Adsterra

Tahun ni Raya di Perantauan

Kebiasaanya kalau dah kahwin... Tahun ni raya di kampung husband.... tahun depan raya di kampung isteri pula... Lepas tu tahun berikutnya raya di kampung husband sekali lagi... dan seterusnya. Jadi tahun ni saya balik Penang la jawabnya. Orang lain dah balik awal dah. Tapi kami suka balik raya pertama. Maklumlah, hari sebelum tu masih kerja.

Kalau nak balik Penang, ambil flight Air Asia sebab direct flight. Tak perlu nak transit di Kuala Lumpur lagi. Sebelum naik flight tu, kami pergi cari makan dulu di area airport. Tiba-tiba teragak nak makan mi kolok. Sedap tapi tak habis gara-gara dah terbiasa tak makan siang masa puasa. Cepat kenyang.  

Tak sangka masa tengah tunggu flight tu, terserempak pula dengan Prof MJ. Hari tu masa nak pergi Hong Kong pun sama gak terserempak. Dan yang bestnya... pergi hari yang sama, pulang pun terkena hari yang sama juga. Hehe.



Sampai sahaja di airport Penang, terus ambil kereta sewa, Kereta Almera RM120 sehari (jimat minyak). Kira berbaloi la. Ada banyak choice keta sewa di airport Penang (Arrival level). Ada Hertz, Mayflower, Avis, Europcar etc. Tapi saya selalu amik Mayflower atau Hertz. Tips amik keta sewa. Biasanya kalau booking awal (by call atau e-mail)... selalu penyewa kata tak ada keta sewa kosong. Tapi bila try walk-in, banyak pula keta available. 

Akhirnya sampai di rumah Tok. By the way, most of my baju kurung adalah made by my mum. Jarang beli yang pasang siap. Then.... err....saya suka warna baju yang tak berapa menyerlah such as brown, black, dark green etc. Dan saya lebih prefer baju kurung asli (yang simple simple simple), kain senang nak iron dan yang penting selesa nak pakai. Lantaklah orang lain nak kata warna baju macam orang tua ke.... nampak murah ke... bla bla bla. Tak kisah. Janji saya suka. Ini baju kurung yang saya pakai di raya pertama. 

Ni pula baju kurung raya kedua. Kain baju kurung ni staff saya yang hadiahkan. Lepas tu saya minta mum yang jahitkan. Suka kain ni sebab selesa dan tak perlu susah nak iron. 

Malam raya kedua tu, terus adakan majlis bacaan tahlil untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. 

Disamping tu, budak-budak mestilah suka main bunga api. Syok beraya kat kampung ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Raya ketiga kami stay kat Georgetown sebab nak jalan-jalan. Bawa Sis in law dan cousin sekali. Memang best la. Jalan-jalan ke Muzium Hantu (sekali lagi), lepas tu ke famos Armenian Street sebab nak bergambar dengan Penang Street Art, makan aiskrim kepal, makan sotong kangkung dan pasembur.... etc.

Tempat tinggal pilihan saya? Merlin Hotel. Hotel bajet sahaja tapi biliknya selesa. Dan berbaloi Harga semalam boleh dapat dalam RM90. Dekat dengan 7 eleven, Padang Kota Lama dan Subway. Hehe.

Makan aiskrim kepal. Tiga Ribena dan satu Sarsi. Hehe

Nak cari the best pasembur? Cari di Padang Kota Lama atau Padang Brown. Cari corner Ghani Pasembur. Terbaik. Pedas manis. Makan sotong kangkung lagi. Sayangnya kerang bakar takda time ni. Orang tu masih mood raya kot. 

Jalan-jalan di Armenian Street. Punyalah ramai nak amik gambar time ni. Nak kena queue dulu.


Kalau nak amik gambar cantik-cantik, datanglah ke Penang. Memang tak rugi punya. Saya suka Penang. Tak pernah mengecewakan. 

-
-
-
-
-
-
-
-

Muzium Hantu. Student dapat special price... RM10. Kalau harga biasa untuk dewasa RM18.




Ni masa ke G Hotel Kelawai kat lobby tu. Masa tengah tunggu SIL dan cousin. Last-last amik gambar sebab nak buang masa punya pasal. Hehe 

0 Response to "Tahun ni Raya di Perantauan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel