Review : Washing Machine Cover
P/S - Mohon maaf untuk keadaan sekeliling yang kurang teratur.
Oleh kerana mesin basuh diletakkan di sebelah luar (belakang dapur), maka setiap hari akan terkena panas dan hujan. Walaupun tak secara direct sebab ada veranda... tapi tetap akan terkena juga. Untuk melindungi mesin basuh, saya beli washing machine cover agar mesin tak cepat rosak, berkarat atau lusuh.
Cover mesin basuh ni ada dijual dimana-mana kedai peralatan rumah atau boleh dibeli secara online juga. Pelbagai jenama tetapi kebanyakan rupa dan ukuran saiz sama sahaja. Ada dua jenis... Type A dan Type B. Untuk yang penutup di sebelah atas adalah Type A (macam mesin basuh saya)... manakala Type B pula jenis penutup sebelah tepi.
Biasanya dijual dalam dua jenis iaitu saiz kecil (7KG, saiz 55cm x panjang lebar) dan saiz besar (10KG ke atas, bersaiz 60cm x panjang lebar). Harga cover mesin basuh yang biasa dalam lingkungan RM8 - RM20 ikut saiz dan jenis fabrik yang digunakan. Selain itu ada juga dijual dengan harga yang mahal berdasarkan kualiti dan jenama.
Sebenarnya bagus juga ada washing machine cover ni. Nampak lebih cantik dan boleh melindungi mesin basuh kita dari panas terik atau hujan. Cara pasang senang sahaja. Hanya sarungkan dan ikat tali di belakang mesin agar nampak kemas.
Sebelum ada washing machine cover. Mesin ni saya dah gunakan selama lima tahun.
Cover mesin basuh ni saya beli di kedai D.I.Y, 1Borneo dengan harga RM7.90 sahaja. Corak ada pelbagai jenis sebenarnya tapi saya suka yang ni. Fabrik tak serap air. Yang ni saiz kecil untuk mesin basuh 7KG.
Di permukaan atas ada zip untuk membolehkan penutup mesin basuh dibuka.
Di belakang ada tali untuk diikat agar penutup nampak lebih kemas.
Washing machine cover ni amat berbaloi untuk digunakan terutama kepada yang letak mesin basuh di sebelah luar rumah.
Updated 22/11/2018 - Review after 5 bulan menggunakan cover mesin basuh ni.
- Tak boleh kena panas sangat sebab nanti fabrik akan menjadi rapuh
- Kucing amat menyukai cover ni dan akhirnya koyak sebab dicakar kucing.
- Apa-apapun, cover mesin basuh ini amat membantu dari mesin saya terkena habuk dan panas matahari.
0 Response to "Review : Washing Machine Cover "
Post a Comment