumah tanpa memperdulikannya, Raif terus masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik. Laju sahaja langkah Annisa cuba menyaingi suaminya itu.
�Abang� kenapa dari tadi muka abang masam mencuka je ni? Ada apa-apa ke? Beritahulah Anis��
�Awak fikirlah sendiri!�
Tinggi suara Raif seraya tuala yang tersidai di penyidai dicapainya. Annisa tahu kalau sudah Raif membahasakan dirinya begitu mesti ada salahnya atau sesuatu yang Raif tidak berkenan dengan dirinya sepanjang mereka berada di rumah ibu mertuanya tadi.
Puas dia memikir tetapi dia tidak dapat menemuikan jawapan akan sebab Raif bersikap demikian.
�Er� Anis ada buat sesuatu yang buat abang marah ke?� soal Annisa sebaik sahaja raif keluar daripada bilik air. Kedengaran dengusan kasar daripada lelaki itu.
�Abang��
Tangan suaminya dicapai tetapi cepat sahaja Raif menepis.
�Apa yang awak cakap dengan Wana?�
�Cakap apa? Mana ada apa-apa. Kami borak-borak macam tu je.�
�Cuba jangan nak menipu! Awak ingat abang tak tau apa yang awak cakapkan dengan dia!?�
Annisa menelan air liur.
�Awak ingat abang ni apa?�
�Anis cuma��
�Cuma apa? Apa yang awak fikir?�
Air matanya sudah mengalir mendengar suara Raif yang semakin meninggi. Dia tidak menyangka yang Raif akan mendengar perbualan antaranya dengan Irwana.
�Anis tahu abang dengan mummy terima Anis sebab simpati. Anis tahu abang sayangkan Wana.. cintakan Wana� mummy pun mesti teringin sangat nak Wana jadi menantu mummy. Anis cuma nak tengok abang dan mummy gembira dan bahagia. Anis tak kisah kalau abang nak kahwin dengan Wana. Anis izinkan dan Anis tak kisah kalau abang lebihkan Wana.�
Wanita itu sudah teresak-esak. Ya, memang dia redha sekiranya Raif mengahwini Irwana. Entah kenapa semakin hari dia merasakan hati Raif bukan untuknya walaupun lelaki itu terlalu baik melayaninya.
�Awak sedar apa yang awak cakapkan ni? Awak nak abang gembira? Bahagia?�
Annisa angguk. Air matanya mengalir deras. Demi ALLAH, dia mahu melihat Raif bahagia dengan orang yang dicintainya! Biar pun dia terpaksa berkorban hati dan perasaannya sendiri.
�Jadi.. tolong jangan nak buat benda yang bukan-bukan dan fikir yang bukan-bukan! Abang tak mahu lagi dengar Anis bercakap tentang hal ni lagi.�
�Tapi abang cintakan Wana kan ? Abang jangan risau� Anis tak akan merungut atau��
�Abang tak cintakan Wana. Beritahu abang apa yang buat sayang fikir macam ni?�
Suara Raif mulai mengendur. Dia menarik tangan Annisa supaya mengikutnya ke katil. Dia benar-benar mahu Annisa tahu perasaannya terhadap Irwana telah lama hilang. Perasaannya kini hanya untuk seorang Hawa Annisa.
�Anis dapat rasakan. Cara abang bercakap dengan Wana.. cara mummy� Anis tahu kalau tak kerana Sue cerita dengan abang dan mummy mesti abang dah ceraikan Anis� dah kahwin dengan Wana tapi abang lupakan semua tu sebab abang simpati dengan Anis.�
�Abang sayangkan Anis� Cintakan Anis.. memang dulu abang pernah cintakan Wana tapi hati dan perasaan abang ni dah abang berikan kepada Anis. Abang tak ceraikan Anis bukan sebab abang simpati dengan apa yang berlaku tapi kerana abang sayangkan Anis. Abang sedar perasaan abang pada Anis pada hari abang dapat tahu tentang kemalangan yang menimpa Anis. Anis fikir kalau tak kerana sayangkan Anis, abang sanggup batalkan cuti abang kat Australia tu semata-mata nak balik jumpa Anis? Anis tahu tak betapa risaunya abang bila pihak hotel beritahu Anis koma? Dengar sini, antara abang dengan Wana tak akan ada apa-apa dan abang cintakan Anis sorang je� dengar tak?!�
�Mummy��
�Sayang, mummy layan semua orang sama macam dia layan Wana. Mummy memang baik dengan semua orang. Anis kena buang segala perasaan negatif tu kalau tak sampai bila pun Anis tak akan gembira dan jangan asyik fikirkan perasaan orang lain sampaikan lupa perasaan Anis yang perlu dijaga. Abang tak nak nanti Anis asyik cium baju abang jer kalau abang kahwin dengan Wana!�
�Abang!�
�Hahaha�. Yang tu pun abang tahu lah! Jangan menangis lagi dan fikir benda ni semua tu kalau tak kuat nak hadapinya. Abang sayangkan Anis� cintakan Anis.. itu kena simpan elok-elok kat sini�jangan cemburu sangat sampai nampak Wana jer, fikir macam-macam.�
�Mana ada Anis cemburu!�
�Taklah konon! Dah mari sini��
Ke dua-dua mata wanita itu dikucup bersilih ganti. Lalu tubuh Annisa dipeluk erat. Walau apa pun terjadi, akan dipertahankan perkahwinan ini dan akan dijaga perasaan Annisa sebaiknya. Walaupun ada kata-kata yang sedikit menyakitkan hati yang datang mempersoalkan siapa isterinya, Raif tidak akan sesekali tunduk kepada mereka. Walau apa pun terjadi pada masa silam isterinya, dia tidak akan mengungkit apa-apa. Itulah doanya setiap hari. Benar dia perlu berterima kasih kepada Irwana kerana menyedarkan hakikat hati dan perasaan Ahmad Raif Bin Ahmad Rosli ini!
�Jangan menangis lagi, nanti terbekenan pulak kat baby. Abang tak mahu baby nanti muka sememeh je��
Annisa ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya itu. Pelukan suaminya dilepaskan. Perlahan sahaja dia melurut perutnya yang semakin membesar. Kandungannya sudah memasuki usia lima bulan. Setelah hampir dua tahun barulah mereka diberikan rezeki. Sesungguhnya mereka amat bersyukur.
Raif menundukkan sedikit badannya, mengucup perut isterinya. Cahaya mata yang bakal lahir beberapa bulan lagi itu sememangnya sudah lama di tunggu. Dia benar-benar teruja bila doktor mengesahkan Annisa mengandung. Berhari-hari dia bagaikan anak kecil yang begitu gembira dibelikan mainan kesukaan.
�Anak ini tanda cinta kita dan abang tak mahu Anis fikirkan benda-benda negatif sampai menganggu diri Anis. Ingat tu? Abang tahu abang tidak sesempurna Rasulullah tapi abang akan cuba menjadi seorang suami kepada Hawa Annisa dengan sebaiknya dan menjadi seorang ayah untuk anak-anak kita dengan menjadikan Rasulullah sebagai rujukan. Dan Anis juga kena tolong abang� jangan meragui hati dan perasaan abang lagi. Kalau ada kata-kata atau perlakuan abang yang buat Anis terasa, jangan simpan di dalam hati. Beritahu abang. Abang tak suka Anis buat keputusan sendiri walau apa pun alasannya. Faham?�
Annisa angguk. Senyuman terukir di bibirnya. Hatinya yang selama ini bergelocak dengan segala macam perasaan kembali tenang. Benar kata Raif, dia tidak boleh terus menerus bersikap negatif kerana ia akan menjejaskan segala-galanya.
Dalam senyuman itu dia teringatkan Soraya. Temannya itu kini juga sedang berbahagia. Dipertemukan jodoh dengan Kamal, rakan mereka ketika sama-sama di rumah anak yatim dahulu. Daripada Kamal juga, mereka mendapat tahu Azli teman yang disangka baik tetapi penyebab mereka berdua bergelumang dengan pekerjaan sebagai pelayan kelab malam itu tertembak mati selepas kubu pemprosesan dadah dan judinya diserbu polis dan berlaku tembak menembak antara orang-orangnya dan pihak polis.
Dia benar-benar bersyukur atas rahmat yang dikurniakan kepadanya!
####-------------------------###
0 Response to "Edisi Khas : Lafaz Qabul"
Post a Comment