Kon Gemilang McDonald's Datang Lagi
Sayangi Malaysiaku, tema Hari Kebangsaan ke-61 pada tahun 2018. Selamat menyambut Hari Kebangsaan negara kita Malaysia! ? Semoga negara ini sentiasa makmur, aman dan damai. Kita patut bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana negara kita kaya dengan sumber, tiada peperangan dan kita masih boleh hidup selesa dengan fasiliti yang ada. Walaupun ada negara-negara yang lebih maju, Malaysia juga apa kurangnya.
Bersempena menyambut bulan kemerdekaan ni... McD sekali lagi memperkenalkan aiskrim sundae Kon Gemilang ?. Antara aiskrim yang saya tunggu-tunggu besides aiskrim Cendol (Gula Melaka). Kepada yang tak rasa lagi Kon Gemilang, lepas ni bolehlah try.
Perisa aiskrim ni sebenarnya adalah perisa jagung. Dan memandangkan saya suka jagung (dan perisa jagung), jadi saya pun suka jugalah makan aiskrim ni. Satu kon berharga RM2.50 sahaja.
McD selalu akan tukar-tukar perisa aiskrim. Sebelum ni ada aiskrim durian, strawberi, Hershey chocolate dan harap boleh rasa lebih banyak perisa selepas ini. ?
0 Response to "Kon Gemilang McDonald's Datang Lagi"
Post a Comment