Adsterra

Review : Simple Toner and Make-up Remover

Jenama Simple adalah salah satu jenama yang dicadangkan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang sensitif. Setelah beberapa kali menukar produk, akhirnya saya juga telah memilih jenama ini. 

1. Toner Simple.
Saya mencari toner yang sesuai dengan kulit muka saya. Janji lepas guna tak kering kulit. Sebelum ni ada produk yang saya gunakan tak begitu sesuai kerana after guna toner tu, kulit nampak agak mengelupas dan kering. Ada yang suggest saya untuk guna jenama Simple... and this is it! The best toner for me!. Harga pun tak mahal sangat. Berbaloi dengan saiz dan tempoh penggunaanya. 

Cara nak guna toner ni amat mudah. After basuh muka, tuangkan sedikit toner ke atas kapas dan lapkan di muka dengan lembut. Sisa mekap yang tertinggal pun semua boleh tanggal. Yalah. Biasanya dah cuci muka tapi kita tak sedar ada lagi terdapat kesan foundation yang masih tak tanggal. Sure selepas lap... kapas tu akan nampak sedikit kotor. Toner bertujuan untuk unclog pores, jadi kulit boleh bernafas dan boleh mengelakkan jerawat tumbuh. So far... saya suka dengan toner jenama Simple. My friend juga gunakan jenama yang sama kerana katanya sesuai dengan kulit dia.

Jenama ni memang sesuai untuk kulit sensitif. No artificial, perfume or colour. Tiada sebarang bahan kimia digunakan.

2. Eye make-up remover Simple
Selepas berpuas hati dengan toner Simple, saya cuba pula eye make-up remover jenama ni. Long story short, this is the best make-up remover yang saya pernah gunakan buat masa ni. Affordable, tak rasa berminyak dan memedihkan mata. Dan yang penting sesuai dengan kulit. Tak menyebabkan sebarang alahan. Satu botol bersaiz 125ml boleh tahan selama dua atau tiga bulan. Bergantung dengan mekap yang digunakan. Kalau saya mekap tak banyak... penggunaan pun sedikit sahaja. Tak semestinya mekap di bahagian mata, mekap area eyebrow pun boleh dibersihkan sekali.

This product is highly recommended. 

Setakat ni tak try lagi produk Simple yang lain. Akan cuba juga di masa akan datang.  

0 Response to "Review : Simple Toner and Make-up Remover"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel