Short Trip to Labuan 2018
Actually bukan sempena Hari Raya Aidilfitri tapi saja nak berkunjung ke W.P Labuan a.k.a Victoria Island yang juga merupakan kampung halaman saya. Nak celebrate dah habis exam sekalilah.
Kali ni pergi bertiga sahaja. Saya, Hafiz dan Nazry. Oleh kerana Nazry tak habis round Labuan lagi hari tu, so this time kena ronda habis la nampaknya. Tarikh berkunjung ke Labuan adalah 30 Jun - 2 Julai 2018, iaitu 3 hari 2 malam. Ngam lepas habis exam pada 29 Jun 2018. Hehe...
Memandangkan perkhidmatan feri Wawasan Perdana ditutup buat sementara waktu, jadi kami naik Feri Putrajaya yang bertolak pada jam 0900AM. Untuk maklumat lanjut jadual pelayaran boleh layari laman web ini. Kalau nak beli tiket feri... boleh beli secara langsung di kaunter atau book melalui telefon sahaja.
Cuaca sangat indah pada hari itu.
?
?
?
?
?
Setibanya di Labuan, ingat nak pergi melawat rumah kawan sekerja.... tapi memandangkan kawan tu pun tak available, jadi terpaksa batalkan niat. Sempat pusing di area Layang-Layangan tengok Peace Park, then lalu area Pancur Hitam dan Pohin Batu tengok pantai yang indah. Lastly pergi ke rumah aunty terlebih dahulu. Dah tu singgah ke Muzium Chimney. Punyalah rindu di tempat ni sebab masa kecil dulu... inilah tempat kami bermain. Maklumlah... rumah nenek terletak betul-betul atas tanah tempat muzium chimney yang ada sekarang.
Seriously tempat ni memang banyak kenangan. Sekarang dah jadi tempat pelancongan dah.
?
?
?
?
?
Malam tu makan seafood di Mawilla Yact Club Restaurant yang terletak tak jauh dari Muzium Marin. Mulanya nak makan di Anjung Ikan Bakar, tapi memandangkan cuaca agak tak berapa baik... jadi better pergi tempat yang dekat sikit dengan hotel. Oh ya. Kami menginap di Hotel Labuan Point (the latest one) kerana harga yang berpatutan, ada parking space dan rasa tak crowded sangat. Boleh book di Agoda.com. Tiap kali ke Labuan memang akan tidur di hotel ni (malas nak tidur kat kampung -_-).
Menu di Mawilla ni boleh tahan juga. Servis pun cepat. Malam tu order sup jagung dan isi ketam, ikan putih steam halia, kupang sambal, sayur kangkung goreng belacan, udang wet butter. Semua sekali RM120 sahaja. Boleh tahan dengan amount, servis dan rasa makanan yang sedap.
Marvelous! Lain kali mesti datang ke sini lagi
Keesokan harinya... kami breakfast di Restoran Sabar Menanti. Banyak pilihan... ada nasi lemak, nasi ayam, mi goreng... lepas tu boleh sambil makan cucur sayur dan pisang goreng. After breakfast terus ke Muzium Labuan, lepas tu singgah ke tamu Labuan kejap. Masa tu tak ramai yang berjual mungkin kerana baru lepas hujan lebat ataupun masih mood raya kot.
Then singgah ke War Memorial tengok pemandangan di sana sambil tengok orang paragliding.
Di tengahari yang panas memang enak makan aiskrim. Kami pun singgah di Ujana Kewangan cari aiskrim gula apong di Potato Crispy. Memang sedap. Satu cup dijual dengan harga RM5 sahaja. Must try!
Petang tu singgah ke rumah aunty untuk buat BBQ. Semua barang-barang dah dibeli awal. Sayap ayam, sosej, daging kambing, segala perencah etc. Sotong tak payah beli sebab uncle ada dapat banyak sotong putih. Memang heaven. Makan dengan nasi putih dan sambal kicap, terbaik!
?
?
?
?
?
Keesokan harinya... pergi hiking menuju ke Gedung Ubat (tempat menyimpan senjata Jepun pada zaman dahulu) terlebih dahulu. Actually boleh sahaja merentasi pantai tapi memandangkan matahari dah terik time ni, jadi sampai Gedung Ubat pun jadilah. Nak tengok scenary yang cantik. Kalau ke Labuan mesti ke sini okay. Tak rugi sebab memang pemandangannya indah sekali. Kalau nak tengok titik matahari terbit pun boleh tengok dari sini juga.
Tak jauh dari chimney juga.
Sebenarnya dulu masa kecil masa nak pergi pantai boleh lalu area ni juga. Tapi masa tu tempat ni masih semak lagi. Dan ramai orang tak tau lagi tempat ni. Sekarang dah jadi tarikan pelancong.
Labuan ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi kerana pulau ni banyak sejarahnya. Untuk mengetahui sejarah Labuan boleh ke Muzium Labuan. :-)
0 Response to "Short Trip to Labuan 2018"
Post a Comment