Adsterra

Hiking : Trail Gunung Pulai, Johor

Kali ni hiking jauh sikit... dan kami memilih Gunung Pulai, Johor.

Sebenarnya gunung ni hanya berketinggian 654 meter (technically bukan gunung tapi dipanggil gunung kerana ia adalah titik tinggi di kawasan tersebut).

Tapi boleh tahan juga hiking di sini. Terdapat dua trails iaitu "trail dekat" dan "trail jauh". Trail dekat lebih mencabar kerana perlu melalui hutan. Manakala trail jauh lebih santai kerana perlu mengikuti jalan raya sahaja. Oleh kerana kami nak yang santai dan masa tu pun saya tak bawa kasut hiking (pakai kasut biasa sahaja), maka kami pun memilih untuk ikut trail jauh. Panjang untuk trail ni adalah 4000 meter. Kalau kawasan rata okay kot. Ni dah namanya naik gunung... boleh tahan gak la.  

Untuk first timer jangan khuatir kerana jalan ke Gunung Pulai boleh tengok dari aplikasi Waze. Mudah sahaja. Kebetulan kami sewa keta, jadi senang nak sampai ke sini. Sebelum masuk ke kawasan Gunung Pulai, anda perlu membuat bayaran masuk RM3 terlebih dahulu. Kupon akan diberikan. Lepas tu boleh parking di tempat yang disediakan dan akan ada orang menjaga parking tu nanti. Masa tu boleh bagi kupon parking yang diberikan masa sebelum masuk tadi.

Actually jam 8AM tu masih okay kalau nak hiking. Sebab tempat ni tak panas sangat. Sepanjang jalan ada pokok. Boleh hiking dengan gembiranya. Untuk keperluan, bawalah stick/kayu, air secukupnya dan topi. Stick/kayu tu perlu in case kalau dah tak larat nak jalan (untuk tampung perjalanan escpecially masa naik ke atas). Dan lagi satu kawasan ni ada monyet. Bila lalu tu buat tak tau saja kat monyet tu. Oh ya. Masa kami hiking tempoh hari, sebelah atas tu tiba-tiba hujan. Nasib baik saya bawa topi. At least boleh lindungi kepala dan muka dari hujan. Tapi hujan tu sebenarnya sekejap saja pun (hujan gunung). 

Mulakan aktiviti hiking. Kami start hiking jam 8AM+. Oleh kerana kami tinggal di Kulai dan breakfast kat hotel tu pun start jam 7AM, jadi lewat sedikit la kami ber hiking. Tapi still okay kerana total hours sampai ke gunung tu kira-kira dalam 2 jam sahaja (jalan secara santai, ada stop lagi sambil bergambar-gambar). Pintu pagar masuk ke kawasan Gunung Pulai sentiasa ditutup (ada kem askar kat atas tu). Jadi perlu panjat kat area tepi tu untuk masuk ke dalam kawasan. Yang ni untuk trail jauh. Kalau trail dekat tempat lain lagi dan tak perlu melalui pagar ni. 

Kali ni kami hiking bertiga sahaja. Me, Illani dan kak Bad.

Pemandangan pagi yang cantik. 






Masa ni perjalanan dah sampai ke 2500 meter. Ada 1.5KM to go. Actually perjalanan 4KM tu bagi saya tak jauh sangat. Tapi yang mencabar apabila jalan ni adalah mendaki naik. Terdapat juga jalan yang rata dan kemudian disusuli dengan jalan menaik.

Ramai orang yang hiking ke Gunung Pulai, especially masa cuti (Jumaat dan Sabtu). Kebanyakannya adalah senior citizen dan mereka kat sini sangat friendly. Asal terserempak mesti ucap "good morning" atau "assalamualaikum". 

Bila nampak bendera Malaysia ni.... perjalanan tak jauh sangat. Lebih kurang 40 minit akan sampai ke puncak. 

Apa-apapun.... rehat dulu sambil minum air dan melihat pemandangan. 

Teruskan perjalanan untuk sampai ke puncak. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kawasan Gunung Pulai diselaputi dengan hutan yang belum pernah disentuh, oleh itu, apa yang ada di sini adalah sama seperti sebelumnya. Pemandangan sebelum sampai ke puncak. Ini adalah the best view dari Gunung Pulai. Actually atas sekali kat puncak tu adalah menara telekomunikasi. Jadi kalau nak amik gambar boleh cari view di sini.




-
-
-
-
-
-
-
Lepas tu kami pun turun daripada Gunung Pulai. Masa turun tu okay skit sebab tak rasa letih sangat berbanding mendaki. Ada gak kena hujan tapi tak lama sangat hujan tu. 

-
-
-
-
-
-
-
-
Masa kami sampai ke tempat mula-mula tadi... keta yang park kat kawasan parking tu pun dah berkurangan sebab orang lain dah sampai awal lagi. Di tepi tu ada kedai makan. Boleh berehat sambil minum minuman sejuk. FYI - Keta silver tu adalah keta sewa kami. First time saya pandu keta Saga. Haha. 

Pengalaman hiking di Gunung Pulai memang best. Lain kali kalau nak ke sini lagi, nak try trail yang dekat pula.

0 Response to "Hiking : Trail Gunung Pulai, Johor"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel