Adsterra

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 15

Seminggu telah berlalu sejak pertemuan terakhir antara Maisara dan Azwan. Untuk ketenangan diri Maisara tekad untuk terus membuang jauh-jauh perasaan sayang dan cintanya untuk Azwan. Dia harus kuat dan terus melupakan lelaki itu.
Jawatan Eksekutif Pembangunan Pemasaran telah diisi. Jawatan itu telah diserahkan kepada Syed Ammar Bin Syed Hassan. Melihat kelayakan dan pengalaman lelaki itu Maisara pasti dia layak. Lalu, kedatangan calon-calon selepas Syed Ammar hanya sekadar untuk melengkapkan temuduga sahaja.
�Awak dah berkahwin atau masih bujang?� Soal Maisara kepada Syed Ammar ketika dia meneliti resume lelaki itu. Ruang status diri dibiarkan kosong.
�Er�er.. maaf. Saya sudah bercerai.�
�Ohhh��
Mahu Maisara ukir senyuman saat itu tetapi rasa tidak patut pula. Resume itu dimasukkan ke dalam fail berwarna coklat yang turut terdapat segala sijil daripada lelaki itu. Sesi temuduga itu berakhir tidak sampai setengah jam. Sebaik kelibat Syed Ammar menghilang disebalik pintu kayunya itu senyumannya melebar. Raut wajah seorang teman terpamer di ruang matanya.
�Weh.. kau senyum ingatkan siapa? Mental ke apa?�
Terjengul Aizura di hadapan pintu biliknya. Senyuman Maisara tidak terus mati sebalik semakin melebar. Berkerut Aizura melihat keadaan temannya itu. Mana tidaknya, kalau dia dahulu ditinggalkan kekasih berbulan-bulan masih bersedih. Berlainan pula dengan Maisara.
�Cepatnya kau turun. Belum pukul satu pun. Tak sabar nak tengok staf baru ke?�
Seperti mana mereka dulu menyambut Faiz sebagai pekerja baru di RWE begitu juga Syed Ammar diraikan. Cuma, tiada siapa tahu nama Syed Ammar. Sengaja Maisara menyuruh Encik Fakhrul merahsiakannya. Berkerut-kerut dahi lelaki itu bila diminta Maisara berbuat demikian. Bila ditanya, Maisara senyum sahaja.
�Tak kuasa lah aku. Perut aku ni yang lapar sangat. Aku peliklah kenapa tak ada siapa pun tahu nama orang baru tu. Dia masuk hari ni ke? Tak nampak pun batang hidung kat BD tadi.�
Kan aku dah kata kau ni memang tak sabar nak tengok orang baru tu. Sepatutnya dia masuk esok tapi Encik Fakhrul suruh datang hari ni untuk makan-makan jer. Kau tahulah kan bos besar asyik tak ada, hari ini baru nak nampak muka kat pejabat dia tu. Itu yang kena paksa staf baru tu datang hari ni.�
�Kau tak tahu nama dia?�
�Entah. Aku tak ingat yang mana Encik Fakhrul pilih dari yang datang interview hari tu.�
Aizura mengerutkan dahinya. Semacam tidak percaya pula akan kata-kata temannya itu. Senyuman yang terukir di bibirnya Maisara juga semacam sahaja. Tak mungkinlah Maisara sekarang bercinta dengan Faiz?
�Tapi cepatnya dia masuk kerja. Tak ada kerja ke sebelum ni?�
Aizura lupakan perkara yang menganggu fikirannya sebaliknya dia bertanya perihal pekerja baru bahagian Pembangunan Perniagaan itu.
Resign dua puluh empat jamlah kot.�
Jawab Maisara ringkas. Nanti kalau diberitahu bahawa Syed Ammar memang sudah berhenti kerja di Kuala Lumpur pasti Aizura bertambah pelik. Melihat Aizura yang terangguk-angguk itu, Maisara terus menarik tangannya. Terpaksalah dia ikut langkah temannya itu.

****

Ketika mereka sampai ke restoran yang biasa untuk meraikan pekerja baru, masih tidak ramai pekerja lagi yang turun. Hanya terdapat kakitangan Bahagian Pembangunan Perniagaan sahaja di situ. Maisara menarik tangan Aizura supaya mendekati mereka. Yang pasti sebelum Maisara memperkenalkan mereka baik Aizura mahupun Syed Ammar memasing sudah terkejut. Berubah rona muka kedua-duanya. Aizura yang sedang berdiri sempat berpaut pada kerusi di sebelahnya.
�Kenalkan ini Cik Aizura, dari bahagian Pemasaran dan Promosi. Cik Maisara ni mesti kamu dah kenalkan.�
Lambat sahaja Syed Ammar mengangguk. Matanya langsung tidak berkalih daripada memandang Aizura yang langsung tidak tersenyum. Berpura-pura senyum pun tidak.
Melihat temannya yang tidak betah berdiri di situ, Maisara meminta diri untuk ke meja lainnya. Tangan Aizura ditarik menghampiri sebuah meja yang terletak di bahagian belakang.
�Sara, tadi tu Syed Ammar ex�.�
�Aku tahu.�
Mata Aizura terbeliak memandang Maisara. Dia tidak tahu apa perasaannya kini bila mendengar itu daripada Maisara.
�Aku tahu Syed Ammar bekas kekasih kau dan aku yang suruh Encik Fakhrul pilih dia. Pertama kerana dia berkelayakan. Kedua kerana kau.�
�Kenapa sebab aku pulak?�
Suara Aizura sudah berlainan rentaknya. Berbaur rasa marah tetapi cuba dikawalnya. Dia mahu tahu atas sebab apa Maisara memilih Syed Ammar walaupun dia tahu siapa lelaki itu.
�Dia sudah bercerai.�
�Jadi? Kau nak aku mengorat dia?�
�Tidak. Sebab aku dapat rasakan antara kau dan dia masih berjodoh, Zura.�
�Kau dah macam tukang tilik pulak tahu semua tu!�
Maisara tergelak kecil. Dia bukannya tukang tilik tetapi jauh di sudut hatinya dia dapat merasakan antara Syed Ammar dan Aizura masih kejap menyimpan rasa cinta yang sama. Dia sempat berborak dengan Syed Ammar tempoh hari. Bila bertanya tentang anak, lelaki itu memberi tahu dia punya seorang anak perempuan. Namanya Syarifah Nazura Nur Balqis. Tersenyum dia saat terdengar nama Nazura disebut Syed Ammar.
�Saya sendiri memilih nama itu. Mengingatkan saya kepada seseorang.�
Beritahu Syed Ammar bila Maisara sengaja menyebut nama Nazura dan menyatakan nama itu kedengaran unik sedangkan selama ini pernah sahaja nama itu didengarnya.
�Aku tengok cara dia pandang kau tadi pun aku dah tahu dia masih menyimpan perasaan terhadap kau. Sekarang ni pun dia tengah memandang kau. Kalau tak percaya kau pandanglah belakang.�
�Tak kuasa aku. Mana semua orang ni? Apasal lambat sangat. Aku dah lapar ni.�
Aizura bertindak mengalihkan tajuk perbualan. Perasaannya yang bercampur marah dan terkejut itu harus ditenangkan. Dia tidak mahu naik angin di hadapan Maisara. Dia tidak mahu ada sedikitpun pergaduhan dengan Maisara kerana dia tidak punya sesiapa yang rapat kecuali wanita itu.
�Itu si kekasih hati kau dah sampai� senyum sampai telinga!�
Nasib baik Faiz menjadi penyelamat. Maisara menoleh ke belakang. Mulutnya muncung sahaja bila mukanya kembali dihadapkan ke arah Aizura. Faiz semakin hari semakin menyesakkan fikirannya. Menghubunginya tidak kira waktu. Pernah dalam seminggu ini lelaki itu menghubunginya pada pukul dua setengah pagi semata-mata kerana rindukannya. Tetapi nasib baiklah di pejabat dia tidak buat kerja gila. Seminggu ini tidak pula lelaki itu menerjah masuk ke biliknya secara tetiba.
�Assalamualaikum, sayang��
�Faiz apa ni?! Malulah orang dengar!�
�Kenapa pulak?�
Lelaki itu sudah mengambil tempat di sebelah Maisara.
�Bersayang-sayang. Nanti orang cakap apa pulak?!�
�Ohhh sayang tu untuk Cik Aizura bukan untuk Cik Sara� Orang dah biasa bersayang-sayang dengan Cik Aizura. Jadi siapa nak kisahkan kalau saya bersayang-sayang dengan dia? Betul tak Cik Aizura?�
Meletus ketawa Faiz. Bersatu dengan ketawa Aizura. Sedangkan Maisara sudah memerah mukanya. Menahan rasa segan dan marah yang bersatu walaupun dia sedar sebenarnya Faiz sengaja mengenakannya.
�Kalau macam tu awak bersayang-sayanglah dengan Aizura ni ya? Saya nak makan kat meja lain!�
Maisara sudah bangun dari kerusinya dan berkira-kira mahu mencari meja lain tetapi tangannya cepat sahaja dipaut oleh Faiz.
�Duduklah. Saya bergurau je tadi. Saya sayang Cik Sara je tau?!
�Faiz!�
�Cik Sara nak duduk ke atau nak saya jadikan majlis makan tengah hari sambut staf baru ni sebagai majlis mengumumkan saya cintakan Cik Sara!�
Beberapa pasang mata sudah memandang. Memasing memikirkan satu perkara. Adakah mereka bercinta? Melihat kepada perlakuan kedua-duanya semacam orang bercinta sahaja. Bagaikan Faiz sedang memujuk Maisara yang merajuk.
�Cik Sara�.�
Maisara mendengus. Dia kembali duduk. Tangannya ditarik dari pegangan Faiz. Dia sedar akan beberapa mata yang leka memerhati mereka dan dia berharap mereka tidak membuat apa-apa andaian terhadap hubungannya dengan Faiz. Nanti tak pasal-pasal kecoh satu syarikat dan ada mulut-mulut tidak berinsuran yang berkata bukan-bukan.
�Boleh tak jangan cemburu sangat?!�
�Siapa pulak cemburu ni?!� Maisara masih dengan intonasi suara yang marah tetapi pertanyaannya itu mengundang ketawa kecil daripada Faiz.
�Yalah� cara Cik Sara tadi macam orang cemburu tau?! Cemburu sebab saya panggil Cik Aizura macam tu.�
�Bila masa pulak?! Lantak awaklah nak panggil sayang pada sesiapa pun!�
Maisara menjeling Faiz yang mencebik kemudian tersenyum itu.
�Okey� dah! Korang berdua ni dua-dua sama. Aku datang sini nak makan. Bukan nak dengar budak-budak bercinta bergaduh!�
�Masa bila pulak aku bercinta dengan dia ni?! Tak ingin aku� Dahlah�.�
Kata-kata Maisara terhenti di situ. Akal warasnya menyebabkan dia tidak meneruskan kata-katanya. Dia tidak mahu Aizura tahu tentang peristiwa itu.
�Dahlah apa Cik Sara?� Soal Faiz.
�Tak ada apa-apalah!�
�Cik Sara��
Maisara tidak membalas. Dia diam membisu. Aizura hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Hilang terus wajah Syed Ammar melihat karenah dua orang manusia di hadapannya itu.
Belumpun sempat Faiz membuka mulut mendesak Maisara meneruskan kata-katanya yang tergantung sebentar tadi kedengaran suara Encik Fakhrul yang memulakan majlis.

0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 15"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel