BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 7
Lama Maisara merenung cincin di jarinya. Cincin yang dihadiahkan oleh Azwan sempena hari lahirnya yang lalu. Cincin emas putih yang sememangnya menjadi kesukaannya diberikan lelaki itu ketika mereka keluar makan bersama. Waktu itu dia ingatkan Azwan terlupa akan tarikh lahirnya itu. Tak di sangka ketika mereka asyik menjamah makanan lelaki itu meletakkan bungkusan berbalut kemas di hadapannya. Maisara tersenyum mengingatkan detik itu. Senyuman di bibir dan air mata yang mengalir keluar dari empangan matanya.
Fikirannya menerawang. Mengingatkan cerita Azwan tentang arwah isterinya. Dari situ hubungan mereka mulai rapat. Mereka diperkenalkan oleh Haida, bekas pekerja di RWE Construction. Lelaki itu telah kematian isteri dan anak. Takdir ALLAH telah menentukan di saat Azwan dalam debar dan rasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya, isterinya bertarung nyawa di dalam dewan bedah.
Ketukan di muka pintu menyedarkan Maisara dari menung yang panjang. Tentu sahaja Aizura sudah pulang. Lambat-lambat sahaja Maisara bangun dan menghampiri pintu.
�Kau kenapa?�
Terus sahaja Aizura menyoal sebaik sahaja pintu bilik Maisara terkuak dari dalam. Mata Maisara yang memerah dan sembap sahaja, dapatlah dia membuat telahan bahawa temannya itu baru sahaja lepas menangis. Tentu sahaja bersangkut paut dengan Azwan. Tadi, semasa dia memarkirkan kereta di tempat biasa ternampak kereta milik Azwan yang diletakkan dihadapan kedai runcit.
�Aku ada nampak Azwan kat bawah tadi. Kau nak keluar dengan dia ke?�
Maisara menggeleng. Sempat dia merenung jam dinding yang tersangkut di dinding ruang tamu rumah yang sudah disimbahi cahaya lampu. Sudah pukul enam empat puluh lima minit petang. Dia masih belum bersolat Asar maghrib lagi.
�Aku solat sekejap.�
Aizura angguk sahaja. Dia sekadar memerhati langkah Maisara menuju ke bilik air. Simpati mencurah-curah untuk temannya itu. Inilah jadinya bila bakal ibu mertua terlalu mahukan yang sempurna. Apa kurangnya temannya itu? Sebagai teman, Aizura akui Maisara sudah cukup sempurna. Apa lagi yang ibu Azwan mahukan? Tinggi sangatkah darjat ibu Azwan itu sampai begitu sekali syarat untuk menjadi menantunya?
Aizura mengeluh. Manusia zaman sekarang sudah tidak dapat dinilai dari pemakaian dan ilmu lagi. Semakin tinggi ilmu, semakin mendabik dada. Pakaian pula ada yang menjadikan sekadar trend ataupun yang sudah terbiasa dari kecil. Hati dan iman belum tentu seiring. Jujur, inilah pertama kali dia mendengar dan melihat seorang wanita yang tinggi ilmu agamanya dan pemaikaiannya cukup sempurna sebagai seorang muslimah, berfikiran sempit sehingga begitu sekali kelayakan yang dimahukan. Orang itu adalah bakal emak mertua Maisara!
Bayangan Syed Hassan dan Syarifah Najihah bermain di kotak fikirannya. Teringat saat dia dilemparkan dengan pelbagai penghinaan kerana dia hanyalah orang kampong yang tidak sepadan dengan Syed Ammar. Keluarganya miskin tidak layak berganding dengan keluarga Syed Ammar yang kaya- raya. Akhirnya dia terpaksa beralah walaupun Syed Ammar berkeras mahu meneruskan hubungan. Tidak sampai enam bulan selepas dia memutuskan hubungan, Syed Ammar sudah dikahwinkan dengan Tengku Anis Juhara.
�Sekejap lagi temankan aku jumpa Azwan ya?�
Sentuhan Maisara di bahunya membuatkan Aizura tersentak. Dia angguk sahaja. Cuba ukir senyuman tetapi rasanya tidak berjaya.
�Aku masuk bilik dulu. Nanti kau nak turun bagitau aku.�
Maisara angguk. Mereka berdua masing-masing menghilang masuk ke dalam bilik. Maisara menunaikan solat Asarnya yang sudah terlewat dari biasa. Habis sahaja solat dan berdoa dia mencapai telefon bimbitnya.
17 missed call
3 new messages
Ke semuanya daripada Azwan. Tentu sahaja lelaki itu sudah lama menunggu. Dia pula hanyut di alam khayalan sehingga bunyi telefon tidak dapat ditangkap oleh telinganya. Maisara menghubungi Azwan.
�Assalamualaikum.� Ucapnya selepas panggilan bersambung.
�Waalaikumussalam. Abang ada kat bawah ni. Lepas maghrib nanti kita jumpa ya? Abang risau sangat.�
�Erm okey.�
�Sara SMS abang bila Sara nak turun ya?�
�Okey.�
Panggilan diputuskan tanpa ucapan salam. Maisara mengeluh, ada air jernih mengalir dari hujung matanya. Azwan lelaki yang baik. Lelaki yang dia percaya mampu menjadi suami yang sebaik-baik suami. Yang akan melindungi dan membimbingnya. Tetapi sekarang dia perlu melepaskan lelaki demi redha seorang ibu.
***
�Abang tak akan lepaskan Sara. Sara tau kan abang sayangkan Sara!?�
Selepas beberapa ketika Azwan berdiam diri mendengar luahan hati Maisara lelaki itu bersuara. Setelah bertahun-tahun hidup menyendiri pintu hatinya terbuka dengan cinta Maisara. Dia tahu ibunya agak keterlaluan tetapi dia juga percaya satu hari nanti ibunya mampu menerima pilihannya.
�Sara minta maaf. Sara tak mampu nak teruskan semua ni. Harap abang faham. Dah dua tahun Sara cuba � Tapi setiap kali tu ibu abang tetap tak dapat terima Sara. Cukuplah bang.. Sara sanggup hilang abang dari kita terus menerus tak dapat redha ibu.�
�Sara�.�
�Anggaplah kita tak berjodoh bang. ALLAH tentu sahaja dah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.�
�Abang mahu Sara menjadi isteri abang.�
Maisara menoleh memandang Azwan sebelum pandangannya kembali kepada pantai yang kelam. Kemudian dia menoleh ke belakang. Aizura masih setia di bangku kayu itu. Sedang ralit membelek-belek telefon bimbitnya.
�Sara dah fikir masak-masak. Ini keputusan Sara dan Sara dah bincangkan dengan emak. Sara minta maaf bang. Sara dah tak mampu nak teruskan.�
Diam. Tiada sambutan. Hanya kedengaran keluhan berat yang dilepaskan. Azwan mendongak ke langit. Bintang yang bertaburan di dada langit diperhati tanpa sebarang rasa. Sungguh dadanya sesak! Keputusan Maisara diluar dugaannya.
�Sara tak sayangkan abang?�
�Sayang. Kerana sayanglah Sara kena lepaskan abang. Sara tak mahu kita bina hubungan ni dengan rasa benci ibu abang terhadap Sara. Harap abang faham. Kita tak tahu apa yang berlaku esok-esok. Hidup mati kita di tangan ALLAH. Ikutlah cakap ibu abang.�
Azwan mengeluh. Dia benar-benar belum bersedia untuk semua ini. Namun, ada benar pada kata-kata Maisara. Hidup dan mati bukan di tangan manusia. Siapa tahu esok lusa sesuatu musibah terjadi. Waktu itu dia tidak punya kesempatan memohon ampun daripada ibunya. Tadi ibunya menghubunginya menyatakan sekiranya dia tetap bertegas mahu menjadikan Maisara sebagai isteri, dia tidak akan redha. Mendengarkan itu dia benar-benar marah. Terus dimatikan panggilan tanpa apa-apa suara.
�Sara nak balik. Dah janji dengan Zura nak pergi makan. Sara nak minta maaf kerana selama ini Sara banyak menyusahkan abang dan terima kasih kerana abang banyak membimbing Sara.�
Maisara sudah bangun dari duduknya. Dia merenung wajah kusut Azwan. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan dia menyedari ada air jernih mengalir di pipi lelaki itu. Dia jadi sebak tetiba. Pertama kali dia melihat air mata seorang lelaki yang amat dikasihinya selepas dua tahun tetapi dia akur dia harus kuatkan diri dan kuatkan hati untuk sebuah keputusan yang telah dimuktamatkan.
�Sara minta maaf bang��
Azwan memalingkan mukanya ke arah lain. Air matanya dikesat dengan hujung jari-jemari. Dia harus berkorban lagi untuk redha seorang ibu. Dia juga harus redha. Tentu sahaja ALLAH telah merencanakan sesuatu yang lebih indah untuk dirinya.
0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 7"
Post a Comment