Adsterra

Trip to Johor 2018

Just a short trip tetapi tetap seronok. Dan kami berjaya menggunakan masa dengan sebaiknya. Ini adalah kali kedua saya ke Johor tapi itinerary kali sedikit berlainan dari sebelumnya. Tujuan utama kami adalah pergi hiking dan bersuka ria di Legoland. 

Airline pilihan saya tentunya Air Asia. Lebih murah berbanding airlines lain dan menu makanan juga lebih menarik. Jika selalu terbang dengan Air Asia, jangan lupa join Big membership kerana ada special discount harga tiket untuk anda, boleh tebus point dan dapat pemakluman sekiranya ada promotion atau free airflight ticket. Untuk lebih jimat, anda boleh apply kad Big Pay sebab masa nak tempah tiket dah tak perlu lagi bayar processing fee. For more rewards, anda juga boleh apply kad kredit Air Asia. Info selanjutnya boleh rujuk dalam laman web Air Asia.

Taaadaaa! Menu baharu Air Asia. Chicken fillet dengan kentang lecek, sayur dan sos. Teringat menu Air Asia dulu yang lebih kurang sama tapi menu tu dah lama tak ada. Sedih sebab tu favorite menu saya. But this one also not bad at all.

-
-
-
-
-

Sekiranya berhajat untuk menyewa kereta, lebih baik buat booking awal. Cari senarai kereta sewa yang terdapat di airport (buka laman web airport Senai) dan buat tempahan melalui telefon. Ada certain company kereta sewa yang menyediakan tempahan online melalui internet. Yalah. Kadang-kadang malas nak call, kan. Tempah, bayar... dan sesudah tiba di kaunter hanya tinggal ambil kunci sahaja. 

Adalah disyorkan untuk membuat tempahan terus kepada company tempat menyewa kereta (bukan orang atau company tengah) untuk harga lebih murah dan mengelakkan sebarang masalah. Saya bagitau macam ni sebab pernah saya bandingkan sewa keta menggunakan Rentalcars.com... harga sewa keta (3 days) harga dekat RM600 juga. Saya boleh dapatkan harga lebih murah dengan booking secara direct kepada company.

Sampai sahaja di lapangan terbang Senai, kami pun terus ke kaunter tempat sewa kereta untuk ambil kunci. Thank you Paradise rent-a-car. Perkhidmatan bagus serta kereta sewa yang selesa. 

Masa kami pergi Johor kali ni, banyak keta sewa yang dah fully booked. Sebab ada event Jom Heboh kot. Nasib baik kami sempat tempah keta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa dari 25hb hingga 28hb (kiraan 3 hari) hanya berharga RM402 termasuk insurans.

-
-
-
-
-
Destinasi pertama kami adalah Johor Premium Outlet. Banyak barangan berjenama dijual dengan harga yang murah. Walau bagaimanapun, masih kena tengok harga dengan teliti kerana ada barang yang "taklah murah sangat". Contoh: ada kasut tu dijual dengan harga RM179 (after discount) dan apabila cari di tempat lain, kasut dengan jenama dan pattern yang sama hanya dijual dengan harga RM129 sahaja. 

Anyway... mostly items yang dijual di JPO memang murah. Jangan lepaskan peluang ke sini. 

Perut pun dah lapar... jadi cari makan di foodcourt JPO. Kalau nak makan di food-court ni, kena apply kad terlebih dahulu. Dapatkan di kaunter kad yang terletak di kawasan food-court. Reload sebanyak mana yang kita mau dan kalau masih ada baki... boleh refund balik kat kaunter.
-
-
-
-
-
Oleh kerana kami nak pergi hiking, kami pun menginap di hotel di kawasan Kulai. Antara hotel bajet terbaik di area ni adalah R.J Hotel. Bilik yang luas, bersih... malah terletak berdekatan dengan Aeon Mall Kulai (hanya perlu melalui du baris kedai sahaja). Parking lot awam yang banyak di kawasan hotel menyenangkan saya untuk ketak kereta. This hotel juga provides breakfast. Lupa saya nak amik gambar bilik hotel pula. 

Malam tu kami ke Aeon Mall Kulai dan cari makan di foodcourt. Tak banyak choices tapi still okay untuk makan malam. Saya pilih menu lala + ikan pari bersama nasi putih.

Antara tempat kegemaran saya di Aeon Mall Kulai adalah pasaraya Aeon. Ini kerana banyak makanan dijual seperti pastries, kek, ayam goreng, burger dan lain-lain. Beli makanan untuk supper memang best ni.
-
-
-
-
-
Pada hari kedua, kami memulakan perjalanan ke Pulai yang terletak tak jauh dari Kulai (15 minutes by car). Bermula dari breakfast pada jam 7AM, check out hotel... kemudian drive ke sini. Untuk cerita selanjutnya mengenai pengalaman kami hiking di Gunung Pulai, boleh klik link ini.



Aktiviti hiking di Gunung Pulai sesuai untuk semua peringkat umur. Mostly orang yang pergi sini adalah senior citizen. Pengunjungnya amat mesra. Keindahan alam semulajadi dan udara segar juga membuatkan anda berasa tenang.

-
-
-
-
-
After hiking, kami terus memandu ke Johor Bahru kerana menginap di sana. Kebanyakan hotel full mungkin sebab ada event Jom Heboh. Mujurlah kami dah tempah hotel dengan lebih awal melalui Agoda.com. Hotel pilihan kami adalah Erica Hotel.

Petang tu just rehat di bilik selepas letih berhiking. Scone raspberry yang dibeli dari booth bakery pasaraya Aeon Mall semalam memang sedap. 
-
-
-
-
-
Malam tu kami ke Kilang Bateri sebab nak tengok apa yang ada kat sana. Lagipun dah jadi salah satu tempat menarik yang perlu dilawati di JB. Actually ianya adalah sebuah kilang bateri lama dan telah diubah suai menjadi bazaar ala hipster yang menjual pelbagai barangan seperti baju, tudung, gadgets, stickers etc. Kemudahan seperti surau yang selesa dan tempat letak kereta juga disediakan.

Di Kilang Bateri ni saya sempat membeli baju kurung cotton dengan harga yang lebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Thanks Faziela Collection!

Saya berharap kedai-kedai di Kilang Bateri bertambah untuk menarik lebih ramai pengunjung. Kami juga mencuba makanan kat foodcourt di Kilang Bateri. Menu saya, nasi kerabu dengan daging goreng. 

-
-
-
-
-
Malam masih muda dan kami singgah ke Danga Bay untuk ambil angin. Mini amusement park yang ada membuatkan saya teringat Jerudong Park di Brunei. Lebih kurang saja, cuma Jerudong Park lebih besar.



By the way, tauhu bakar di restoran di Danga Bay ni memang sedap.

Lepas tu kami juga makan otak-otak.

Dan bakso yang memang heaven ni. Terbaik!
-
-
-
-
-
Hari ketiga. Itinerary kami adalah Legoland ???. Oleh kerana Legoland buka pada jam 10AM, kami pun berkunjung ke Istana Bukit Serene (kediaman Sultan Johor) terlebih dahulu. Stunning view here.

-
-
-
-
-
Lepas tu terus sahaja ke Legoland. Untuk dapatkan tiket diskaun, boleh beli tiket dengan lebih awal secara online (7 hari sebelum hari kejadian). Harga tiket yang kami dapat (MyKad, themepark sahaja) ialah RM141. Berbanding harga walk-in atau lewat beli ialah RM150.

Oh ya! Bersempena hari Halloween, maka terdapat acara tambahan di Legoland. Hehehe... siap ada opening dance lagi. Nak lebih thrill, ada special activities untuk Halloween bermula dari 4PM-8PM. Tapi kami tak pergi sebab kena bayar extra RM88.








A lot of fun in Legoland. Tapi yang tak bestnya ada kawasan yang masih under construction dan ada permainan yang ditutup. Certain figures Lego juga nampak agak lusuh.

Apa-apapun... still enjoy di Legoland. Game Ninja-Go dengan mendapat tempat kedua. Yeah! Sebenarnya kami bermain sampai dua round XD. Sanggup berbaris. Haha.

Tengahari tu hujan lebat di Legoland dan kebetulan sangat lapar okay. Tapi makanan kat sini tentulah mahal. Set chicken wrap + air minuman dan chips berharga RM32. 

Demi mencapai keseronokan di Legoland, kami pun membeli raincoat untuk memudahkan pergerakan. 

Weeeeee.....! Bestnya main pusing-pusing.


My favorite Ninja-Go character. Cole yang mengawal element earth.
-
-
-
-
-
Petang tu kami ke Puteri Harbour untuk ambil angin. Kebetulan ada event pula di sini... siap ada pertunjukan kereta dan jualan foodtrucks. Memang heaven la.

Tempat tarikan di Puteru Harbour adalah taman tema Hello Kitty tapi kami tak masuk. Selain tu ada harbour view dengan kapal Iaut yang cantik. Saya juga berharap kedai-kedai di sini dapat ditambah untuk menjadikan tempat ni lebih meriah.
-
-
-
-
-
Sebelum balik ke hotel, kami singgah ke Bazaar Karat yang popular. Banyak barangan dijual dengan harga yang murah... dan sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba, the other side of the bazaar ada pasar malam khas menjual barangan perayaan Deepavali. 


Hasil pembelian di Legoland. Sebenarnya ini adalah bekas tempat simpan barang.

-
-
-
-
-
Hari ke empat ... dah nak balik dah. Sempena menunggu penerbangan pada jam 0350PM, cari makan dulu la. 


Masa berbaris nak naik kapal terbang... cuaca agak berangin dan nampak seperti nak hujan. Tapi alhamdulillah masa di atas tu keadaan cerah sepenuhnya.

Antara menu lain yang baharu di Air Asia. Chicken teriyaki. Sedap. ?

Akan datang ke Johor lagi pada masa akan kerana masih banyak tempat yang belum dilawati terutama di daerah-daerah yang lain.

0 Response to "Trip to Johor 2018"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel