Adsterra

Review : Palmer's Cocoa Butter Formula - Skin Therapy Oil

Cara saya menghilangkan parut adalah dengan menggunakan skin therapy oil. 

Hari tu badan diserang gatal-gatal dan akibatnya selepas menggaru.... badan (terutama kaki) dah berparut. Ditambah lagi dengan kucing yang suka bermain cakar, ternyata kulit penuh dengan luka dan akhirnya juga menjadi parut. Rutin harian saya pada sebelah siang dan malam, saya akan sapu losyen di kaki dan tangan untuk kelembapan kulit. Tapi bila kulit penuh parut pun tak best juga. Lagipun losyen tak berfungsi untuk menghilangkan parut. Jadi saya decide untuk beli skin therapy oil. 

Memandangkan harga skin therapy oil ni biasanya boleh tahan juga dan saya pun tak nak guna banyak mana sebab parut just di tangan dan kaki sahaja... jadi saya beli botol saiz kecil. Palmer's Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil bersaiz 25ml amat sesuai untuk saya. Kenapa?

  1. Jimat. Sebotol hanya berharga RM6+ sahaja.
  2. Travel size. Boleh bawa ke mana-mana escpecially untuk saya travel.
  3. Wangi. Bau rosehip sangat menenangkan. My cat pun suka hidu bau ni. ?  
  4. Tak melekit. After sapu akan rasa selesa dan tak rasa melekit even kalau berpeluh.

Saya beli di Guardian. So far ini antara skin therapy oil kegemaran saya.

Minyak ini dirumus khas dengan Vitamin E yang berfungsi untuk menghilangkan parut. Selain itu, ia juga digunakan untuk memudarkan strech marks, melembapkan kulit, tona kulit tak sekata dan anti aging.

Travel size (25ml)

Parut takkan hilang serta merta, tapi dengan adanya skin therapy oil ini... parut akan makin lama makin pudar. Cara saya adalah sapukan minyak ni di bahagian kaki dan tangan setiap waktu pagi iaitu sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Jadi saya tak perlu dah nak apply lotion.

Setakat nj saya dah menggunakan skim therapy oil ni selama dua minggu dan dah nampak perbezaan parut menjadi semakin pudar. This is the best skin therapy oil! Highly recommended.

Caution - Oleh kerana botol ni berbentuk leper dan tak ada safety penutup di sebelah dalam, jadi kena simpan dengan berhati-hati. Once terjatuh memang akan tumpah la jawabnya. 

0 Response to "Review : Palmer's Cocoa Butter Formula - Skin Therapy Oil"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel