JJCM : Sugarbun Metro Town
Apabila terasa nak makan ikan goreng talapia panas-panas bersama nasi putih dan sambal, saya akan ke Sugarbun. Cawangan Sugarbun kegemaran saya adalah di Metro Town kerana senang nak parking dan tak crowded sangat.
Sebenarnya restoran Sugarbun ni ada banyak pilihan menu tapi saya suka makan Sambal Eco Fish. I wish Sabah has many franchise tapi kalau kat KK ni... ada tiga saja kot. Satu di Metro Town, Putatan dan di Gaya Street. Yang kat Giant Inanam tu pun dah tutup.
Tapi kalau di Sarawak ada banyak Sugarbun. Means there are many Sambal Eco Fish ?_?. Dulu masa belajar suka betul makan di Sugarbun ni. Di Labuan pula ada satu cawangan terletak tak berapa jauh dari terminal feri Labuan. Baru-baru ni saya pergi ada booth Sugarbun di area terminal feri tu. Senang nak pergi beli burger Sugarbun lepas ni ?_?
Antara makanan special di Sugarbun selain Sambal Eco Fish adalah.... claypot dan ayam goreng... manakala minuman pula adalah 3 layer tea/coffee.
Satu hidangan berharga RM13.50. Memang sedap makan deep fried talapia ni. Makan dengan sambal, pickles dan nasi putih ???.
0 Response to "JJCM : Sugarbun Metro Town"
Post a Comment