Adsterra

PADA DETIK ITU... : BAB 23

Lama Natrah termenung. Laporan yang harus dia siapkan sebelum balik masih tidak tercatat walau sepatah perkataan. Dia terbayangkan Idlan. Lelaki yang tiba-tiba menyatakan cinta kepadanya beberapa hari yang lepas. Dia kalut memikirkan bagaimana lelaki seperti Idlan itu boleh jatuh cinta dengan dirinya. Pandangannya menembusi cermin panjang yang melekat di dinding. Memperhalusi dirinya seadanya. Dia gadis yang lahir dari corok kampong di Pahang. Berstatus anak orang Asli Semelai. Bukan dia mahu memperkecilkan kaumnya sendiri tetapi hakikat itu harus ditelan. Masih ada yang berotak dangkal mengejek dan menghina kaumnya. Lagi pula, lelaki itu adalah Idlan. Anak seorang ahli perniagaan. Walaupun Encik Ideris bukanlah ahli perniagaan terkenal malah berpangkat tetapi perniagaanya besar juga. Idlan pula, lelaki yang tidak pernah kenal seronoknya bermain selut. Yang tidak pernah kenal bagaimana rasanya menikmati makanan hutan. Apatah lagi kenal sejuknya embun pagi apabila seusai subuh keluar mencari rezeki.
�Kak! Kak Nat!�
Hidayu, pembantu jururawat sudah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sedari tadi dia memerhati, telefon yang membingit minta di angkat di hadapan gadis itu langsung tidak diperduli.
�Termenung jauh sangat�
Natrah tersengih sahaja. Belum sempat gagang telefon diangkat deringan juga mati. Ah, kalau ada apa-apa pasti telefon semula nanti! Getus hatinya.
�Tadi pagi, Ayu nampak akak dating  dengan mamat handsome kat Mak Cik Minang tu.�
Hidayu sudah mendekati. Kesibukan di wad bersalin hari tu, menyekat dirinya untuk bertanyakan perihal lelaki yang dia nampak bersama dengan Natrah pagi tadi.
Handsome?� Itu reaksi Natrah, sama seperti reaksinya ketika bersama Yasmin.
�Boleh lah tahan. Boyfriend akak ke?�
�Ish tak adalah. Bekas bos akak.�
�Ye ke? Tengok dia mesra semacam je dengan akak?�
�Okeylah, akak nak siapkan report. Layan kau ni esok lusa tak habis.�
Cepat-cepat Natrah menunduk dan mencatat di atas lembaran kertas putih itu. Hidayu Cuma menggeleng. Natrah memang begitu. Sukar benar bercerita perihal peribadi. Ada atau tidak gadis itu bagi jawapan amat klise sekali. Bila ada pekerja-pekerja lelaki di hospital ini mahu mencuba nasib Natrah awal-awal lagi angkat tangan. Mungkinkah lelaki yang dia nampak begitu lunak memandang Natrah pagi tadi adalah lelaki yang berjaya memikat hati wanitanya? Hidayu tertanya sendiri.

***
Malam itu Natrah terpaksa berkerja lagi. Tidak cukup orang. Itulah ayat yang keluar dari mulut kawan sekerjanya, Khatijah. Hendak tak hendak terpaksalah Natrah turutkan juga arahan daripada Sister Senah itu. Nanti kalau tidak, panjang bebelnya.
�Kau buat locum masyuk lah duit bulan ni��
Tersengih-sengih Khatijah sebaik sahaja susuk tubuh Natrah memasuki wad. Natrah hanya mencebik. Gaji banyak mana sekali pun kalau tubuh badan tak sihat tak guna juga! Dia merungut di dalam hati.
�Aku bawak bubur pulut hitam ni. Emak aku yang buat. Budak CA bawa nasi ngan lauk ayam masak merah. Nanti kita boleh makan sama!�
�Lah kenapa tak beritahu korang nak bawak bekal? Kalau aku tahu tadi, awal-awal aku tapau kat Riah tu!�
�Tak apa. Kau makan je. Anggap je lah kami belanja kau sebab sudi bekerja malam ni. Hehehe.�
�Banyaklah kau!�
�Nat, tadi ada mamat yang datang tengok patient bilik 132 tu tanya kau.�
�Tanya aku?�
Khatijah angguk sahaja.
�Siapa?�
�Entah. Dia ada lagi kat bilik tu. Kau pergilah tengok siapa. Handsome jugak!�
�Ceh kau ni! Biarlah. Entah kau ni silap dengar kot.�
�Silap dengar apanya?! Tiga kali dia datang tanya dalam sejam ni tau. Aku nak buat report pun tak boleh.�
Beritahu Khatijah sambil jari telunjuknya menunjuk laporan yang sudah disiapkannya.
�Tak apalah. Biarlah dia datang buat kali ke empat. Kau tu buat report punya lembab. Semalam punya report pun belum siap. Mana taknya mak singa tu bising. Dahlah aku nak pergi toilet kejap.�
Sebaik Natrah berpaling, terkejut besar dia bila mana sesusuk tubuh betul-betul berdiri di hadapannya. Secara spontan, tubuhnya bergerak menjauh. Ketawa kecil daripada lelaki itu membuatkan Natrah pamir wajah masam mencuka.
�Apa yang Encik buat kat sini?�
�Jumpa awaklah!�
Cuba jangan nak main-main��
�Mana saya main-main. Saya memang nak jumpa awaklah ni. Tadi saya jumpa kawan saya.�
�Saya nak bekerja ni!�
Rasa menyesal pula memberitahu lelaki itu bahawa dia akan bekerja malam ini. Kalau tidak lelaki itu tidak akan datang mencarinya.
�Boleh saya pinjamkan kawan awak ni kejap tak?�
Idlan bertanyakan kepada Khatijah. Apa lagi, mengangguk laju sahaja gadis itu sambil tersengih-sengih bila melihat raut wajah temannya yang sudah mencerut. Tanpa meminta persetujuan Natrah, Idlan terus menarik tangan gadis itu supaya mengikutnya.
�Apa ni encik lepaskanlah!�
Sister Senah yang baru sahaja keluar dari bilik salah seorang pesakit berkerut dahinya melihat aksi itu. Buat pertama kalinya, Natrah mengharap wanita awal tiga puluhan itu akan membantunya dalam situasi tersebut tetapi hampa.
�Ef, aku nak kenalkan bakal isteri aku.�
Serentak itu empat pasang mata memandang mereka. Natrah sudah tertunduk menahan malu yang bersatu dengan rasa geram di dalam diri.
�Kau ni biar betul, Lan!�
Suara lelaki kedengaran. Natrah kenal suara itu. Raif, suami kepada Hawa Annisa yang baru sahaja melahirkan bayinya tengah hari tadi. Dua hari isterinya di hospital Raif sentiasa ada menemani isterinya. Menjadi buah mulut semua yang ada di situ. Pasangan merpati sejoli yang cukup sepadan!
�Betullah. Kenalkan Natrah. Natrah, saya rasa awak mesti dah kenalkan.�
�Siapa nak jadi isteri encik ni?� Perlahan sahaja Natrah bersuara.
�Awaklah.�
Idlan terus menarik Natrah supaya mendekati pasangan suami isteri itu. Walaupun genggaman tangannya cuba dilerai Natrah, Idlan tetap kejap genggamannya. Dia mahu Natrah tahu tentang dua hati yang bertaut itu. Dia mahu Natrah tahu pasangan yang berada di hadapannya kini lebih banyak dugaannya. Dia juga mahu Natrah menerimanya dan ketepikan segala perasaan rendah diri itu! Dia benar-benar mahu Natrah sedar dia hanya mahu gadis itu menjadi isterinya. 

0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 23"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel