Jalan-Jalan ke Melaka dan Negeri Sembilan (Short Trip 2019) - Part 2 (Lexis Port Dickson)
Part 2 - Santai di Negeri Sembilan
Sambung dari ceta Part 1.
Sampai sahaja di Port Dickson, terus singgah makan di Che Det Cafe. Restoran ini menghidangkan masakan utara. Selain makanan yang enak, harganya juga berbaloi. Kebetulan restoran ni terletak tak jauh dari tempat penginapan kami.
Menu saya adalah nasi goreng daging paprik.
Sekitar restoran Che Det Cafe. Bersih dan selesa.
Nama Che Det diambil sempena nama Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
P/S - Kalau nak tengok blog Tun M, boleh layari blog beliau di website Chedet.cc
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Selepas makan tengah hari, kami terus ke hotel untuk check-in. Kami memilih untuk menginap di Lexis Port Dickson (water chalet). Jangan keliru sebab ada hotel Lexis ni ada banyak tapi tempat yang berbeza.
- Lexis Hibiscus Port Dickson (Water chalet yang ada bentuk bunga raya. Terletak tak jauh dari Cape Rachado)
- Grand Lexis Port Dickson (Yang ni pula hotel. Terletak 30 minit perjalanan dari Lexi Hibiscus PD)
- Lexis Port Dickson (Water chalet. Terletak bersebelahan dengan Grand Lexis PD)
Water chalet di Lexis Port Dickson terbahagi kepada:
- Deluxe Water Chalet (RM400-RM500 semalam)
- Executive Water Chalet ( RM480 - RM600 semalam)
- Premium Water Chalet (RM560 - RM700 semalam).
Kami ambil Premium Water Chalet. Thanks to Air BNB kerana kami berjaya dapatkan harga yang lebih murah. Kalau nak ke chalet perlu menaiki buggy car sebab kira jauh jugaklah kalau nak berjalan kaki.
Memandangkan trip kami ke Port Dickson kali ni memang nak menenangkan fikiran sambil melihat pantai yang cantik, jadi amat berbaloi untuk menginap di Lexis Port Dickson.
Katil yang selesa dan sesuai untuk keluarga.
Okay. Design chalet ni unik skit. Masuk sahaja melalui pintu utama, ruang pertama yang kita akan lalui adalah bilik mandi (yang luas). Ada bath tub. Lepas tu ada shower room dan toilet. Lepas tu ada see through glass dan boleh tengok laut.
Unfortunately, masa mula-mula kami sampai tu.... air tengah surut. Jadi nampak pasir sahajalah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bila air laut naik balik, baru nampak laut yang biru. ^^ Cantik.
Di veranda chalet ada kerusi malas. Boleh menikmati keindahan pantai sambil santai-santai. Kalau nak sewa pancing pun boleh juga. For more info boleh terus tanya kat kaunter reception Lexis.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oleh kerana malam tu hujan lebat, jadi kami tak ke mana. Stay dalam chalet sahaja. Memandangkan sekitar chalet tak ada jual makanan dan kena keluar dari kawasan Lexis barulah boleh jumpa pekan. Dah la hujan lebat, tapi kami redah sajalah. Ada buggy service juga (lengkap dengan plastik pelindung hujan), jadi tak perlu susah payah nak ke parking kereta.
Dalam 10 minit perjalanan naik keta ke pekan berhampiran untuk nak cari makan. Kami tak tau nak makan kat mana, jadi nampak saja gerai yang kira okay skit, terus masuk la. Rasa boleh tahan juga. Sedap. Lepas tu singgah kedai runcit pergi membeli makanan ringan. Classic. Haha.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pemandangan dari chalet di waktu malam (selepas hujan)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Keesokan harinya lepas check out dari chalet, kami singgah ke PD Famous Cendol Coconut Shake. Dalam tempat ni ada banyak booth yang menjual pelbagai menu makanan. Ada jual nasi kambing bakar, kuih muih Melayu, cendol, minuman etc. Memang meriah la. Kalau ke PD, wajib kena singgah sini tau! Rasa makanan yang ada di kedai ni. Gerenti tak menyesal.
Minuman dalam botol. Mengimbau kembali kenangan zaman budak-budak. Kalau di kantin/kedai runcit memang ada jual benda ni. Masa raya mesti hidang ni juga. Orang Labuan panggil "leminit". Actually lemonade tapi tau la kan kalau di kampung. Hehehe.
Cendol jagung, cendol pulut dan cendol durian. Murah dan sedap.
Favorite saya. Tauhu sumbat. Sedapnya!!
Pisang goreng rangup
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Oleh kerana trip saya pada kali ni sangat short, lepas dari PD terus saja fly balik ke KK. Sempena menunggu flight, sempat singgah ke Mitsui. Lagipun outlet The North Face pun dah buka di sana. Yess!! Sambil jalan-jalan, sambil makan la.... apa lagi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masa dalam flight makan lagi. Amik vegetarian set. Yang ni pun sedap juga. Semua sayur. ^^
Masa dalam flight makan lagi. Amik vegetarian set. Yang ni pun sedap juga. Semua sayur. ^^
Okaylah. Bye!
0 Response to "Jalan-Jalan ke Melaka dan Negeri Sembilan (Short Trip 2019) - Part 2 (Lexis Port Dickson)"
Post a Comment