BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 6
Hujung minggu. Dengan rasa hati yang berat, Maisara terpaksa mengikut perancangan Azwan. Sekali lagi dia perlu menjejakkan kaki ke rumah ibu dan ayah lelaki itu. Sebenarnya Azwan tidak tahu akan peristiwa dia ditengking oleh ibunya. Lelaki itu sekadar mengetahui bahawa ibunya itu tidak suka akan Maisara. Perkara itu hanya diceritakan kepada Aizura dan Mazlin sahaja. Dia tidak mahu bebankan fikiran Azwan dengan perkara itu. Cukuplah sekadar Azwan tahu ibunya tidak dapat menerima Maisara sebagai penganti Saleha.
Melewati jambatan Pulau Pinang, degupan jantung Maisara sudah hilang rentaknya. Sudah tidak teratur. Dia mengurut-ngurut dadanya yang semakin sesak. Surah Al-Khauthar dibacanya berulang kali. Mahu sahaja disuruh Azwan berpatah balik. Serasa sudah tidak sanggup untuk bertemu muka dengan Hajjah Kalsum. Serasa mahu juga dia membuat keputusan membatalkan apa yang telah dijanjikan. Restu ibu itu adalah kunci bahagia. Restu ibu itu adalah pemangkin rumah tangga yang diredhai. Dia takut andai walaupun selepas bernikah, ibu lelaki itu tetapi menolak dia. Walau sehabis baik ditunjukkan, wanita itu tetap menganggap dia tidak setanding arwah Saleha. Bagaimana?
�Sara, Abang tahu Sara takut tapi percaya cakap abang semuanya akan selesai dengan baik. Emak abang tak kejam nak terus-menerus menolak.�
Maisara menoleh ke arah Azwan. Perlukah dia untuk memberitahu Azwan bahawa ibu yang disanjungnya itu sebenarnya tidak selembut yang disangka? Wanita yang lembut air mukanya itu tajam dan sinis bicaranya? Wanita yang menjunjung agama ALLAH itu menilai dirinya tidak layak untuk berdiri disebelah anaknya!? Sanggupkah Azwan mendengar setiap butir bicara yang yang tajam itu dari ibunya?
Akhirnya Maisara sekadar senyum sahaja. Biarlah Azwan tahu sendiri. Tidak perlulah dia bercerita. Nanti takut pula dia dituduh bukan-bukan.
Kereta yang dipandu Azwan mula memasuki halaman sebuah rumah kampong. Maisara kuatkan hatinya dan berserah sahaja. Apa pun yang terjadi dia akan terima.
�Jom. Kak Long pun ada kat rumah.�
Maisara pandang sebuah kereta perdana milik kakak sulung Azwan yang diparkir di bawah pokok rambutan yang sedikit tinggi dan berdaun lebat. Dia pernah bertemu wanita itu beberapa kali. Dua atau tiga kali daripadanya terserempak di mana-mana. Sama ada di pasaraya ataupun ketika dia dengan Aizura berjalan-jalan di sekitar Pulau. Kakak Azwan yang bernama Siti Suhana itu ramah orangnya. Lembut tutur katanya. Pernah juga dititipkan kata-kata semangat supaya tidak mudah mengalah dalam hubungan dengan Azwan.
Di pintu rumah kayu itu, muncul seorang anak kecil. Usianya mungkin sudah empat tahun. Girang benar bila melihat Pak Tehnya datang. Maisara tersenyum melihat gelagat anak kecil itu tetapi sekejap cuma. Senyumannya sirna bila melihat ibu Azwan yang baru sahaja muncul. Nafasnya serasa tidak menentu aturannya. Dadanya terasa sakit tiba-tiba. Ya ALLAH bantulah hamba-MU ini!.
�Jom Sara.�
Maisara mengikut sahaja langkah Azwan dari belakang. Raut wajah Hajjah Kalsum usah cakaplah. Masam mencuka sahaja. Lambat-lambat sahaja langkah Maisara. Bermacam perkara negatif bermain difikirannya.
�Yang hang bawak perempuan ni sekali datang buat apa? Ibu suruh hang balik bukan nak jumpa dia!�
Nah, baru sahaja kakinya melangkah ke anak tangga pertama suara Hajjah Kalsum sudah kedengaran. Terhenti langkahnya. Kepalanya menunduk, tidak berani memanggungkan kepala.
�Ibu� Maisara akan jadi isteri saya. Apa salahnya dia datang sekali.�
�Aku tak berkenan langsung. Dia tak macam arwah Leha!�
�Astaghfirullah� ibu, sesiapa pun tak akan sama dengan arwah Saleha.�
�Sapa kata? Tu anak Haji Kadir yang nama Najwa tu� belajaq ilmu agama.. balik Malaysia jadi ustazah.. pakai tudung labuh� macam tu baru calon menantu ibu!�
�Ada pulak macam tu ibu ni.. Wan, jemput Sara naik. Kak Long ada masak laksa hari ni. Sara� jemput naik.�
Kali ini baru Maisara berani panggung kepala. Matanya bertemu dengan pandangan Siti Suhana. Senyuman yang diukir wanita itu tidak mampu meredakan gelojak di hatinya. Sampai hati Hajjah Kalsum �menghinanya� di hadapan rumah. Ibu Azwan itu sudah menunjukkan rasa tidak sukanya di hadapan Azwan.
�Tak apalah Kak Long� Wan hantar Sara balik dulu. Ibu� selama ni Wan tahu ibu cuba buat yang terbaik untuk Wan� Wan terima semuanya tanpa mempersoalkan sedikit pun keputusan ibu. Tapi kali ni, biarlah Wan yang tentukan pilihan Wan. Wan tak akan putus asa selagi ibu tak terima Maisara sebagai menantu ibu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan begitu juga Sara. Maaf bu, Wan akan tetap mengahwini Sara. Assalamualaikum.�
Azwan menghulurkan tangannya untuk menyalami ibunya tetapi tidak bersambut. Masam mencuka wajah itu.
�Hati-hati memandu tu Wan.�
Azwan angguk sahaja. Maisara pula sudah menangis teresak-esak. Dia tidak mahu Azwan menjadi anak derhaka. Lelaki itu lelaki baik. Yang sentiasa menjaga solatnya, yang sentiasa menjaga agamanya! Tetapi bukankah itu sia-sia sekiranya dia menjadi anak derhaka terhadap ibu bapanya?!
***
�Sara rasa kita batalkan pernikahan ini!�
Akhirnya Maisara bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Azwan pula membiarkan dia melayan perasaan diri sendiri. Maisara sedar hati Azwan sedang berbolak balik. Antara ibu dan dirinya.
�Sara� jangan macam ni. Abang sayangkan Sara. Abang akan pastikan ibu terima Sara dan abang yakin ibu akan menerima Sara nanti.�
Laju sahaja Maisara menggeleng. Dia sudah tidak sanggup. Pernikahan yang dirancang punya masa empat bulan sahaja lagi. Walaupun sebahagiannya sudah siap tetapi masih sempat untuk mereka membatalkannya.
�Bila? Sara dah tak sanggup dengar ibu abang bandingkan Sara dengan arwah Saleha. Teruk sangat ke Sara ni sampai Sara tak layak jadi menantu ibu abang?�
�Tak, sayang. Sara layak dan abang amat pasti tentang hal tu.�
�Abang� perkahwinan perlukan restu terutama ibu. Sara tak sanggup kita berkahwin tanpa restu. Nanti akan banyak sangat masalah dalam perkahwinan kita. Sara tak sanggup hadapi semua tu!�
�Sara pergilah masuk dan berehat. Malam nanti abang telefon Sara. Abang tak nak kehilangan Sara. Malam nanti kita bincang lagi ya? Dah janganlah menangis��
Maisara tidak mengangguk mahupun menggeleng. Pintu kereta ditolaknya perlahan bersama dengan satu keluhan berat dilepaskan. Air matanya dikesat dengan hujung tudung. Apa yang dia masti tentu sahaja matanya memerah. Harap-haraplah dalam perjalanan naik ke rumahnya di tingkat empat itu tiada jiran-jiran yang sedar.
Tanpa sebarang kata malah menoleh sekalipun ke arah Azwan, Maisara melangkah turun daripada kerete Honda milik Azwan. Tubuhnya terus menghilang di sebalik bangunan konkrit lima tingkat itu.
Pada Maisara, tiada apa lagi yang boleh dibincangkan. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko walaupun rasa cintanya untuk Azwan terlalu utuh tetapi dia harus mengalah demi kelangsungan keberkatan hidup lelaki itu. Biarlah ibu Azwan menganggap dia mengaku kalah kerana tidak layak bersama anaknya! Dia redha dan pasrah dan langsung tiada sekelimut pun perasaan marah dan dendam untuk wanita itu.
Memasuki rumah tiga bilik yang disewakan bersama Aizura itu, serta-merta air mata Maisara mengalir lagi. Semakin deras menuruni pipinya. Aizura tiada di rumah. Selalunya dia akan berkunjung ke rumah abangnya yang terletak di Kulim. Malam nanti barulah wanita itu kembali.
Akhirnya keputusan Maisara muktamad. Dia redha akan jodohnya dengan Azwan hanya di sini sahaja. Dengan seluruh kekuatan yang ada dan masih bersisa, nombor telefon adiknya dihubungi. Bila telefon bimbit itu diserahkan kepada emaknya terus sahaja Maisara menyampaikan cerita. Dia menangis semahu-mahunya dan tangisan itu bersambut di sebelah sana .
Sungguh bukan niat Maisara mahu membuatkan emaknya menangis tetapi semua ini harus ditamatkan sebelum terlambat.
�Tak apalah Along� kalau dah mak dia kata lagu tu, hang toksah lah dengan Wan tu. Kita ni kalau bernikah kena ada restu mak bapak, kalau baik macam mana kita depa tak restu tak boleh jugak! Tak apa.. mak cakap dengan abah hang nanti� bagitahu orang masjid� nak batalkan tarikh tu.�
Beritahu emaknya dalam esak tangis yang cuba dikawal sebaik mungkin. Maisara dengar adiknya yang sibuk bertanya di sebelah sana . Mendengar itu, semakin deras air matanya mengalir kerana semua adik-adiknya menyenangi Azwan.
�Hang jangan menangis teruk-teruk. Sabaq banyak-banyak. Malam sat lagi mak ngan abah sampai.�
�Tak payahlah mak! Along okey ja ni� Sat lagi Zura balik. Dia ada kalau Along ada apa-apa. Mak jangan risau� Along cuma nak tidoq kejap. Bangun sat lagi okeylah ni��
�Ingat ALLAH, Long! Semua ni jadi kerana kehendak DIA.�
�Along ingat mak. Tak apalah mak, Along nak mandi sat.�
Panggilan dimatikan seketika kemudian. Maisara menarik nafas dalam dan dilepaskan kasar. Dia nekad!
0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 6"
Post a Comment