Adsterra

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 17

Faiz tersenyum panjang bila kelibat Maisara kelihatan. Haikal menggeleng sahaja melihat reaksi temannya itu.
�Assalamualaikum, Cik Sara sayang.�
�Waalaikumussalam� awak panggil saya macam tu lagi jangan harap saya nak ikut awak!�
Faiz mencuit hidung wanita itu dan dengan spontan Maisara mengelak. Mukanya masam mencuka. Tadi sudah dipaksa Aizura ikut sekali tetapi wanita itu memberi alasan bahawa dia benar-benar tidak larat untuk bangun kerana senggugut.
�Boleh tak tangan tu jangan nak menggatal!�
�Geram tengok muka Cik Sara yang masam semacam tu. Macam tak sudi je nak keluar dengan saya.�
�Tahu pun!�
Haikal yang berada di dalam kereta tersengih dengan jawapan Maisara tetapi dia pasti temannya bernama Ahmad Faiz itu bukan faham bahasa. Mengata Zulaikha, dia pun lebih kurang sahaja.
�Sekejap jer. Jangan risau saya hantar Cik Sara dengan selamat tanpa sebarang kejadian tak diingini.�
Maisara mencebik. Dia memasuki perut kereta apabila Faiz membukakan pintu kereta untuknya. Bertukar senyuman dan salam antaranya dan Haikal.
�Amboi, dengan Haikal boleh pulak dia senyum kan? Kalau dengan saya, muncung semedang!�
Haikal sudah tergelak mendengar kata-kata temannya yang berbaur cemburu itu.
�Yalah, aku tak macam kau.  Mengata Zulaikha, kau pun sama je lebih kurang. Mana Kak Sara tak rasa menyampah. Kau pun rasa menyampah bila Zulaikha dok kacau kau kan? Samalah tu!�
Haikal masih lagi ketawa-ketawa di hujung bicaranya. Kereta sedan berjenama Honda miliknya melucur laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut dan menuju ke arah bahagian pulau.
�Aku lain. Aku lelaki. Dia tu perempuan.�
�Kalau macam tu kau lebih teruklah sebab kalau perempuan mengada-ngada itu dah biasa. Kalau lelaki mengada-ngada macam kau ni itu yang luar biasa sikit tu. Tak normal. Hahaha� betul tak Kak Sara?�
Maisara hanya tersenyum. Sempat dia memandang Faiz, mahu melihat reaksi lelaki itu. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan Faiz kelihatan mempamerkan rasa tidak senang dengan kata-kata Haikal yang lebih kepada memerlinya itu.
Ada jugak aku suruh berhenti kang. Bukan main kau ye?�
Ketawa Haikal meletus besar. Dia tahu, Faiz pantang kena usik sikit. Tambahan kalau di hadapan kekasih hati pengarang jantungnya. Angin semacam sahaja. Maisara ikut ketawa tetapi ketawanya perlahan. Perangai macam budak kecik! Getus hati Maisara.
�Relaks lah bro� Kau ni macam budak keciklah! Teruklah Kak Sara macam ni, nanti bukan dia yang pujuk akak� akak yang kena pujuk dia!� ujar Haikal sambil menoleh seketika ke belakang.
Ketawa Haikal masih tidak mahu berhenti. Seronok dapat mengenakan Faiz di hadapan Maisara. Bukan berniat mahu menjatuhkan air muka Faiz tetapi ia sekadar gurauan semata. Dia tahu perasaan temannya untuk wanita berusia tiga puluh dua tahun itu bukan perasaan zaman remaja yang goyah. Bukan juga perasaan yang hadir atas rasa bersalah.
�Weh, kau ni kan! Ada jugak yang kena sekeh dengan aku! Sayang, awak jangan dengar cakap si Haikal ni. Dia ni bukan betul sikit.�
Maisara tidak menyahut. Dia sekadar mencebik sahaja. Malas mahu ikut masuk campur dengan pergaduhan. Akhirnya dibiarkan sahaja dua orang sahabat itu saling berbalas kata sehinggalah mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

***
�I ingat you dah tak sudi nak datang.� Tegur Zulaikha sebaik sahaja dia mendapatkan Haikal dan Faiz. Dia sedar akan kehadiran Maisara di situ tetapi dia buat tidak peduli. Dia lebih tertumpu kepada Faiz yang amat dirinduinya.
�I datang pun sebab Puan Seri. You datang sini buat apa? Ada kerja?�
Bagaikan hendak tak hendak sahaja Faiz bersuara. Jelingan Haikal yang bagaikan menegurnya itu langsung tidak diambil peduli.
�I datang nak bercutilah. Nak jumpa you. You tahukan I rindukan you?�


Maisara yang berdiri sedikit di belakang Faiz tersenyum. Sebiji macam perangai Faiz! Cuma perempuan ni lebih sedikit gediknya!
�Amboi, rindukan Faiz je! dekat I tak rindu ke?�
�Alah dengan you� I tak boleh nak rindu sebab nanti Husna mengamuk! Faiz tak apa, sebab I tahu dia tak ada orang nak marah! Kan sayang?�
Lengan Faiz sudah diraihnya dan pinggang lelaki itu dirangkulnya. Membulat mata Maisara melihat perlakuan Zulaikha yang begitu berani baginya.
�Apa ni Ikha? Peluk-peluk I ni? I lupa nak kenalkan you dengan my sweetheart. Kenalkan ini Maisara, bakal isteri I!�
Mencerlung mata Zulaikha memandang Maisara. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Tidak percaya melihat penampilan Maisara yang baginya bukanlah wanita idaman Faiz. Faiz yang dikenalinya mana mungkin mendambakan wanita seperti Maisara.
Melihat huluran tangannya tidak bersambut Maisara menarik balik tangannya. Senyuman masih terukir di bibirnya sedangkan di dalam hati dia sudah rasa tidak suka dengan gadis bernama Zulaikha itu.
You jangan nak menipu I lah Faiz! I tahu taste you macam mana! Please lah! Kalau pun you nak elakkan diri daripada I carilah yang seratus kali lebih baik daripada I! Ini tidak perempuan macam ni yang you pilih untuk berlakon jadi girlfriend you?!�
Faiz sudah mendengus marah. Mukanya sudah memerah bila mana Zulaikha mempertikaikan pilihannya malah menghina Maisara. Haikal yang mendengar turut rasa marah dengan apa yang dipertuturkan Zulaikha. Padanya Zulaikha tidak berhak untuk menghina Maisara sebegitu. Mempertikaikan pilihan Faiz juga adalah sesuatu yang tidak wajar kerana selama dia mengenali Faiz, lelaki itu bukanlah jenis lelaki yang memilih kecantikan luaran sebagai ukuran cintanya. Kalau tidak masakan hatinya masih setia untuk seorang wanita bernama Maisara.
You cakap baik-baik sikit, Ikha! Dia ni seratus kali lebih baik daripada you dan I tak main-main atau kutip dia tepi jalan untuk berlakon jadi girlfriend I. We will get married soon and my family has blessed our relationship.�
Suara Faiz sudah meninggi dan menjadi tumpuan beberapa orang di sekitar kawasan tersebut. Maisara dan Haikal memasing sudah saling pandang-memandang. Riak kurang senang jelas terpamer di wajah mereka.
�Jom Sara kita balik. Bagi aku kunci kereta kau!�
�Habis tu aku nak balik naik apa?�
�Kau balik naik teksi. Nanti claim kat aku.�
Teragak-agak Haikal mengeluarkan kunci keretanya daripada poket seluar lalu menyerahkannya kepada Faiz. Kalau Faiz sudah marah sebegitu jangan sesiapa berani membantah kata-katanya. Faiz bukanlah lelaki panas baran tetapi sekali dia naik angin memang teruk sekali.
Zulaikha sudah memasam mukanya. Marah bercampur malu. Bukan sedikit yang memandang mereka tadi. Suara Faiz benar-benar kedengaran tinggi. Butir bicaranya tentu jelas kedengaran dan Zulaikha pasti ada diantara mereka memandang sinis kepadanya. Paling dia malu bila Faiz memberitahu wanita itu lebih baik daripadanya. Wanita berselubung habis itu dikatakan lebih baik daripadanya?!! Butakah Faiz?! Dia jauh lebih cantik daripada wanita bertudung biru laut itu! Dia mewarisi darah Belanda dan Acheh serta Thailand! Dirinya sedang mencipta nama dalam pentas peragaan dan menjadi rebutan pereka-pereka fesyen antarabangsa setiap kali berkunjung ke Malaysia. Perempuan itu ada apa?!
Tak apa Faiz! Selagi you bukan menjadi suami sesiapa I masih ada peluang untuk dapatkan you!
Zulaikha nekad dan Haikal sedar akan hal itu.

***

�Maaf Cik Sara atas apa yang berlaku tadi.�
Akhirnya Faiz bersuara setelah beberapa minit kereta milik Haikal itu melepasi kawasan parkir yang terdapat di lapangan terbang tersebut. 
�Kenapa awak tak terima dia? Saya tengok dia cantik dan menarik. Memang sesuailah untuk awak.�
Maisara utarakan pandangannya. Dia memalingkan tubuhnya sedikit ke arah Faiz. Serentak dengan itu Faiz memasuki lorong kecemasan dan kereta itu berhenti serta-merta. Mengucap panjang Maisara.
�Awak ni kenapa Faiz? Yang tetiba berhenti ni kenapa?�
�Saya nak jelaskan kat sini� hati saya dan perasaan saya hanya untuk awak! Letak sejuta pun perempuan cantik dan menarik macam Zulaikha tu pun  tapi hati saya ni� perasaan saya ni hanya untuk awak! Saya bukan main-main dan perasaan ni bukan atas dasar rasa bersalah atau apa sahaja yang awak fikirkan! Kenapa susah sangat awak nak faham?�
Maisara menelan air liur. Pertama kali Faiz marah dengannya. Pertama kali Faiz meninggikan suara bila bercakap dengannya! Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Faiz benar-benar serius kali ini. Raut wajahnya jelas kelihatan tegang.
�Kalau saya nak dengan dia, dah lama saya kahwin, Sara. Dah lama saya suruh family saya masuk meminang dia! Saya kenal dia bukan setahun dua�. Sejak dari sekolah lagi. Saya tak nafikan dia memang cantik, memang menarik tapi saya tak tengok tu semua. Awak faham tak?�
Maisara angguk. Sunyi sepi seketika. Hanya kedengaran kenderaan yang lalu lalang sahaja. Selang beberapa ketika kedengaran Faiz ketawa.
�Awak ni kenapa tetiba ketawa ni? Kena sampuk apa?�
Maisara pandang kiri kanan. Seram sejuk pulak dirasakan.
�Awaklah. Boleh pulak angguk lepas tu tayang muka bersalah macam tu. Saya tak marahkan awak pun. Saya minta maaf sebab tinggikan suara depan awak. Saya hantar awak balik ya? Ke awk nak singgah makan dulu?�
�Saya tak lapar.�
�Erm.. awak jangan ambil hati dengan kata Zulaikha tadi ya?! Dan saya nak awak tahu apa yang saya katakan tadi bukan main-main. Sama ada awak mahu terima saya atau tidak saya tak akan memaksa tetapi saya akan berusaha untuk itu. Ingat tu!�
Maisara angguk tidak geleng pun tidak. Dia tidak tahu perasaannya ketika ini. Apa yang jelas hatinya masih belum terbuka untuk lelaki itu. Banyak benda yang harus dipertimbangkan sekiranya dia memberi ruang dan peluang untuk Faiz. Segala-galanya bukan mudah. Walaupun kisah perit itu hampir padam dari ingatannya dan dia merasakan Faiz benar-benar ikhlas tetapi perasaannya kosong.
Kereta Honda milik Haikal kembali melucur di atas jalan raya. Faiz tidak kisah akan kebisuan Maisara. Dari apa yang dia rasakan, dia perlu memberi Maisara lebih ruang. Mungkin ada benar kata-kata Haikal, dia kebudak-budakan dalam soal ini. Jadi seharusnya dia bertindak seperti lelaki matang dalam memenangi hati Maisara. Dia harus menghilangkan perasaan cinta Maisara untuk Azwan. Ya, itu langkah yang pertama!


0 Response to "BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 17"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel