PADA DETIK ITU... : BAB 26
Semua yang berada di situ senyap sunyi. Memasing berpura-pura membuat kerja sebenarnya. Sedangkan drama sebabak di hadapan pintu lif itu menjadi tatapan mata dan telinga mereka tadi. Mana tidaknya, tidak pernah ada perempuan yang datang mencari bos mereka selama ini tanpa urusan kerja.
Natrah menunduk sahaja sambil mengikut langkah Idlan. Rasa malu masih tebal menggila. Tidak berani dia untuk panggung kepala dan bertemu mata dengan mereka.
�Awak masak apa?�
Soal Idlan sebaik sahaja mereka memasuki biliknya. Beg berisi makanan itu di letakkan di atas meja kopi. Cepat sahaja dia mengeluarkan isi di dalamnya. Ada empat bekas makanan di dalamnya.
�Banyaknya awak masak?! Ni nak pujuk saya lah ni?�
Natrah diam sahaja. Tidak tahu mahu memberi jawapan apa kerana dia hanya mengikut cadangan Yasmin sahaja. Yasmin menyuruh dia memasak makanan kegemaran Idlan tetapi dia langsung tidak tahu akan kegemaran lelaki itu. Selama dia menjadi orang gaji di kondo lelaki itu dulu, dia masak apa sahaja yang terfikir olehnya. Habis juga lelaki itu makan.
�Nak makan macam mana ni? Tak bawa pinggan ke?�
�Pinggan kat rumah saya semua kaca. Lagi pun ada ke nak bawak pinggan sekali�. Kat pejabat encik ni tak ada pinggan ke? Setahu saya setiap pejabat ada pantry��
Idlan tergelak. Dia bangun dan sempat dia mencuit hidung Natrah. Seronok dia bila mendengar Natrah menjawab kata-katanya begitu. Tidak seperti dahulunya. Sepuluh patah yang ditanya sepatah sahaja yang dijawab!
�Zita, tolong ambilkan saya pinggan dua atau tiga. Buatkan saya air sekali. Bakal isteri saya ni dia tak pandai nak buat air.�
Mencerlung mata Natrah memandang Idlan yang tersengih-sengih sedang bercakap di telefon dengan setiausahanya itu.
�Pandai-pandai je kata orang bakal isteri dia!�
�Betullah kan ?! Awak memang akan jadi isteri saya.�
�Siapa nak lelaki panas baran macam encik ni?!�
Idlan ketawa lepas. Semakin berani nampaknya Natrah! Mesti masih marah ditengking olehnya tadi. Natrah� Natrah�.
�Sayang� saya suka buat awak marahlah. Macam ni bolehlah hari-hari buat awak marah sebab kalau awak marah baru awak pandai nak menjawab dengan saya!�
�Encik ni kan ��
�Natrah.. susah sangat ke awak nak buang panggilan tu? Dah tiga tahun tahu tak? Tak kan lepas kahwin nanti awak tetap nak panggil saya encik kot!? Mulai hari ini, Nat kena panggil saya abang! no excuse!�
�Kenapa pulak? Encik bukan abang saya pun!�
�Sayang� I�m your future hubby, remember?�
�Saya tak ada perasaan pun dengan encik.�
�Are you sure, honey? Ada orang beritahu saya, awak tak nak balik kampong cuti ni sebab risaukan saya.�
�Mana ada!�
Pantas sahaja Natrah menafikannya. Idlan sudah ketawa tetapi ketawanya terhenti bila kedengaran ketukan di muka pintu. Selepas dia menyuruh masuk, muncul wanita yang bernama Rozita itu dengan dulang berisi minuman dan pinggan yang dimintanya tadi.
�Terima kasih Zita.�
Wanita itu mengangguk dan berbalas senyuman dengan Natrah sebelum berlalu keluar daripada bilik Idlan.
�Encik�.�
�Abang!� Pintas Idlan.
�Erm� bagilah sikit makanan tu kat Cik Zita tu.�
�Kenapa pulak?�
Soal Idlan tanpa menoleh ke arah Natrah. Dia sudah tidak sabar untuk menjamah makanan yang dimasak oleh buah hatinya itu. Terasa rindu yang amat terhadap masakan gadis itu.
�Tak kan habis makan sorang banyak ni?�
�Awak makan lah sekali. Kalau awak tak makan saya pun tak nak makan!�
�Banyak pulak songeh! Kalau saya makan sekali pun, masih banyak lagi lebihnya.�
�Yalah. Ini yang buat saya sayang kat awak.�
Idlan mengambil pinggan lain dan diisinya dengan makanan yang dibawa oleh Natrah. Ada sambal ikan, sayur cendawan goreng dan juga ayam goreng. Dia bangun kemudiannya dan keluar menuju ke meja Rozita.
�Zita cakap terima kasih.�
�Sama-sama.�
�Sebelum kita makan Nat kena jawab soalan saya dulu.�
�Apa dia?�
�Betul tak ada perasan sikit pun dengan saya?
Natrah angguk. Begitu pasti lagaknya dengan hati sendiri.
�Habis tu kenapa tak balik kampong minggu ni?�
�Erm,� ada kena mengena ke perasaan saya dengan sebab saya tak balik kampong?�
�Ada . Sebab ada orang beritahu saya yang awak risaukan saya. Takut saya sakitlah sebab tak makan. Sampai menangis pulak tu!�
Natrah sudah mengerutkan dahinya melihat Idlan yang tersenyum-senyum. Dia memikir-mikir kepada siapa dia bercerita. Tidak langsung dia membuka mulut bercerita kepada Yasmin mahupun Rafiq. Rasanya dia cuma bercerita kepada emaknya sahaja. Tak kanlah lelaki itu menghubungi emaknya
�Siapa beritahu�.�
�Hah kan betul! Siapa lagi kalau bukan bakal emak mertua saya yang beritahu yang anak dia ni risau sangat bila saya merajuk!�
�Macam mana boleh telefon emak saya?!�
�Saje. Nak mengadu. Hahaha�. Awak jangan tak tahu antara saya dan emak awak dah kamceng. Adik-adik awak pun dok berebut nak bercakap dengan saya kalau saya telefon.�
�Emak saya tak cakap apa-apa pun.�
�Memanglah. Saya yang tak bagi beritahu. Jadi, sekarang saya nak dengar awak bercakap jujur dengan saya. Apa perasaan awak pada saya?�
�Entah.�
Natrah sudah menguis-nguis nasi di dalam pinggannya yang dicedukkan oleh Idlan. Rasa merah mukanya saat ini diperhati Idlan begitu. Malu dan keliru bersatu mengisi segenap ruang dirinya.
�Kenapa? Atau awak takut, Natrah? Emak awak dah ceritakan segalanya pada saya. Tentang apa yang awak risaukan dan tentang apa yang terjadi kepada pak cik awak. Saya janji perkara awak yang awak takutkan tu tak akan terjadi dan apa yang berlaku terhadap pak cik awak tak akan berulang. Keluarga saya menerima awak tak kira siapa pun awak dan asal usul awak. Keluarga saya pun bukan sempurna untuk meletakkan hak dan kelayakan seseorang. Ibu saya sayangkan awak dan awak sendiri lihatkan kan macam mana ibu saya layan awak. Saya cuma mahu awak percayakan saya Natrah. Seperti Annisa percayakan Raif.�
Suara Idlan sudah kedengaran serius. Tidak lagi ada ketawa-ketawa seperti tadi. Natrah memanggungkan kepala memandang Idlan sebaik sahaja nama Annisa dan Raif disebut oleh lelaki itu. Idlan bangun dari duduknya dan mengambil tempat di sebelah Natrah.
Mahu sahaja jari-jemari gadis itu ditautkan dengan jari-jemarinya tetapi keinginan itu disimpannya sekadar di dalam hati. Dia perlu menghormati pendirian Natrah dan dia juga harus akui Natrah membuatkan dia sedar akan batas antara mereka. Walaupun kekadang dia semacam melangkaui batas itu!
�Annisa dan Raif lebih banyak rintangan. Banyak yang mereka kena hadapi tapi Annisa percayakan Raif mampu bahagiakan dia. Jadi, saya juga nak awak rasa yang sama dan bagi diri awak peluang. Teruk sangat ke awak memegang status anak Orang Asli tu? Memang saya akui, awak tak secantik perempuan-perempuan yang pernah saya kenal dulu tapi saya juga kena akui awak sorang aje yang berjaya buatkan saya tak senang duduk. Dari hari pertama saya nampak awak di koridor tu. Boleh tak awak buang rasa rendah diri awak tu? Saya tahu kat hati awak tu dah ada saya Cuma awak takut nak mengaku kan ?�
Natrah senyap, bermain-main dengan hujung blausnya. Perlukah dia memberi ruang yang sememangnya terbuka itu atau terus bersikap defensif? Memang benar perkara yang amat ditakutinya adalah status anak Orang Asli itu. Bukan dia malu jauh sekali rasa tidak mahu mengakui asal-usulnya. Malah sesiapa yang bertanya dia akan menjawab dengan penuh bangga. Dia anak Orang Asli Semelai yang dibesarkan di tanah mengalirnya darah pejuang! Cuma dia tidak pasti adakah dia mampu menerima setiap kata-kata yang menyakitkan bila mana bergelar isteri Idlan. Layakkah dia? Dia tidak mahu menjadi seperti pak ciknya yang dimalukan sehinggakan pak ciknya itu berubah seratus peratus sikapnya.
�Kita kahwin ya?�
Perlahan tetapi penuh mengharap.
�Erm��
�Awak��
�Erm� kita makan dulu� nanti lauk tu sejuk sangat dah tak sedap. Dalam bilik encik ni sejuk sangat.� Natrah sudah beralasan.
�Natrah�.�
�Encik�.�
Natrah ketawa. Seronok benar dapat mengejek Idlan begitu!
�Saya serius ni Natrah!�
�Nantilah. Makanlah dulu. Saya ni dah lapar sangat. Dari pagi tak makan tau!�
�Erm okey. Tapi lepas makan kena bagi jawapan!�
�Okey!�
____
INI EDISI MELAYUT-LAYUT... HEHEHE
0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 26"
Post a Comment