Review : Susu Segar Kurma Farm Fresh
Siapa dah try susu segar kurma? Saya dah try. Memang sedap ?_? malah tak rasa manis dan tak terlalu lemak. Lebih-lebih lagi di minum masa susu masih sejuk (baru keluar dari peti ais)... alangkah sedapnya. ??
Untuk yang mengalami masalah tidur malam, boleh minum susu segar untuk mendapatkan tidur yang baik.
Sebenarnya susu segar kurma ni susah nak dapat kalau di KK. Tapi masa saya ke Labuan baru-baru ni... nampak pula susu ni dijual di kedai One Mart. Terasa nak minum susu... Oleh itu, saya cuba jenama Farm Fresh ni. Memang tak menyesal beli sebab memang sedap. Lepas minum susu segar, tidur pun selesa. Maklumlah. Saya selalu mempunyai masalah tidur.
Susu segar ini tidak dicampur dengan gula. Pure 100% susu segar + pati kurma. Selepas dibuka, susu ini tahan selama tiga hari. Sedap diminum ketika sejuk. Oleh kerana ianya adalah susu segar, maka susu ni perlu disimpan di peti sejuk. Kalau tak nanti basi.
Made in Malaysia. Terdapat dalam dua saiz iaitu 700ml dan 200ml. Ada banyak perisa susu segar lagi yang dijual seperti coklat, latte dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Farm Fresh.
Susu segar kurma juga baik untuk ibu mengandung. Sedikit info berkenaan susu segar kurma yang saya ambil dari laman web Farm Fresh.
"Made from palm dates and fresh milk, our Kurma Milk is the ultimate milk booster for pregnant and breastfeeding mothers, rich in iron to aid in the development of healthy red blood cells in infants"
0 Response to "Review : Susu Segar Kurma Farm Fresh"
Post a Comment