Adsterra

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 16

Haikal berulang-alik di ruang tamu rumahnya. Sekejap dia memandang jam di tangannya. Sekejap matanya mengerling ke arah jam bulat yang tergantung di dinding. Dia mendengus dan mengeluh beberapa kali. Sesekali matanya memandang ke arah pintu rumah bila pendengarannya menangkap bunyi sesuatu di hadapan pintu. Tetapi hampa.
Jam di dinding sudah melepasi angka Sembilan malam. Kelibat Faiz belum kelihatan. Telefon bimbit lelaki itu pula dimatikan. Petang tadi Zulaikha menghubunginya. Gadis seusia Faiz itu mahu terbang ke mari. Gadis itu tidak peduli akan reaksi Faiz. Apa yang gadis itu mahu dia datang mengambilnya di lapangan terbang dan bawa bertemu Faiz.
Penantian Haikal berakhir apabila kedengaran gril ditarik dan pintu kayu ditolak. Tampang lelaki yang kurang tiga tahun untuk menjangkau usia tiga puluh tahun itu kelihatan.
�Mana kau pergi? Handphone off. Aku dah macam cacing kepanasan tau tunggu kau!�
Pasai pa? Aku sibuk kat site hari ni� tiga site aku pergi. Handphone  pulak bateri flat.�
�Hang tanya pasai pa? Cuba on handphone kau tu.�
Faiz geleng-gelengkan kepala dengan perlakuan Haikal yang dirasakan semacam sahaja. Selama ini tidak pulak lelaki itu marah-marah kalau telefon bimbitnya dimatikan atau kehabisan bateri. Tidak pula mencari-cari dirinya!
Faiz menyambungkan telefon bimbitnya dengan hujung pengecas yang sememangnya berada di ruang tamu. Dibiarkan seketika sebelum mengaktifkan telefon bimbitnya. Seketika kemudian, menderu-deru bunyi SMS. Berkerut dahinya bila terpampang tujuh belas panggilan tidak berjawab dan lapan SMS. Zulaikha? Dia pandang Haikal.
�Perempuan ni telefon kau ke?�
�Yalah. Kau tahu dia kat mana sekarang?�
Faiz jongket bahu. Bosan bila gadis bernama Zulaikha itu tidak faham bahasa mudah daripadanya. Bila dia kata tidak maka tidaklah. Jangan dipaksa-paksa!
�Dia sekarang on the way datang sini. Ambik flight pukul Sembilan lebih tadi. Ikutnya dalam pukul sepuluh lebih nanti sampailah. Dia suruh aku ambik dia kat airport.�
�Dah tu apa kena-mengena dengan aku pulak?�
�Dia nak jumpa kau.�
�Tak kuasa akulah! Nanti aku maki kata aku lelaki tak tahu berlembut, bila aku berdiam macam nilah jadinya. Aku ingat bila aku dah tak ada kat sana, dia boleh cari lelaki lain yang sanggup layan perangai manja menggedik dia tu!�
Haikal menggelengkan kepalanya. Dia sebenarnya tidak faham atas sebab apa Zulaikha payah benar untuk melepaskan Faiz. Faiz itu bukannya anak Tan Sri yang punya perniagaan berjuta-juta ringgit. Malah lelaki itu anak bekas seorang pegawai kerajaan biasa yang hanya berbekalkan duit pencen sahaja. Jawatan yang disandang lelaki itupun bukanlah bergaji puluhan ribu sebulan. Entah apakah aura yang dimiliki oleh Faiz sehinggakan Zulaikha yang berwajah persis aktres Mexico bernama Thalia itu terpikat habis! Sehinggakan tidak dapat menerima kenyataan dirinya bukan pilihan Faiz dan kisah cinta antara mereka sekadar kisah cinta monyet semata!
�Kau tak boleh buat dia macam tu, Iz! Puan Seri Ainon telefon aku tadi� dia dah amanahkan aku jaga anak gadis kesayangan dia tu. Siap dia pesan suruh kau sekali temankan Zulaikha.�
Faiz mendengus entah untuk kali keberapa. Mendengar nama Puan Seri Ainon dia rasa serba tidak kena. Wanita yang hampir sebaya dengan ibunya itu baik orangnya. Sentiasa manis dengan senyuman dan sentiasa melayan mereka dengan ramah. Wanita itu tidak pernah mengangkat dirinya tinggi dengan gelaran Puan Seri dan status seorang isteri kepada ahli perniagaan terkenal Negara. Bicaranya lembut dan senang membahasakan diri dengan mereka sebagai ibu. Mereka sahaja sejak memasing sudah berkerja lebih selesa memanggil wanita itu Puan Seri. Jadi bila sudah Puan Seri Ainon sendiri meminta dia dan Haikal menemani Zulaikha, patutkah dia menolak atas alasan anak wanita itu langsung tidak berkenan dek hatinya!
�Bagi aku mandi dan tenangkan otak aku ni dulu! Zulaikha ada beritahu dia nak tidur mana?�
�Dia kata dia dah booking hotel.�
Haikal sekadar anggukkan kepala dan terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Wajahnya langsung tidak ceria. Lama dia berada di dalam bilik air. Ketukan di muka pintu biliknya yang menyebabkan dia akhirnya keluar dari bilik air.
�Aku tunggu kau kat bawah. Aku nak beli air. Kau nak apa-apa tak?�
Faiz menggeleng.
�Cepat sikit. Nanti lama pulak budak tu tunggu.�
Faiz mengangguk. Sebaik sahaja Haikal berlalu pintu bilik ditutup kemas. Ideanya datang tadi semasa mandi. Terus dia mencari telefon bimbitnya yang masih belum dikeluarkan daripada beg galasnya. Sepantas kilat dia menghubungi Maisara. Namun, lama kemudian barulah wanita itu menjawab.
�Sayang dah tidur ke?� soalnya tanpa memberi salam.
�Awak ni salah nombor ke? Siapa sayang awak?�
Faiz ketawa kecil. Terbayang wajah cemberut Maisara. Aduh, dia benar-benar sudah rindu akan wanita itu.
�Cik Sara� Cik Sara ni comellah��
�Banyaklah awak punya comel. Dah tak reti beri salam?�
�Assalamualaikum, sayang.�
Diam di hujung sana. Salamnya tidak berbalas. Faiz ketawa kecil. Dia tahu Maisara tidak suka dipanggil begitu tetapi apa yang boleh dia buat kalau dia suka memanggil wanita itu begitu.
�Tak jawab dosa, Cik Sara.�
�Waalaikumussalam. Awak nak apa?�
Suara Maisara yang kedengaran dingin itu langsung tidak menyuntik sedikitpun perasaan kecewa di hatinya. Dia cukup yakin, dengan izin ALLAH satu hari nanti hati wanita yang dingin untuk menyambut cintanya itu akan terbuka luas untuk dirinya. Itu doanya saban hari. Doa yang tidak pernah lekang dipohon setiap waktu. Tidak kira di waktu bersolat atau waktu dia teringatkan wanita itu. Dia hanya mahukan Nur Maisara Hamzah sahaja.
�Saya nak minta tolong boleh?�
�Erm.. apa dia?�
�Tapi Cik Sara kena ikut saya keluar malam ni.�
�Tak mahulah saya. Buat apa keluar malam-malam ni. Saya penatlah.�
�Macam ni.. saya cuma perlukan Cik Sara menyamar jadi teman wanita saya��
�Hah!? Gila apa?�
�Sayang, cuba jangan nak menjerit boleh tak? Ish.. dia ni kan.. dengarlah dulu saya cerita ni� saya betul-betul perlukan awak sekarang.�
Sekejap Faiz membahasakan Maisara dengan Cik Sara. Sekejap bersayang-sayang. Lepas tu bertukar berawak-awak pulak!
My ex masa sekolah dulu nak datang sini. Sekejap lagi dia sampai. Nama dia Zulaikha. Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan dia bahawa saya tak ada perasaan langsung pada dia. Perasaan saya pada dia sebelas tahun lepas tu cuma perasaan budak-budak yang tak tahu apa-apa. Tapi dia ni tak faham. Saya ingatkan bila saya dah pindah kerja dia akan cari lelaki lain yang seratus kali lebih bagus daripada saya tapi rupanya tidak.�
�Jadi� awak terima sahajalah dia!� ujar Maisara, memintas cerita Faiz.
�Sayang� saya tak mampu serahkan cinta saya kepada dia. Saya tak boleh nak terima dia sedangkan saya tak boleh anggap dia melebihi daripada seorang kawan. Cinta saya� kasih sayang saya� perasaan dan jiwa saya ni untuk seseorang yang lain. Bukan untuk dia.�
�Tak payahlah jumpa dia. Bukan awak yang paksa dia datang kan?�
Faiz tersenyum sedikit. Dia tahu Maisara sedang mengawal perasaannya kerana wanita itu mesti sedia maklum akan seseorang yang dimaksudkannya.
�Tak bolehlah Cik Sara� ibu dia dah berpesan dengan saya. Kalau ikutkan saya ni, biarlah dia merayau kat airport tu seorang diri tapi ini ibu dia dah pesan. Saya rasa serba salah pulak kalau biarkan dia macam tu. Awak ikut saya boleh? Kita pergi airport� saya kenalkan awak sebagai kekasih saya. Kita bawak Zulaikha pergi makan dan terus hantar dia ke hotel. Esok saya pasti dia balik ke KL semula.  Kita pergi bertiga. Haikal ikut sekali. Boleh ya sayang?�
Diam.
�Sayang��
�Erm� saya tak sanggup nak menipu oranglah Faiz. Lagipun saya penat sangat ni. Sekarang ni masa saya tidur.�
Please Cik Sara� saya dah tak sanggup layan perangai budak tujuh belas tahun macam Zulaikha tu. Saya rasa saya boleh jadi gila kalau bersama dengan dia. Lainlah dengan Cik Sara� bila-bila masa pun saya sanggup!�
�Faiz!�
�Hahaha�. Maaf tapi itu kenyataan yang Cik Sara kena tahu. Perasaan saya ni bukan perasaan main-main. Bukan perasaaan yang wujud seminit dua.. sudah dua belas tahun saya pendam� saya hampir kehilangan Cik Sara tujuh tahun dulu dan sekarang saya mahu pastikan Cik Sara milik saya dan saya tak mahu Zulaikha menganggu impian saya��
�Okey! Stop it! Geli-geleman saya dengar. Saya bukan budak perempuan umur tujuh belas tahun yang akan tergoda dengan kata-kata awak tu!�
Faiz ketawa lepas. Hatinya terhibur dengan kata-kata Maisara. Kalau wanita itu ada di hadapannya mahu sahaja dihadiahkan kucupan hangat di kedua-dua pipi wanita itu. Dia mahu wanita itu menyedari akan kasih yang maha dalam wujud di dalam dirinya untuk wanita bernama Maisara.
�Er�Sayang, Haikal dah call lah. Lima belas minit lagi saya sampai rumah awak. Kalau awak tak keluar, saya akan hon sampai semua jiran awak keluar. Okey sayang? Assalamualaikum.�
Belumpun sempat Maisara menjawab salam, Faiz sudah mematikan panggilan dan terus menjawab panggilan Haikal. Tersengih dia bila mendengar Haikal membebel.

Awak pakai t-shirt dengan seluar track pn ok tp jgn pakai bju tidur cukuplah. Saya sayang awak.

Sempat dia menghantar SMS kepada Maisara sebaik sahaja Haikal menamatkan panggilan. Terukir senyuman di bibir Faiz tatkala dia membayangkan raut wajah Maisara.
Maaf Ikha� aku tak dapat mencintai kau kerana hati dan perasaan aku sudah lama menjadi milik Maisara. Maafkan saya puan seri kerana perlu melukakan hati puteri kesayangan puan seri

0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 16"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel