Lafaz Qabul : Bab Lima
Di dalam kereta, Puan Rozilah menghubungi Ikram, anak saudaranya yang bertugas sebagai doktor di PPUM. Dia mahu memastikan apa yang dikhabarkan kepadanya adalah benar.
�Memang ada patient bernama Hawa Annisa Binti Abdullah. Admitted three days ago� baru sahaja melepasi paras kritikal kelmarin but still unconscious. Siapa ni Mak Lang?�
Ikram menghubungi kembali ibu saudaranya selepas mendapatkan maklumat yang diminta oleh ibu saudaranya itu.
�Erm... bini Abang Raif kamu...�
�Oh.. yang Mak Lang cerita hari tu ke?�
�Aah...�
�Habis tu Mak Lang nak datang tengok ke?�
�Mak Lang dah dalam perjalanan ke sana pun.�
�Abang Raif?�
�Dia kat Australia tapi Mak Lang dari beritahu tadi.�
�Okeylah, nanti Mak Lang sampai telefon Am. Am bawakan Mak Lang jumpa doktor yang merawatnya.�
Kereta yang dipandu oleh Sabri memasuki kawasan PPUM tidak sampai sepuluh minit kemudian. Selepas menurunkan Puan Rozilah di hadapan wad kecemasan dia terus mencari parkir kereta.
�Doktor Mariam kata dia sejak dua hari ini asyik meracau. Rasanya dia meracau panggil Abang Raif.� Beritahu Ikram sebaik sahaja emak saudaranya itu menghampirinya.
�Teruk sangat ke cederanya sampai boleh koma?�
�Katanya kena langgar kereta. Kereta tu agak laju sampai terpelanting Kak Annisa.�
�Terpelanting tu masih hidup ke?�
Pertanyaan Puan Rozilah mengundang ketawa Ikram. Bekerja sebagai doktor walaupun baru masuk tahun ke tiga sudah baryak keajaiban sudah dilihatnya di hadapan mata. Ada yang mati kerana satu kemalangan kecil dan ada pula yang hidup walaupun mengalami kecederaan parah.
�Mak Lang, kecederaan Kak Annisa tu memang parah tapi menurut Doktor Mariam tiada kecederaan yang membahayakan nyawanya. Cuma kemungkinan Kak Annisa akan lumpuh dan mengalami masalah lupa ingatan adalah tinggi.�
Puan Rozilah tidak berkata apa-apa. Dia mengikut langkah Ikram dan bertemu dengan Doktor Mariam, doktor yang merawat Annisa. Selepas mendengar penjelasan daripada doktor itu, dia terus ke wad yang menempatkan menantunya itu.
�Puan....� tegur Soraya. Lalu tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Puan Rozilah. Lambat sahaja wanita itu menyambutnya. Rasa hairan bermukim di hatinya melihat penambilan Soraya. Gadis itu bertudung litup.
�Puan duduklah. Terima kasih sudi datang jenguk Annisa.� Ucap Soraya. Matanya sudah bengkak akibat terlalu banyak sangat air mata yang mengalir.
Pandangan Puan Rozilah beralih kepada sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil. Wujud rasa simpati di dalam dirinya melihat keadaan wanita itu yang jelas sekali lemah dan teruk.
�Awak beritahu dia meracau-racau panggil Raif..ini diam aja.� Sengaja suaranya dibiarkan kedengaran kasar. Malah dia sudah mengetahui tentang kebenaran hal itu daripada Ikram dan Doktor Mariam tadi.
�Dua hari ni Annisa memang banyak meracau. Sejak doktor keluarkan dari wad ICU tu. Puan, boleh saya bercakap tentang sesuatu dengan puan di luar?!�
�Nak cakap apa? Tak boleh beritahu kat sini aja?�
Soraya memandang Doktor Mariam dan Ikram yang turut berada di dalam bilik itu. Perkara ini tidak boleh diketahui oleh orang lain kerana Soraya sudah berjanji dengan Annisa tetapi Soraya rasa baik Puan Rozilah mahupun Raif perlu tahu perkara ini.
�Erm� Kalau puan dengan Soraya nak berbincang boleh gunakan bilik saya. Mari saya tunjukkan.�
Dalam hendak tak hendak, Puan Rozilah mengikut juga Doktor Mariam ke biliknya.
�Apa dia perkara yang awak mahu cerita sangat dengan saya? Rahsia sangat ke sampai tak boleh cerita depan orang lain.�
�Begini puan�.�
***
Suasana dalam teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sunyi sepi. Awal-awal lagi pemandu teksi itu memberitahu bahawa sistem audio teksinya rosak. Raif tidak bereaksi langsung. Mukanya yang masam mencuka itu sukar dimengertikan oleh Irwana. Sama ada lelaki itu kerisauan atau sedang marah cutinya diganggu?
Lewat pagi tadi, selepas mereka pulang dari bersarapan di salah sebuah restoran halal yang terdapat di Melbourne, Raif menerima pesanan daripada salah seorang kakitangan hotel. Riak wajah lelaki itu memang jelas terpancar kerisauan yang menggunung. Sebaik ditanya lelaki itu sekadar memberitahu Annisa kemalangan teruk dan dia perlu pulang segera.
Dengan teksi mereka terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine selepas mengemas segala barangan. Penerbangan paling cepat ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat Malaysia Airlines adalah pada pukul tiga petang. Nasib mereka baik masih ada beberapa kekosongan tempat duduk lagi. Terpaksalah mereka menunggu. Sepanjang waktu itu Raif langsung tidak bersuara. Bila di tanya hanya gelengan dan anggukan sahaja jawapan. Sehinggakan Irwana malas mahu bertanya.
Nasib baik juga penerbangan tidak punya apa-apa masalah. Mereka tiba di KLIA Cuma lewat sepuluh minit daripada jadual asal iaitu pada pukul 9.20 malam. Perjalanan yang mengambil masa hampir empat puluh minit ini begitu mendera perasaan Irwana. Mana tidaknya lelaki itu tetiba bagaikan bisu.
Selepas menjelaskan harga tambang teksi, terus mereka ke kaunter pertanyaan hospital dan terus mencari wad yang menempatkan Annisa. Sebaik daun pintu bilik ditolak orang pertama yang Raif nampak ada ibunya. Wanita itu sememangnya dari pagi tadi berada di wad itu. Disuruhnya Soraya balik berehat dahulu tetapi gadis itu menolak. Akhirnya dia menyuruh Soraya pergi melelapkan mata sekejap di surau hospital.
�Mana kawan dia si Soraya tu? Kenapa mummy sorang je?� tanya Raif sambil menyalami tangan Puan Rozilah diikuti Irwana.
�Mummy suruh dia tidur sekejap. Kata Doktor Mariam, budak tu tak tidur tiga hari ini. Kalau tidur pun tidur macam tu je. Mummy suruh dia balik.. dia tak nak. Kesian pulak mummy tengok dia tak larat.�
�Habis tu mummy larat ke ni?�
�Ish.. apa yang tak larat?! Duduk je dari tadi. Sabri bawakkan makanan tadi.�
�Doktor kata apa auntie?�
Irwana yang diam sedari tadi bersuara. Simpati dia melihat keadaan Annisa begitu. Kepalanya berbalut. Begitu juga kaki kirinya, disimen sampai ke paras lutut. Muka wanita itu juga penuh dengan luka dan turut bertampal.
�Keadaan makin stabil cuma tak sedarkan diri. Tadi asyik meracau panggil Raif.. bila auntie genggam tangan dia terus diam.�
�Apa yang dia racaukan mi?�
�Entahlah. Tak jelas. Tapi dapatlah mummy tangkap bila dia sebut nama kamu tu. Pergilah dekat dia. Cakap-cakap dengan dia.�
�Ish tak mahulah. Raif bergegas balik ni pun dah cukup baik tau.�
�Pergilah Ef.. tak baik you buat orang sakit macam tu. Jom auntie kita keluar.�
�Ha jom� lagipun auntie belum solat Isyak lagi ni. Boleh kejutkan Soraya sekali. Lama-lama tidur kat surau tu kang takut benda lain yang jadi.�
Tanpa memperdulikan Raif yang nyata tidak suka dengan ideanya itu, Irwana menarik tangan Puan Rozilah supaya mengikutnya. Sebaik sahaja pintu bilik tertutup Raif mendengus geram.
�Abang��
______
Lafaz Qabul akan berakhir di bab enam (mungkin juga bab 7 ^_^)... ia sekadar sebuah cerita novella ( rasanyalah kot.. hehehe ) sebab tidak pendek seperti cerpen tidak juga panjang seperti novel...
terima kasih di atas komen-komen kalian... Bab enam nanti terjawablah persoalan tentang Annisa. :)
0 Response to "Lafaz Qabul : Bab Lima"
Post a Comment