Adsterra

Lafaz Qabul : Bab Empat

Raif sampai di rumah Soraya ketika wanita itu sedang mengunci pintu rumahnya. Laju sahaja langkah Raif mendapatkan Soraya.
�Perempuan tu mana?�
�Eh kau ni� salam tak bagi terus melalak apa hal? Perempuan mana yang kau cari?�
�Kau jangan banyak songeh lah Sue.. kawan baik kau itulah! Dia ingat boleh senang-senang je lepaskan diri dari aku!�
�Oh� bini kau ke? Dia tak ada��
�Kau jangan nak menipu aku� perempuan macam dia tu mana tempat lagi dia nak datang melainkan rumah kau ni� duduk sekali dengan pelacur macam kau ni!�
Kata-kata kasar Raif langsung tidak meninggalkan kesan di hati Soraya. Dia sudah biasa dilemparkan kata-kata itu sampaikan dia sudah malas mahu ambil perduli lagi. Orang nak cakap dia apa pun apa dia peduli!
�Lantak kau lah Raif� pelacur tu pun bini kau jugak kan? Aku dah cakap dia tak ada kat sini� dia ikut Datuk Rizal. Kau ceraikan aje Annisa tu. Dengan kau pun, dia tak dapat apa-apa. Ingatkan kalau dia perangkap kau kahwin dengan dia senanglah hidup dia. Rupanya tidak.�
�Kau ingat lepas dia buat apa dengan aku.. dia akan terlepas macam tu saja? Jangan harap!!! Aku tak akan ceraikan dia sampai aku puas hati tengok dia merana okey!?�
Come on, Raif� kita ada mahkamah syariah okey?! Annisa dah failkan penceraian pun. Kalau kau tak mahu ceraikan dia secara baik.. dia akan buat secara kasar dengan kau. Kau ingat lebam-lebam kat badan dan muka dia tu tak boleh jadi bukti di mahkamah kau dera Annisa?�
�Kau berdua memang dasar perempuan tak tahu diuntung! Memang sesuailah kerja korang!
Habis tumbang pasu bunga yang diatur di tepi rumah Soraya dek disepak oleh Raif. Patutlah perempuan itu langsung tidak mempertahankan dirinya bila di pukul. Sengaja mahu mencari alasan untuk mengenakan dirinya.

**
Puan Rozilah hanya mampu menggeleng bila mendengar cerita daripada Raif. Bila membaca nota yang ditinggalkan Annisa dia rasa cukup marah. Irwana yang datang selepas dihubungi oleh Puan Rozilah hanya diam membisu. Entah kenapa dia rasa ada semacam tidak kena. Kalau benar Annisa berdendam dengan Raif, mengapa begitu cepat wanita itu mahu �pergi� dari hidup Raif. Kalaulah Annisa benar-benar mendendami Raif, mengapa perlu minta cerai?! Buat sahajalah onar dengan Datuk itu� biar Raif malu kerana isterinya curang!
�Dah tu kamu ceraikan saja. Buat apa nak fikir-fikir. Datuk Rizal tu memang kaki perempuan. Nanti lepas dia dah muak dengan bini kamu tu dia tinggalkan perempuan tu terkontang-kanting. Biar padan muka dia!�
Luah Puan Rozila akhirnya. Mendengar kata-kata ibunya Raif melepaskan nafas kasar. Dia tidak tahu kenapa hatinya bagaikan meronta-ronta untuk tidak melepaskan Annisa sedangkan itu yang diinginkan selama ini! Dia sudah ada Irwana yang cukup membuatkan hatinya tenang dan senang. Melepaskan Annisa kepada Datuk Rizal yang memang terkenal dengan perangai hidung belangnya itu bagaikan membuatkan dendamnya berjaya. Datuk Rizal tidak pernah puas dengan seorang perempuan! Selepas muak perempuan itu menjadi hidangan nafsu serakahnya dia mencari yang lain. Yang terdahulu dibiarkan sahaja.
�Esok kamu nak ke Australia kan? Balik nanti baru kamu uruskan hal ni.�
Raif angguk sahaja. Esok dia perlu ke Australia bagi mengantikan Datuk Sufian bertemu dengan pengedar dari sana. Dia sudah menempah tiket untuk dua orang. Satu untuknya dan satu lagi untuk Irwana. Ingatkan mahu mengelilingi Negara kangaroo itu bersama  Irwana.
�Dahlah.. toksah tunjuk muka macam tu. Hantar Wana balik, dah lewat ni! Bawak pergi makan sekali.. bibik tak memasak hari ini� demam.�
�Eh tak apalah auntie� Wana drive sendiri.�
�Mana boleh macam tu. Dah pukul sepuluh ni. Risau auntie kalau Wana balik sorang-sorang. Kereta Wana tinggal sini, balik dari Australia esok baru ambil. Raif��
�I hantar you balik�� ujar Raif. Mukanya masih cemberut. Dia masih tidak berpuas hati selagi tidak dapat bertemu dengan Annisa!


***
Empat hari telah berlalu. Pagi itu ketika Puan Rozilah bersarapan telefon rumahnya berbunyi. Puas dipanggil pembantu rumahnya menjawab panggilan. Namun pembantu rumah yang hanya dipanggil bibik itu tidak muncul-muncul. Hendak tak hendak terpaksalah dia bangun dan menuju ke meja telefon.
�Assalamualaikum.�
�Waalaikumussalam. Siapa ni?�
�Saya Soraya. Raif ada tak puan? Saya cuba call handphone dia tapi tak dapat.�
�Soraya mana ni?�
Dahi Puan Rozilah sudah berkerut. Seingatnya dia tidak perrnah seorang pun kawan Raif yang bernama Soraya. Malah dia hairan bagaimana wanita itu tahu nombor telefon rumahnya.
�Kawan Annisa��
Lambat-lambat sahaja kedengaran suara itu. Terdengar sahaja nama Annisa, terus ingatannya dibawa ke peristiwa dua bulan lepas. Dia ingat lagi raut wajah wanita bernama Soraya itu.
�Hah, nak apa? Kalau pasal penceraian tu awak cakap dengan kawan awak tu� Raif dah bersetuju. Dia akan ke pejabat agama selepas dia balik dari Australia.�
�Bukan pasal tu, puan.�
Lembut sahaja Soraya bersuara. Kedengaran agak teragak-agak dia mahu meneruskan bicara.
�Habis tu pasal apa? Baik awak cakap cepat, saya ni banyak kerja nak kena buat!�
�Maaf puan. Annisa kemalangan.�
�Jadi apa kena mengena dengan saya? Tak ada duit nak bayar bil hospital?�
�Er.. Anissa dah tiga hari koma. Kemalangan dengan kereta. Saya telefon ni bukan sebab tu� tapi atas nasihat doctor sebab Anissa asyik panggil Raif sejak malam kelmarin.  Ikutkan hati saya, saya memang tak mahu ganggu Raif sebab saya dah berjanji dengan Anissa.�
Puan Rozilah terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa. Ingatkan tadi hanya kemalangan biasa sahaja.
�Saya minta jasa puan supaya kalau dapat hubungi Raif beritahu dia berkenaan hal ni. Kali ini saya tak tipu. Kalau puan tak percaya, puan boleh datang ke PPUM sekarang.�
�Erm� okeylah nanti saya beritahu Raif.�
�Terima kasih puan. Assalamualaikum.�
Salam itu hanya dijawab perlahan. Gagang masih lagi dipegangnya. Terkaku sebentar dengan berita yang diterima.
Selang beberapa ketika dia cuba menghubungi Raif. Nombor anaknya itu tidak dapat dihubungi. Mesti Raif terlupa untuk mengaktifkan international roaming ataupun telefonnya kehabisan bateri. Nasib baik lelaki itu ada meninggalkan nombor telefon hotel tempat penginapannya. Selepas meninggalkan pesan kepada pihak hotel, Puan Rozilah bergegas ke halaman rumah. Mencari Sabri, pemandu peribadinya.
�Kita ke PPUM sekarang!�


++++++

Siapa betul? Angkat tangan!

0 Response to "Lafaz Qabul : Bab Empat"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel