Hantar dan Celebrate
Setelah rasa cam lama tak blog. Tesis punya pasal. Asyik tidur lambat. Ayam dah berkokok baru nak tidur. Hehe. Tapi tak apa la.
After beberapa minggu yang kritikal... akhirnya kami berjaya juga hantar draft tesis. FYI - 28 Ogos adalah our viva. Harapnya tak ada masalah masa tu.By the way, result semester lalu pun dah keluar. Syukur alhamdulillah. Terus celebrate segala-galanya. Hantar draft tesis, result keluar, dah boleh tidur dengan baik etc.
Tengahari tu makan kat Sushi King. Lama tak makan di sana. Hahaha! Lepas tu malam pula makan di Nyonya House. Masakan di Nyonya memang terbaik. Semuanya sedap. Tak ada yang tak sedap.
Makan di Sushi King with my office mates yang sama-sama hantar tesis. Yeah!
-
-
-
-
-
Malam pula makan ngan Hafiz and Nazry. Makan di Nyonya House. Menu pun special. Udang sambal dengan petai, sayur pucuk paku sambal, Thai chicken ikan kari nyonya.
0 Response to "Hantar dan Celebrate"
Post a Comment