Adsterra

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 9

Faiz mendengus kasar. Deringan telefon yang tidak henti-henti sejak tadi begitu merimaskan dirinya. Baru seminggu dia berasa aman tanpa gangguan tetapi sekarang muncul kembali.
Zulaikha! Aduh apa lagi yang perempuan itu mahukan? Tidak faham bahasakah? Antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan! Sudah berakhir sepuluh tahun lalu. Susah sangatkah gadis itu untuk menerima kenyataan itu? Perasaannya untuk gadis bernama Zulaikha Mikhail itu sekadar perasaan anak remaja dibangku sekolah. Terpikat dengan kecantikan dan sifat luaran semata.
Faiz memerhati telefon bimbitnya yang sudah senyap sunyi. Dia mencapainya dan menekan salah satu butang di telefon bimbit tersebut. Tega benar Zulaikha sehinggakan sanggup bersusah payah menghubunginya sedari tengah hari tadi. Kalau dicampur jumlah panggilan dan pesanan ringkas yang memasuki kotak panggilan telefonnya berjumlah hampir lima puluh. Aduh, memang memeningkan!
�Weh awat? Muka macam tenuk lapar je?!�
Faiz berpaling memandang Haikal yang baru sahaja pulang. Wajah temannya itu kelihatan gembira sungguh. Maklumlah baru sahaja berjumpa tunang tersayang. 
�Banyaklah kau punya tenuk lapar! Bekas adik angkat kesayangan kau ni dok kacau aku dari pagi tadi. Betul-betul buat aku rasa sakit hati!�
Haikal ketawa lepas. Tahu benar siapa yang dimaksudkan sebagai adik angkatnya itu. Zaman sekolah dulu dia antara lelaki-lelaki popular di sekolah. Bukan kerana rupa paras semata tetapi kerana dia merupakan salah seorang atlit sekolah yang paling berjaya. Ramai junior yang mahu menjadikan dia sebagai abang angkat tak kurang juga kakak-kakak senior yang mahukan jadikan dia sebagai adik angkat. Teringat semua itu dia rasa amat kelakar sangat!
�Kau jawab ajelah. Susah sangat! Perempuan macam tu selagi tak dengar suara kau, selagi tu dia tak senang duduk.�
�Malas aku! Ada jugak nanti aku tukar nombor telefon ni! Kau pun satu, dating tak ingat aku. Balik tangan kosong je, tak beli makanan kat aku pun!�
Haikal ketawa lagi. Lagak Faiz bagai dia tu masih anak-anak yang tidak reti untuk mencari makanan sendiri! Kalau malas memasak, beli sahaja di bawah tu.
�Kau ni macam anak saudara aku yang umur tiga tahun tu tau?! Kau duduk rumah ni sehari hari ni tak makan apa-apa lagi ke?�
Faiz gelengkan kepala. Perutnya sedari tadi memang tidak di isi apa-apa kecuali beberapa gelas Nescafe 3 in 1 panas. Sudah bosan mahu makan mi segera. Mahu turun ke bawah membeli makanan dia malas. Penghabisannya, dia kenyang minum air sahajalah!
�Tadi patutnya kau telefon aku dulu. Aku ingat kau dah makan. Oh tadi aku nampak Kak Sara kat Nashmir. Aku tegur dia tapi dia tak kenal aku.�
�Dia dengan siapa?�
Acuh tidak acuh sahaja pertanyaan Faiz. Dia menelah yang Maisara semestinya keluar dengan teman lelakinya. Hatinya dipagut cemburu yang bukan sedikit. Dia masih belum dapat memujuk hatinya bahawa Maisara akan menjadi milik lelaki lain dan penantian serta pencariannya adalah sia-sia.
�Dengan kawan dia kot. Perempuan. Aku tengok dia macam tengah sedih je. Mata bengkak.�
Faiz yang tadinya berpura-pura tunduk membaca majalah mengangkat muka memandang Haikal.
�Aku tak tahulah sebab apa. Tak kan aku nak tanya dia kan?! Dia pun bukan ingat aku. Okeylah, aku nak masuk mandi. Kalau kau lapar kejap lagi kita keluar.�
Faiz angguk. Sebaik sahaja Haikal menghilang ke dalam biliknya, dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor Maisara dicarinya. Nombor yang didapati daripada senarai nombor telefon pekerja-pekerja RWE.
Terus dia menghubungi wanita itu.  Selang beberapa ketika panggilannya dijawab. Perlahan sahaja suara itu memberi salam.
�Waalaikumussalam. Sara, ni Faiz.�
Ada keluhan di hujung talian. Hati Faiz sedikit terusik dengan keluhan itu tetapi dia tahu panggilannya tentu sahaja tidak disenangi oleh wanita itu.
�Awak nak apa Faiz?�
�Sara kat mana?�
Pertanyaan dibalas pertanyaan.
�Kat rumah.�
�Ganggu ke?�
�Erm.. taklah. Ada apa ni?�
�Haikal beritahu dia terjumpa awak kat Nashmir. Sara okey ke?�
�Faiz�. Berapa kali saya dah kata� jangan panggil saya dengan nama. Saya lebih tua daripada awak. Kalau awak tak boleh nak panggil saya kakak� awak boleh panggil saya Cik Sara.�
�Erm okey. Haikal beritahu awak nampak macam sedih. Cik Sara okey ke?�
Rasa janggal membahasakan Maisara dengan awalan �cik� begitu tetapi demi tidak mahu Maisara terus menerus marahkannya dia ikutkan sahaja. Kalau Maisara tidak kisah mahu sahaja dia memanggil wanita itu dengan panggilan �sayang�. Faiz tersenyum sendiri dengan apa yang bermain difikirannya.
�Saya okey. Saya dah mengantuklah Faiz. Saya nak tidur dulu.�
�Er� Kejap. Cik Sara dah betul-betul maafkan saya kan?�
Keluhan lagi. Faiz ikut mengeluh. Baginya selagi dia merasakan Maisara tidak memaafkan dirinya secara ikhlas selagi itu dia akan memohon maaf. Lagi pula dia akan kehilangan Maisara nanti.
�Saya dah maafkan awak. Jadi tolong jangan ungkit kisah ni lagi boleh? Dan satu lagi kalau Aizura tanya apa-apa� beritahu jer saya ada masalah dengan kakak awak dan awak tak tahu apa-apa. Boleh?�
�Erm kenapa?�
�Tadi masa kawan awak tegur saya tadi Aizura ada sekali. Saya tak mahu dia tahu apa-apa.�
�Sara� er� Cik Sara, terima kasih sebab tak  beritahu pasal perkara sebenar.�
�Saya buat bukan untuk awak tapi untuk saya dan saya tak mahu ingat lagi benda-benda tu semua.�
�Saya minta maaf. Saya tahu semuanya salah saya.�
�Okeylah Faiz. Dah tak ada apa-apa kan? Saya betul-betul mengantuk ni. Lagipun saya belum solat Isya lagi.�
�Erm okey. Maaf ya ganggu malam-malam ni. Assalamualaikum.�
Salamnya dijawab dan panggilan dimatikan oleh Maisara. Faiz mengeluh. Kenapa dia terlambat bertemu Maisara? Ah, kalau dia terlebih dahulu bertemu dengan Maisara pun adakah dia punya peluang untuk merebut hati wanita itu atas apa yang berlaku?
�Weh.. cepatlah! Tadi kata lapar.. aku yang dah kenyang ni pun jadi lapar tengok muka tenuk kau tu!�
�Kau kalau tak samakan aku dengan tenuk tak boleh ke?�
�Hahaha� dah gaya gitu muka kau! Cepatlah. Aku tetiba teringin nak makan Char keuy tiaw Sungai Dua ni!�
�Yalah. Kejap. Oleh kerana kau samakan aku dengan tenuk, malam ni kau belanja aku!�
�Ceh� bagus punya kawan! Cepatlah� setakat empat ringgit tu tak luak duit aku!�
Faiz tersengih-sengih. Mengenali Haikal sekian lama dia sudah masak dengan perangai kawannya itu. Jarang berkira kalau bab makan. Kalau bab lain jangan haraplah dia mahu keluarkan duit membelanja.

0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 9"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel