Adsterra

PADA DETIK ITU... : BAB 25

Natrah serba tidak kena. Dua hari ini dia bercuti. Mahu balik ke kampong hatinya tidak senang. Semalam sudah dihubungi ibunya memberitahu bahawa dia hanya akan pulang hujung bulan nanti. Waktu itu dia mempunyai cuti yang lebih panjang iaitu enam hari. 
Telefon bimbit yang sudah hampir hilang nombornya diperhati untuk ke sekian kalinya. Idlan langsung tidak menghubunginya. Rajuk benar lelaki itu. Malam tadi, Puan Rohaya menghubunginya bertanyakan perihal Idlan yang angin satu badan.
Auntie tengok dah macam anak dara dah duduk memerap dalam bilik tu. Balik kerja terus masuk bilik. Panggil makan tak mahu. Ajak solat berjemaah pun tak mahu. Susah hati auntie macam ni��
Fikiran Natrah berserabut. Semuanya gara-gara dia menolak ajakan lelaki itu untuk bersarapan pagi. Boleh tahan juga perangai budak-budak lelaki ni!
Natrah mendengus. Dia bangun dari perbaringannya, mencari Yasmin yang sibuk di dapur.
�Min, tengah hari kang kau teman aku pergi Subang.�
Lemah sahaja dia bersuara. Yasmin yang sedang menggoreng tauhu itu memandangnya dengan dahi berkerut.
�Buat apa?�
�Hmmm� aku nak ajak kau temankan aku pergi ofis Encik Idlan.�
�Siapa?�
�Encik Idlan!�
�Kenapa?�
�Dia marah dengan aku tapi habis semua orang jadi mangsa. Aku rasa bersalah dengan Puan Rohaya tu.�
�Dah tu kau pergi nak buat apa?�
�Minta maaflah.�
�Itu je?�
�Habis tu kau nak aku buat apa?�
�Nak pujuk lelaki ni senang je� kau masakkan lah dia makanan kegemaran dia.�
�Kena macam tu ke? Aku bukan bini dia pun��
�Hahaha� future wife� amiiiinnnnn.�
�Banyaklah kau! Aku nak pergi Kedai Gan. Ada apa-apa nak pesan.�
Nope.


***
Natrah melangkah lambat sahaja menuju ke lif untuk ke tingkat lima belas. Dia berdolak-dalik sama ada mahu meneruskan rancangan untuk bertemu Idlan atau sebaliknya.
�Pergilah. Dia tak makan kau punya!�
�Kalau dia tengking aku depan-depan pekerja dia macam mana? Malulah aku!�
�Tak kan lah! Dah pergi, kalau kau tak pergi memang saja nak kena dengan aku! Penat-penat aku drive nak hantar kau ni!�
�Yalah. Kau tunggu aku tau. Kejap je!�
Ye!�
Pintu lif terbuka. Saat kakinya melangkah masuk, debaran di dadanya semakin pantas sahaja berdegup. Idlan bukan boleh dijangka! Tambahan pula dengan keadaan dirinya yang angin satu badan itu.
Ada buat  appointment ke dengan Encik Idlan?�
Soal penyambut tetamu wanita itu. Natrah menggelengkan kepalanya.
�Erm.. kejap.�
Wanita bertudung senada dengan bajunya yang berwarna peach itu membuat panggilan. Sebentar kemudian, gagang telefonnya diletakkan.
�Masuk dalam tu jumpa Cik Zita.�
Natrah angguk sahaja. Tidak berkenan langsung dengan penyambut tetamu itu. Muka masam mencuka. Mentang-mentanglah aku datang pakai macam ni je! Natrah merungut di dalam hati.
�Saya nak jumpa Cik Zita.� Beritahu Natrah kepada seorang lelaki berkemeja putih. Terus lelaki itu menunjuk ke arah seorang wanita berambut paras bahu dan  bercermin mata. Selepas mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu Natrah menghampiri wanita yang dipanggil Cik Zita itu. Hatinya lega bila wanita itu memberikan senyuman.
�Nak jumpa Encik Idlan ye?�
�Aah. Dia ada ke? Kalau tak ada tak apalah.�
Kalau tak ada lagi bagus!
Awak ni siapa? Ada apa nak cari Encik Idlan?�
�Er� er.. saya Natrah, kawan Encik Idlan.�
Dahi wanita itu berkerut. Mana tidaknya Natrah memperkenalkan diri sebagai kawan Idlan tetapi membahasakan lelaki itu Encik Idlan. Takut-takut pula tu!
�Kejap ye. Akak tanya dia kejap. Mood dia tak baik dua tiga hari ni. Tak berani akak nak bagi orang masuk tanpa pengetahuan dia. Kang gempa bumi pulak!�
Wanita itu ketawa kecil sambil menekan interkomnya. Tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi. Lama barulah kedengaran suaran Idlan.
�Er Encik Idlan ada orang nak jumpa encik ni. Nama dia Natrah.�
Senyap.
�Encik Idlan��
�Erm suruh dia masuk.�
�Okey.�
Debaran dada Natrah yang tidak surut malah makin bertambah pula. Mendengar suara lelaki itu membuatkan Natrah rasa mahu berpatah balik sahaja. Tidak sanggup untuk berdepan dengan lelaki itu.
�Bilik yang hujung tu.�
�Terima kasih kak.�
Sebaik berada di hadapan pintu bilik Idlan, Natrah mengetuknya perlahan. Bila mendengar suara Idlan yang menyuruhnya masuk barulah Natrah melangkah masuk.
Ada apa awak datang ni?�
�Er�erm� saya datang nak minta maaf.�
�Minta maaf pasal apa pulak? Awak ada buat salah dengan saya ke?�
Suara Idlan meninggi. Sehinggakan boleh di dengar sehingga ke luar. Tambahan pula pintu biliknya tidak ditutup. Apa lagi para pekerjanya yang di luar itu memasing memasang telinga.
�Sebab saya tak nak breakfast dengan encik hari tu.�
Perlahan sahaja Natrah bersuara. Dia sudah menundukkan kepalanya. Tidak sanggup mahu memandang lelaki yang masih marah dengannya itu.
�Erm� saya masakkan makan tengah hari untuk encik. Saya betul-betul minta maaf. Saya tahu salah saya tapi encik janganlah buat auntie susah hati.�
�Oh jadi awak susah-susah datang ke sini sebab ibu saya yang suruh lah ni?�
Pantas Natrah menggeleng. Puan Rohaya hanya menghubunginya bertanyakan sebab Idlan bersikap begitu. Tidak pula wanita itu mendesak supaya dia memujuk Idlan.
�Kalau tak sebab ibu, awak memang tak akan datang kan? Dahlah awak baliklah, bawak sekali makanan awak ni! Saya tak lapar dan saya tak nak makan makanan ni! Baik awak balik sebelum saya mengamuk nanti!�
Tengkingan Idlan itu membuatkan Natrah tersentak. Air matanya secara tetiba mengalir laju. Dia terasa dirinya cukup lemah dengan tengkingan itu. Idlan benar-benar marah dengannya.
Beg kertas yang berisi bekas makanan itu dicapainya dan dia melangkah perlahan meninggalkan bilik Idlan. Dia sudah menangis teresak-esak bila merasakan seluruh isi pejabat itu sedang memerhatikannya. Kalau dia tahu Idlan begitu tega menengkingnya begitu, dia tidak akan datang menemui lelaki itu di pejabatnya.
�Natrah!�
Dia tidak berpaling. Hatinya benar-benar sakit. Bertambah sakit bila merasakan pekerja-pekerja lelaki itu sedang mentertawakan dirinya.  Mungkin mereka memikirkan yang bukan-bukan.
�Sayang.�
Tangannya dipaut dan spontan juga dia menarik kasar tangannya.
�Saya minta maaf.�
Diam. Pintu lif terbuka. Dua orang lelaki masing-masing berkemeja biru dan merah tua memandang Idlan dan Natrah dengan raut wajah kehairanan. Tanpa memperdulikan mereka yang memandang Natrah terus melangkah masuk ke dalam lif tetapi cepat sahaja Idlan menariknya.
�Apa ni?!! Saya nak baliklah!�
Dua orang lelaki yang masih berada di dalam lif itu terus keluar. Tahulah mereka ada urusan peribadi antara Pengurus Operasi yang juga bakal pengurusan tertinggi syarikat dengan wanita yang sedang menangis itu.
�Janganlah macam ni� awak masak untuk saya kan? Jom temankan saya makan� janganlah menangis� Saya minta maaf okey? Saya tak berniat nak tengking awak macam tu. Saya sayangkan awak� Saya minta maaf ye?�
�Saya nak balik! Yasmin dah tunggu saya kat bawah.�
Idlan mengambil beg kertas yang dipegang oleh Natrah. Diletakkan di atas lantai. Tangan kanannya menggenggam erat tangan Natrah supaya gadis itu tidak dapat melepaskan diri. Kemudian, dia mencapai telefon bimbitnya dan terus menghubungi Yasmin.
�Min, awak balik dulu. Nanti saya hantar Natrah balik.�
Natrah mendengus.
�Dah jom!�
�Tak nak!�
�Kenapa ni sayang? Jomlah kita makan sama-sama. Awak tahu tak saya dah dua hari tak dapat makan sedap-sedap!�
�Siapa suruh merajuk tak ingat!?�
Idlan ketawa kecil. Kalau Natrah marah dengannya barulah kedengaran gadis itu akan membalas balik kata-katanya. Natrah yang mendengar ketawa itu menjeling sahaja.
�Jomlah. Nanti satu kompeni ni datang tengok drama sebabak ni! Kalau daddy dapat tahu lagi teruk saya� mesti daddy beritahu ibu. Nanti tak pasal-pasal saya kena marah sebab buat menantu kesayangan ibu ni menangis!�
�Kalau encik takut auntie  tahu tak payahlah. Saya nak balik! Lagi pun saya malu dengan pekerja-pekerja encik tu!�
�Hahaha� awak tiru ayat sayalah� bukan sebab ibu.. saya memang rindu dengan awak ni� staf saya tu tak akan berani mengata awak! Jom��
Idlan sudah menarik tangan Natrah tetapi Natrah kaku sahaja di tempat dia berdiri.
�Sayang� awak nak saya cium awak ke?�
�Apa pulak?!�
�Dah tu� cepatlah. Awak ni nampak comellah lepas menangis� buat saya rasa nak cium-cium je! Kalau awak tak nak ikut saya� saya memang akan cium awak depan ni jugak!�
Natrah mendengus dengan kata-kata Idlan yang berupa ugutan itu. Laju sahaja langkahnya menyaingi Idlan dengan riak muka tidak puas hati. Bila Idlan cuba mencapai tangannya terus dia bergerak menjauhi lelaki itu. Idlan ketawa dengan reaksi Natrah.
Sebab itu saya sayangkan awak!


 ------

*Idlan tak boleh merajuk lama-lama sebab dia tak pandai merajuk. Dia pandai marah-marah jer! :)

*Perkataan yang telah di bold kan merupakan perkataan Bahasa Malaysia mengikut kamus dewan Edisi Empat. Jadi ia bukanlah perkataan yang MN sengaja Melayukannya daripada perkataan Bahasa Inggeris. 


0 Response to "PADA DETIK ITU... : BAB 25"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel