Adsterra

Review : Rosken Dry Skin Cream

Kalau selalu buat kerja rumah (contohnya cuci pinggan, lap lantai... meja, cuci kain etc) cepat membuatkan kulit menjadi kering terutama di bahagian tangan. Lepas tu yang kat tepi kuku tu pun ikut kering juga. Lama-kelamaan jari jadi tak cantik. Tambahan pula, kalau duduk lama dalam aircond pun akan menjadikan kulit kering juga. Tak apa. Ada cara mudah untuk mengembalikan kelembapan kulit iaitu dengan menggunakan lotion.

Pelbagai jenis skin repair lotion dijual, tapi saya suka jenama Rosken kerana baunya yang tak terlalu kuat, sesuai untuk kulit saya dan lepas apply tak rasa berminyak. Lagipun ianya ada dijual dalam saiz yang kecil, jadi senang saya nak simpan. Hari tu kulit di bahagian tangan terutama jari-jari saya sangat kering. Memang tak selesa langsung bila tepi kuku terkopak. Pedih dan sakit. Setelah menggunakan Rosken Dry Skin Cream (Dry to Extra Dry Skin), serta merta kulit rasa lembut. Lotion ni saya simpan di office. Setiap hari saya akan apply di bahagian tangan dan jari-jari. Kesannya terbaik. Bukan sahaja kulit menjadi lembap, malah terasa lembut dan halus. Lotion Rosken boleh didapati di mana-mana kedai dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Rosken, boleh layari Facebook Rosken Skin Repair Malaysia.


Terima kasih Rosken!

0 Response to "Review : Rosken Dry Skin Cream"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel