Adsterra

Resepi : Pajeri Nanas Mudah

Oleh kerana di rumah ada banyak nanas, akhirnya ada yang saya buatkan pajeri nanas. Berikut adalah cara mudah nak masak pajeri nanas.

Bahan-bahan:
  • 1 biji nanas yang dipotong-potong. (Saya suka nanas yang masak)
  • Bawang putih (dan merah)
  • Sedikit bunga lawang dan kayu manis
  • Sedikit udang kering (optional)
  • Santan
  • 1 paket kecil serbuk kari daging/ayam
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:
  • Tumiskan kari bersama bunga lawang, kayu manis dan bawang putih. (Saya jarang menggunakan bawang merah).
  • Apabila kari dah masak, masukkan santan dan kemudian didihkan sebentar.
  • Masukan nanas dan tunggu sehingga kari nampak pekat.
  • Campurkan gula dan garam secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan.

0 Response to "Resepi : Pajeri Nanas Mudah"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel